Friday, November 27, 2009

..Tripple Happiness..

semalam adalah hari gembira.

Happy #1:
pagi-pagi lagi saya dah tersengih depan mesin ATM. maklumlah, ni gaji pertama saya for the revised salary after 2 years. orang gaji kecik macam nilah, naik sikit pun dah teruja hehehe. En Hubby ada sekali dengan saya waktu tu dan menyaksikan saya menjadi kerang wangi depan ATM tu. saya kalau dah sengih, bukan setakat nampak gigi, malah gusi juga.
(so, ni cerita selingan)
"Eh, gusi awak lain macamlah. macam tak sehat je" begitu teguran En Hubby.

Terus hilang sengihan saya. ade ke ditegurnya gusi i..tapi memanglah, gusi saya nampak tak sehat. i suspect i ada skurvi sebab gusi selalu berdarah kalau pakai berus gigi yang jenis Hard. huhu lepas ni kena control takleh sengih lebih2.

"Kurang vitamin C" jawab saya ala-ala doktor penyamun dalam cerita Ali Baba & 40 Penyamun.


Happy #2.
En Hubby dapat offer kerja kat PTP. i think it's good for him to be involved in process pulak after 2 years bergelumang kat department quality itu. Yang paling penting, kilang baru tu nanti ada surau, so tak payahlah En Hubby solat kat celah-celah stor tu lagi :). plus kat kilang baru ni dah dapat jadik senior - Congratulation, Bee.

*cerita selingan:
saya pergi belikan present for En Hubby untuk dipakai di hari pertama tempat baru nanti. tak banyak choice kat Jusco Taman U ni. rasanya yang ni oklah kot. (sila abaikan imej kedutan dan lipatan tak simetri pada baju)

*siap dengan handmade 'card' guna A4 paper (tapi gambar keta Lancer idaman En Hubby tak berapa nak jadi. semoga kerja kuat2 untuk beli Lancer itu..)

Happy #3
Balik kampung. yabedabedu.

Wednesday, November 25, 2009

..25 random..

ni tag tahun bila baru nak buat ni?

dah tak ingat dari mana saya nampak tag ni pun. sekarang dah tak idea nak blog pasal apa - jadi apa kata buat tag (walaupun tidak ditag) hehe.


ok, mari.


You are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you.

1. sangat tak cerewet bab makan - i can eat almost anything edible (read:halal). dulu masa kat skolah dorm-mates i cakap i ni cuma tolak kayu and batu je. kalau kayu and batu tu leh makan, for sure i makan punya haha.

2. suka semua colors yang ada - i'm a colorful person tapi yang most favourite :red, green n white

3. sometimes can be very brand-conscious. sometimes jela, nak selalu mana mampu

4. suka benda yang 'unique' (selalunya yang tak disukai oleh orang lain) cth yg i boleh igt ialah zaman awal2 orang pakai handphone - masa tu i pakai line digi sebab tak ramai org pakai. dalam 100 org kawan,nk jumpa sorang pakai digi pun payah. so, i stick to digi dari 1st year sampai early of 4th year masa kt USM no matter how bad the coverage was. (yeah, sumtimes i cant understand myself, too)

5. suka menyusahkan diri dengan memikir perkara yang tak perlu

6. kalau tengah makan, takleh dengar/tengok cerita yang pengotor (cth: cerita pasal toilet ke, muntah ke, CSI is a big No-No kalau tengah makan), nanti selera i terus patah. terus tolak pinggan ke tepi (sungguh inconvenient mempunyai sifat begini)

7. i have cracked and flaked lips for as long as i can remember.. :(

8. suka sports, adventure, extreme game. kalau ada peluang nak try bungee-jumping, rock climbing and 4WD expidition

9. bagi saya muka paling cantik kat dunia ni adalah Catherine Zeta-Jones tapi body yang cantik bagi saya adalah body macam Kate Moss

10. ada buat 100-Things-To-Do-Before-I-Die list, tapi masih belum dapat fikir sampai 100 apa benda yang nak dibuat sebelum mati.

11. suka dengar lagu yang sama ulang-ulang 24/7 kalau dah jatuh cinta dengan lagu tu

12. i dont talk much. and i found it damn annoying if someone keeps telling me that I'm quiet. rasa macam 'do you really have to keep mentioning that so you look friendlier / more talkative than me??!!'

13. jarang marah (owh, kalau nak tengok saya marah-marah maybe masa saya drive - suddenly i become an angry person haha)

14. orang kata saya sangat kurus and the truth is saya takut nak menggemukkan diri. my current weight is 43kg (xla kurus sangat pun) and i think i'll freak out if it ever exceeds 45kg. macam ni aneroksia nervosa tak?

15. saya suka makan tapi tak mampu makan banyak sekaligus. cepat kenyang tapi cepat lapar balik. tak sesuai dibawa ke buffet.

16. suka photography (tapi tak mempunyai DSLR huhu)

17. saya suka kacau Hubby sampai dia marah. bila dia marah saya menangis dan merajuk sampai dipujuk dengan makanan haha (buruk perangai)

18. boring dengan pekerjaan sekarang but kinda stuck in here. nak jadi photographer boleh tak?

19. tak pandai nak sayang harta benda. sebelum dapat bukan main berangan, termimpi-mimpi. bila dah dapat je, mesti disepah-sepahkan. macam mana nak improve perangai ni ek?

20. start jadi penakut lepas tengok cerita The Ring. sebelum jadi penakut tu, saya jenis yang tak kisah pergi toilet sorang-sorang kat hostel lepas tengok cerita hantu pukul 3 pagi.

21. hard to forgive and forget

22. selalu sakit kepala (boleh dikatakan setiap hari) sampai kadang-kadang bila satu hari tak sakit rasa macam ajaibnya..

23. i can stand gedik people but i cant stand 'perasan' people. bagi saya kalau orang tu memang cantik, dia tak perlu nak bagitau-bagitau orang yang dia cantik - people'll notice lah if you are pretty kan?

24. tak berapa reti nak cerita pasal diri sendiri kat orang in real conversation lah (kalau kat blog lainlah kan - nama pun tempat to express yourself)

25. saya suka tidur

cukuplah merapu pasal diri sendiri untuk hari ini.

..last weekend's story..[Part II]

ok sambung.

Sabtu Nov 21 :

saya bangun pukul 43o, percaya tak? huhu. saya pun macam tak percaya. malam tu En Hubby i ni janji nak temankan i masak, tapi pagi tu dialognya bertukar begini "Ayg gi dulu, kejap lagi Bi bangun" - i dah agak dah. semua orang tengah masih tengah sedap tidur masa tu, jadi seboleh-bolehnya saya memasak dengan senyap and as graceful as I can. Pukul 5 Hubby datang membantu..horey, here comes my hero :) Tapikan, bila saya mintak tolong dia basuhkan periuk, tu diaaaa, punyalah kuat dia bukak air pili, satu rumah terbangun terus hahaha...

my nasi lemak turned out ok. masa makan i jeling-jeling pinggan semua orang - habis. hehe. and tak ada orang sakit-sakit perut sepanjang hari - tu yang penting.

Pergi UTM lebih kurang pukul 730. saya and En Hubby tak ada tiket pun actually, main belasah je masuk dewan konvo tu, tak de pulak orang check tiket ke ape. Berpeluanglah saya tengok tengok pemandangan dalam Dewan Sultan Iskandar yang dikatakan besar oleh En Hubby dulu masa dia datang konvo saya. Hmm, rasa macam besar lagi DSTP USM kot..ahaha, nak jugak menang.


Teh Som and Pak Uce in DSI


Tapi Hubby and me keluar awal sebelum habis majlis walaupun tak dibenarkan. Tapi actually cepat je diorang habis - 1030 tu semua graduan dah keluar dari dewan.


Bergambar time.

ok, mari berkenalan.
dari kiri : Teh Som, Ida (anak 1st Pak Uce and Teh Som), Pak Uce, Amir (anak 2nd / last Pak Uce and Teh Som), my Hubby :) , din (Ida's hubby) and Syafiq (ida+din's son)



Petangnya pukul 4, kita semua ke Ayer Hitam pulak. tak tahulah kenapa tapi kalau orang terenganu datang Johor, mesti nak kena pergi Ayer Hitam. my mom and MIL pun akan ke sini kalau datang Johor.


Balik dari Ayer Hitam, singgah makan kat Restoran My Friend kat Senai. kalau tak silap saya, kedai ni ada jugak kat Kempas kan? Food dia ok sangat2 - big portion. Kalau tengok ABC dia, rasa nak pengsan, punyalah banyak and macam2 ada dalam tu, nangka, labu, etc...Nasib baik i tak order kalau tak confirm tak habes... Sotong bakar sedap jugak, walaupun lidah kami orang2 Terengganu ni kepedasan...huhu. Malam tu betul-betul lupa la nak snap gambar2 food - rugi2.


Ahad, Nov 22:

Pak Uce sekeluarga sakit perut pagi tu agaknya sebab tak biasa dengan tahap kepedasan atau tak biasa makan kupang dalam tomyam semalam. Saya, hubby n Din ok jek maybe dah immune sket dengan kepedasan tu or sebab tak makan kupang tu.


Pukul 9 pagi lepas bersarapan makanan yang dibeli oleh hubby ku (ari ni dah malas masak ker?), Pak Uce sekelaurga bertolak balik ke Kuala Terengganu.


And this friday, my sis sekeluarga pulak nak datang JB. And my mak and abah akan datang sekali ngan saya ke JB ari ahad ni and will be staying with us for one week. seronoknya :) and maybe the week after, my siblings-in-law pulak datang bercuti sekolah di sini. sungguh seronok (lagi sekali) - harap our kampung tak banjir so that semua yang plan nak datang akan dapat datang.

Tuesday, November 24, 2009

..last weekend's story..[Part I]

haha. suka sangat buat cerita bersiri macam ni.. =p

Pak Uce and famili sapai lebih kurang 12 malam khamis lepas. lepas sembang2, makan bihun sup yang saya buat tu <--wajib mention , dalam pukul 1 pagi baru semua masuk tidur.

cita2 saya yang murni tapi sangat tinggi menggunung nak masak nasi lemak di pagi bekerja adalah tidak berkesampaian sebab bangun pukul 6 (ini adalah awal daripada hari-hari biasa). kalau nak masak nasi lemak saya perlukan 2 jam. nasi lemak digantikan dengan keropok lekor Kg Tok Beng Seberang Takir yang menjadi pujaan ramai itu.

Dan saya pergi kerja dengan perasaan yang agak lain. Sampai kilang pun awal - 750am (perkara yang tak pernah terjadi setakat ni kalau i drive sendiri).

Otw gi kerja tu, cuaca cerah betul dan perasaan saya hari tu macam warm sangat,delightful. Mungkin ini rasanya to wake up every morning with reason(s).

Biasanya bangun pagi, celik mata terus terdetik "malasnya nak gi kerja" tapi hari ni bangun dengan semangat nak sediakan breakfast walaupun ala kadar. Dan mendengar hilai tawa mereka sekeluarga - rasa macam kat kampung je, sungguh seronok.

En Hubby yang cuti hari tu bawak Pak Uce and famili jalan-jalan gi Danga Bay and The Zone. time saya balik kerja pun mereka masih tak balik lagi. o0o, sakan berjalan yer..

malam - cume pergi pasar malam Taman U, tengok Nur Kasih pastu semua orang tidur sebab besok nak bangun awal pergi Amir (anak Pak Uce) punye konvo.

Dan saya menanam semula cita-cita nak masak nasi lemak setelah diberi semangat oleh En Hubby bahawa nasi lemak saya OK. sebelum tu saya betul-betul tak konfiden nak masak sebab setakat ni, tak sampai 10 kali pun saya masak nasi lemak seumur hidup saya. and kalau nak dibandingkan dengan Teh Som (isteri pak Uce) yang lebih berpengalaman, terus rasa rendah diri. kalau x sedap macam mana, kalau nasik x jadi mcm mana, kalau tak sempat macam mana dan macam-macam 'kalau' lagi..haha

ini adalah ayat semangat yang En hubby bagi:
"Bi yakin ayang leh buat" haha, macam nak masuk 100m Sukan Olimpik pulak rasa.

Gitulah kroniknya saya yang tak pandai masak ni.

Nanti sambung lagi with convo piccies pulak.

Thursday, November 19, 2009

..esok raya ker..

huhu.

mengemas rumah dah macam esok nak raya.

(sebenarnya sebab Hubby's uncle sefamili dari terenganu nak sampai kejap lagi ni and will be staying with us for a couple of days)

kepenatan dan jeles dengan Hubby yang cuti besok waa tak aci...

dan bolehkah saya bangun awal menyediakan sarapan esok ni? *musykil dengan diri sendiri.

wish me luck:P

..sakit together-gether..

isnin ari tu mc berdua ngan En hubby. En Hubby dah sakit since pagi ahad tu, sian dia. serba tak kena tengok dia. makan tak sedap, duduk pun nampak seksa, tidur pon macam tak lena and he said sorry for not being able to take me out to dinner. terharu i ;( dah lama dia tak sakit teruk macam tu - seingat i last kena masa belum kahwin tahun 2006.

then isnin pagi tu dalam pukul 2 pagi saya pulak start sakit. isnin tu pergi klinik and doctor tu berjaya menakutkan i. actually i tak tau pon sakit i malam tu adalah gastrik sebab simptomnya tak seperti selalu. katanya gastrik kalau tak dirawat sampai baik, lama-lama jadi ulcer and then lama-lama boleh jadi cancer. *arggh, ketakutan. rasanya i betul-betul kena quit tomyam (mampukah menahan godaan ini?)

Wednesday, November 18, 2009

..2012..

last saturday we went to watch 2010 at mbo cinema kat giant taman u a.k.a U-Mall.


cerita ni macam boring sikit la mula-mula tu. sempat jugaklah terlelap 2, 3 kali. tak berapa nak paham pun yer, apa kena-ngena lukisan monalisa, ada scene prince of arab negotiate harga, blablabla...plus the hero is john cusack kan, sungguh i tak minat.


this story is based on kaum Mayan punya prediction yang the world is going to end at 2010.


first person yang noticed perubahan dalam kerak bumi is this one Indian guy who works at a copper mine. dia yang inform US geologist yang kemudian pergi bagitau orang kat White House.


so US govt goes on a secret mission to build several arks huhu mesti diorang ni tiru cerita Bahtera Nabi Nuh tu kan. those arks built in China, using labor force of Chinese. diorang dah select la manusia-manusia yang mempunyai gene yang bagus untuk meneruskan populasi manusia selepas the so-called end of world tu to board on those arks. besides being selected, sesiapa yang kaya-raya juga boleh membayar one million euro for the ark 'ticket'.


si John Cusack tu tak terpilih and tak kaya raya pun, but he happened to know about the secret bahtera and he knows one of Russian typhoon yang beli tiket for his family + gf. so when the Russian's pilot needed a co-pilot to fly to China sebab John Cusack's ex-wife's new boyfriend boleh bawak kapalterbang then berjayalah team John Cusack ni naik that flight lebih kurang gitulah.


walaupun selepas itu, John Cusack's team (his x-wife, his two children, his x-wife's boyfriend) telah diabandoned in a snow desert, they managed to get on the ark with the help of one kind Chinese family. tapi yang paling kesian nya, the Indian guy yang mula-mula notice (kira paling berjasa) tu tak ada orang selamatkan pun n died in a big giant tsunami. sian dia..


serius rasa insaf bila tengok semua destruction - the earthquake, the volcano, the tsunami, the human being selfish to save their own self and so on so on...


ending dia - semua yang naik bahtera tu selamat lah dan akan memulakan populasi baru somewhere in Africa which has become the new roof of the world.

cerita ni betul-betul salah dia punya konsep of kiamat. ada ke bina bahtera? ingat selamat ke kalau betul2 kiamat? kalau bina spaceship sekalipun tak de orang selamatnye lah..


"cerita ni kalau tak tengok kat cinema pun tak per, tengok dvd lagi best rasenye" quote from En Hubby.

Tuesday, November 17, 2009

..For You I Will..

As promised, here's the other group I've joined on Talentime'99.

group members: Ayu, Faatin, Me and Petite


we called ourselves "The Entertainers" and sang "For You Will" by Monica (an OST from the film Space Jam)

not as previous Viva Forever, rasanya for this one we didnt have minus one so we just acapella-ed it. i remembered going to The Mall with ayu to find this song's single but to no avail. so nyanyik gitu jela without the minus one...

sangat seronok to just participate and dont expect to win - just to sing :)


When you're feeling lost in the night
When you feel your world just ain't right
Call on me, I will be waiting
Count on me, I will be there
Anytime the times get too tough
Anytime your best aint enough
I'll be the one to make it better
I'll be there to protect you, see you through
I'll be there when there is nothing, I won't do

I will cross the ocean for you
I will go and bring you the moon
I will be your hero, your stength, anything you need
I will be the sun in your sky
I will light your way for all time, promise you
For you, I will

I will shield your heart from the rain
I will let no harm come your way
Oh these arms will be your shelter
No, these arms won't let you down
If there is a mountain to move
I will move that mountain for you
I'm here for you I'm here forever
I will be your fortress tall and strong
I'll keep you safe, I'll stand beside you all night long

Lay my life on the line, for you I will fight
For you I will die, with every breath, with all my soul
I'd give my world, I'd give it all
Put you faith in me
And I'll do anything



p/s : rindunya kat kawan2 SSP semua..










Monday, November 16, 2009

..bila kelaparan..

nowadays pemakanan i dah tak teratur.. i dah tak makan nasi time lunch. sometimes tak lunch langsung. bukan sebab diet, tapi sebab-sebab lain yang bodoh huhu.

hari tu waktu balik kerja saya sangat kelaparan. lepas bincang-bincang nak makan kat mana, and lepas terlajak dari tempat asal nak makan, last-last makan kat Mama Chop Papa Grill (yes, the place where u can get Chicken Chop under RM10 - Rm9.90 still under RM10, right?)

saya tanpa berfikir panjang order Mama Mixed Grill (RM19.90)
(puas hati makan salmon, lamb, sosej n chicken in one meal haha *gelak kekenyangan)

Ni Hubby punya fav PaPa Combo ke apa tah nama dia (RM15.90):

result : makanan berjaya dihabiskan.

Saturday, November 14, 2009

..my favourite breakfast..

pagi-pagi weekend (kalau En Hubby terpaksa bekerja)- inilah sarapan pagi saya. senang, cepat dan err..menggemukkan? ni dalam 15 minit dah siap ni. tapi kalau En Hubby ada pagi-pagi weekend, samada dia akan mintak buatkan favourite breakfast dia iaitu jemput-jemput atau nasi lemak - atau saya akan cakap "kita breakfast kat luar ari ni nak?" haha.



scrambled egg, baked bean, daging burger, coklat panas. siap.

Friday, November 13, 2009

..VIVA FOREVER..

in conjunction with SSP 10 yeas reunion (cheh - padahal dah lepas and i tak pergi pun), i'd like to write about the memories back in school years.

terjumpa gambar ni in my old album - terus scan and terus dapat idea nak blog about this.

ni masa Talentime tahun 1999 - we were in form five ( argghh, tua sudah!)
together with Faatin, Anis and Dyian - we formed a group named MILLENIUM (kenape millenuim ek), hence the gliterry eyes (yelah, masa tu kalau sebut millenium mesti nak kena silver2 haha space la kunun). nasib baik kat album tu i ada letak caption nama group kitorang masa ni - kalau tak, sumpah tak ingat..

jangan main-main, we managed to get into final stage nih - mesti merdu dan harmoni nyanyian kitorang ni kuang kuang kuang . nyanyik pulak lagu Spice Girls ekekek..

rasanya i nyanyi part Mel C kot sebab perasan Sporty Spice sangatlah masa tu..poyo22x..tapi sekarang bila dengar balik i dah tak sure mana satu suara Mel C.. rasenya part yang 'Slipping through my fingers...' tu kot..huhu (Anis, ko spice girl yang mane ek..hehehe..)
tapi pelik kenapa kitorang berempat je ek , bukanke Spice Girls ada 5 orang? konpius sekejap.

walaupun tak dapat no 1, 2 or 3 tapi dah masuk final tu dah bangga sangat dah tu. ada lagi satu group yang i join masa Talentime (pun masuk final jugak haha nak jugak mention tu) tapi tu next entri pulak lah.

masa form 4 pun ada join jugak, nyanyik lagu Isabella'98, tapi tak de gambar nak dishare di sini (yang tu pun masuk final jugak - mention lagik)
oklah, mari menyanyi..

Do you still remember
How we used to be
Feelling together
Believing whatever
My love has said to me
Both of us were dreamers
Young love in the sun
Felt like my saviour
My spirit I gave you
We'd only just begun
Hasta Manana
Always be mine
Viva forever I'll be waiting
Everlasting
Like the sun

Live forever
For the moment
Ever searching
For the one

Yes I still remember
Every wispered word
The touch of your skin
Giving life from within
Like a love song that I heard

Slipping through my fingers
Like the sands of time
Promises made
Every memory saved
Has reflections in my mind

Hasta Manana
Always be mine

Viva forever
I'll be waiting
Everlasting
Like the sun

Live forever
For the moment
Ever searching
For the sun

Like we're all alone now
Was it just a dream
Feelings unfold
They will never be sold
And your secret is safe with me

Hasta Manana
Always be mine

Viva forever
I'll be waiting
Everlasting
Like the sun
Live forever
For the moment
Ever searching
For the one













Thursday, November 12, 2009

..some thing(s) to dream about..

has fallen in love with this and fell even deeper whenever i see him on highway hari-hari pergi and balik kerja..but, terpaksalah memendam perasaan. *xtau lah kenapa i sangat suka bulky2 vehichles macam ni..
NISSAN MURANO:
*sigh...dont know will i ever own you?


although these three sweethearts are still in my heart but it's not practical when one day i become a mom to ride in any of these..



Nissan Skyline GTR R35:

Mazda RX8:

Honda NSX:
.
.
.
.
.


GET REAL, IZZA!!!

wakakak..terus terbangun dari mimpi.


despite these angan-angan, in fact, i'm more than happy with my current ride - Blackie (ok, i didnt name my car, i just thought of it while writing this. in fact, i dont really have much connection with it - i rarely wash it. sian dia huhu).


Belilah barangan buatan Malaysia :)

Wednesday, November 11, 2009

..Like A Song..

here's a heart-breaking song by Lenka- my another current favourite song which i wont mind listening to 24/7 (for now)

tapi kalau tengah hati patah, janganlah dengar lagu-lagu melankoli macam ni - not helping at all because it is so meruntun jiwa (saya boleh dengar sebab hati saya berbunga-bunga huhu tak de kena-mengena)


I can't forget you when you're gone.
You're like a song
That goes around in my head.
And how I regret
It's been so long.
Oh, what went wrong?
Could it be something I said?
Time, make it go faster,
Or just rewind
To back when im wrapped in your arms

All afternoon long
It's with me
The same song
You left a light on
Inside me
My love

I can Remember
The way that it felt
To be holding on to you

Time
Make it go faster
Or just decide
To come back to my happy heart

p/s : lagu-lagu Lenka semua best-best. tak rugi kalau beli cd dia (walaupun saya tak beli)

Tuesday, November 10, 2009

..Kunang-kunang..

this beautiful poem is taken from the film LOVE (Indonesian version of CINTA).
fell in love with it the moment i heard it


Aku adalah kunang-kunang
dalam gelap aku terbang
dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah kau senja
karna gelap kau ada
karna gelap kau indah
Aku hanyalah kunang-kunang
dan kau hanyalah senja
dalam gelap kita berbagi
dalam gelap kita abadi

Monday, November 9, 2009

..hidup tanpa tikus..

sangat kekok menjalani kehidupan tanpa sang tetikus.


hehe.


so, masa lunch hour tadi pergilah carik mouse. niat di hati nak cari yang bawah RM10 *kedekut gile, tapi tak ada lah pulak. nampak warna hijau kesukaan ku terus sambar. harga RM18 - tak sure pulak ape ke jenamenye. tak perlulah yang mahal-mahal kalau dah ganas and clumsy begini.


balik rumah terus cuba uji try testing.


sukanya bila tengok warna bertukar-tukar - hijau, biru, merah.



*i just have to blog about this just in case i have to visit the pc store again next time (because i think this one is so cool haha)

Saturday, November 7, 2009

..when manager calls..

last thursday while i was 'concentrating' on work, came my manager "Izza, come here for one minute"


wah, terus cuak perasaan. nak tegur pasal attendance yang constantly scan in on 8.02am ker nih?


ataupun sebab 2, 3 minggu ni i asyik balik awal je?


nak kata ada kerja yang pending, i'm 95% sure macam tak ada.


then nampak dia ada pegang envelope, erk, retrenchment kah? eh, kan ekonomi dah ok skang..x mungkin, x mungkin..


walaupun my cubicle dengan bilik dia just a few steps away, sempat pulak saya memikirkan benda-benda negatif tu. huhu.


"you can close the door if you want" terus saya tutup pintu bilik dia cakap macam tu supaya tak didengari orang lain.


then dia keluarkan surat dalam so-called 'retrenchment' envelope tu and bagitau ada my salary has been adjusted to ***** (haha saja wat gempak - tidak, my salary bukan lah berjumlah 5 angka walaupun saya letak 5 arsterisk tu ;P)


pelik jugak sebab beberapa bulan lepas meeting dengan GM pasal tak ada annual increment this year due to kegawatan ekonomi.


rupanya the salary adjustment tu adalah disebabkan i've passed the bond duration of 2 years. sekali lagi pelik sebab selama 2 tahun keje sini tak pernah tau pun rupanya saya kena bond which is good according to my manager because it would be less pressure then. haha, betul jugak. kalau saya tau yang saya kena bond mesti tiap-tiap bulan duk marking calendar bilalah nak habis 2 tahun ni.. *sapa suruh tak baca kontrak betul-betul

lepas tu terus jadi rajin dan rasa macam nak balik kul 9 malam je buat keje..

Thursday, November 5, 2009

..Weekend Getaway..cont'd

hello hello? *jenguk-jenguk blog sambil sapu sawang...

baru terasa rajin nak mengupdate hari ni. cerita pun dah basi, tapi kenalah update, kate diari ;p

30 oct 2009:

we had accomplished our mission to target one makan place.

so we had lunch here @ Bangsar Village:

we had these with orange juice and iced lemon tea.

memang (terpaksa) puas hati - sampaikan semua bawang, capsicum, carrot n terung habis licin hingga ke titisan terakhir (which is so rare for me yang makan tak pernah habis ni)

rugi kalau tak habis memandangkan harganya adalah kategori 'tak munasabah' bagi kitorang ni huhu.

and owh, since the soft drink is refillable, sila refill sampai 3, 4 kali :)

plus terserempak pulak dengan Nurul Izzah Anwar yang cantik itu.

double puas hati *big big grin



lepas lunch terus mendaki Genting Highlands.

For info regarding hotel, room rates, seasonal chart, so on so on, sila layari http://www.rwgenting.com/

Our initial plan is to check-in any low budget hotel, tapi bila dah sampai atas tu, blur2 tak tahu nak cari kat mana.

Nampak First World Hotel yang terbentang depan mata, terus tukar plan.

Jakun sekejap tengok reception kaunter yang panjang. siap kena amik nombor pulak untuk buat payment.


ramai budak2 sekolah time ni. Mr Hubby cuba berlagak menjadi cikgu.

Bilik dia ok2 je la.. tapi tak ada kettle, coffee 3 in 1 sume2 tuh..


*sila abaikan objek atas katil tu yer ;P


Since outdoor game banyak yang tutup, alternative activities are sight-seeing and cam-whoring :)



malamnya pergi try Haunted House. memula tu i rasa macam ada terbaca perkataan 4D, so mulala merasa cuak and macam nak cancel je tiket *gile penakut!

i was thinking that kalau 4D, mestila sangat real hantu2 tu. tapi masa tengah tunggu turn tu, macam ada masalah teknikal kot dalam rumah hantu tu menyebabkan hantu kat dalam terpaksa keluar untuk communicate dengan kawan dia kat luar. lega hatiku melihat hantu adalah berbentuk 3D saje ngee *tah macam mana boleh terbaca perkataan 4D tu pun tak tau.



the next day, naik cable car. so unfortunate for me, pergi dan balik trip dapat seat yang view bukit. kecewa hatiku yang nak tengok pemandangan awan :(


dah tak sempat nak masuk Snow World n main outdoor game. so i guess next time we have to climb up here again.

and so, balikla kami ke JB after check-out at 130pm.