Wednesday, December 30, 2009

..Pertemuan Mak Buyungs..

hehe...ok2, correction.


Pertemuan dengan Mak Buyungs


I'm not yet in that category huhu.


ini cerita minggu lepas sebenarnya. catching up after dah lebih kurang setahun tak lunch bersama di kantin V****** (apa motif letak arsterisk ni) kat McD Kulai lepas kerja last Monday.


Kak Ain dah meninggalkan kami setahun yang lalu dan berkarier di tempat lain. Anim and me masih setia di V****** (hehe lagi)






Kiri - Kak Ain dah 3 months pregnant , Kanan - Anim dah 7 months. sweetnya nanti anak-anak mereka lahir tahun yang sama then boleh hantar anak gi sekolah sama-sama :)


yang tengah muka tak semenggah tu bila lagi, u may ask - haha nanti-nanti bila dah, i for sure akan war-warkan ke seantero dunia.


insyaAllah.

Tuesday, December 29, 2009

..Tragedi..

rasanya semua orang pun dah tahu pasal tragedi bas sabtu lepas.

tragis sangat. tak dapat bayangkan macam mana perasaan ahli keluarga mangsa yang meninggal tu :(

*anyway, not to argue whose fault was that because things happen. but i guess, as human, (thro my own experience) we just need something to blame on to lessen the pain of losing...

may all the 10 souls rest in peace.

Al-Fatihah for the muslims.

Monday, December 28, 2009

..Avatar..

recently, everybody is talking about this new James Cameron's movie.

Since his previous Titanic was such a phenomenon, so saya tidak buleh ketinggalan menonton Avatar.

so we watched it at TGV Jusco Tebrau last Saturda night.

the truth it, this kind of CGI fiction is not really my thing nowadays. macam Lord of The Ring - it took me years to finally watch it tapi bila dah tengok memang akan cakap 'Awesome' blablabla..tapi Avatar ni cepat sungguh nak tengok maybe sebab dulu suka sangat tengok (hero) Titanic haha apa kena mengena tah..

Basic idea is simple. when our world is running out of resources, human explores a new planet called Pandora. tapi become complicated bila manusia cipta avatar (body color biru menyerupai makhluk Pandora) - the body is controlled by human's mind lebih kurang macam tulah.

the hero, Jake Sully kira macam bidan terjun gantikan his brother untuk control one of the avatar. lepas diselamatkan oleh Neytiri (the Na'vi - makhluk biru) daripada dimakan binatang buas dalam hutan, Jake Sully diterima untuk belajar cara kehidupan Na'vi tu then finally was accepted in their tribe. tapi dalam masa pembelajaran tu, Jake Sully banyak bagi info pasal Na'vi kat tentera manusia yang samada nak negotiate pemindahan Na'vi ke tempat lain (sebab manusia nak ambil sumber mineral kat situ) atau nak serang je perkampungan Na'vi tu if they resist to move out.

si Jake Sully tu pulak dah terjatuh cinta dengan Neytiri so he betrayed the human kind yang nak merampas kawasan Na'vi guna kekerasan.

last - the Na'vi won the battle. manusia-manusia yang jahat semua dihantar pulang ke bumi. hehe. Jake Sully permanently become the Na'vi.

ending dia okay so habis tengok me and En Hubby tak bercerita banyak pasal movie tu..or maybe sebab dah pukul 1pagi lebih tak larat nak komen lagi..

anyway, too much of high imagination and graphic and CGI. i guess i prefer reality more.

Sunday, December 27, 2009

..the day i lost my temper..

i still remember this was the SPM English paper question for essay part and i did choose this question.

but i'm not going to write about that. just macam related.

i don't quite sure what is it with me today. i had always wanted to be outspoken, ruthless, someone who can just say anything to people's face - without feeling any guilt. because to me by being somebody like that - things are a lot easier when people are afraid of you.

but i forget one thing that this kind of person don't gain a lot of RESPECT. *huhu mukaddimah..

went to Maxis Centre at Danga Bay this morning. entahlah kenapa i rasa macam annoyed sangat dengan this one customer service consultant. normally, i just let my Hubby does all the talking or to be exact - complaining. long story short, sebab dah extremely annoyed by that girl yang macam lebih kurang je entertain kitorang, i pergi marah-marah dia. fuh, rasa macam darah menyerbu ke muka, menggigil-gigil - that kind of marah. it was so out of control and i so hate myself once i come to my senses.


and why did i write this? because i feel so guilty i couldnt get it out of my head. i know i always wanted to do that but when i did, i just feel bad.

i guess i'm just happy being myself - the cool one. ok, not quite right to put it that way. i mean, being always under temper-control.

besides, i never liked it everytime i saw people so easily marah-marah so why would i want to become one?

i'll stop wishing that one day i'll become outspoken, ruthless, someone who can just say anything to people's face - without feeling any guilt.

Saturday, December 26, 2009

..Look What I've Found..

jumpa ni masa temankan En Hubby carik DVD Supernatural.

ta-daaa....



yes. Desperate Housewives Year 6.



sungguh teruja walaupun cuma 1st volume je (2 DVD je which equals to 8 episodes). duk tunggu-tunggu kat 8TV ngan StarWorld tak muncul-muncul jugak lagi, 8 episod pun 8 episod lah.


Saya dah khatam - mari saya update sampai setakat first 8 episodes.


ingat tak finale episode Year 5 yang Mike kawen tapi tak disclose siapakah bride nyer? guess who? hehe. yes, it's Susan :) *i likeee...


seperti biasa every season akan ada dia punya spoiler. this time, it's a family who just moved from New york City - the Bolen's family, tapi sampai episod 8 - belum dapat tahu lagi what's the family's secret. yang pasti, their real name is not Bolen.


Update ikut watak lah senang sikit ek.


1. Susan & Mike:
- Got re-married

2. Gabby :
- Struggling to handle Carlos' niece - Anna.
- Remember John then gardener from DH season 1? He's now own a restaurant and still have feelings for Gabby. Thank God - Gabby turned him down hehehe
- Having problem to home-school Juanita who has been expelled from school after uttering the "F" word in public during a school play

3. Lynette :
- Got pregnant with twins again. In order to keep the promotion Carlos been offering her, she has to lie about her pregnancy


4. Bree
- Ni antara watak yang i paling tak suka dalam DH. She's still stucked in a marriage with Orson but having an affair with the womanizer - Karl Mayer (susan's ex-husband)
- but up until episode 8, she's still indecisive between Orson and Karl


5. Katherine
- Having emotional breakdown after Mike re-married Susan. Become obssessed with Mike and start to stalk Mike and Susan's life which then leads to Susan accidentally shot her


6. Julie Mayer
- Return to Wisteria Lane
- Didnt finish her med school - well, she's no longer the perfect daughter *sigh
- Found unconscious after being strangled by someone (the last suspect is Danny Bolen - the one she's having affair with)
- Having affair with married man (she broke up with him before the strangling thing)



7. Karen McClusky
- Is dating (alamak x ingat nama her date plak but they are sweet together)


8. Tom Scavo
- Still pursuing his study


9. Orson Hodge
- Still trying to win Bree back


10. Carlos
- Moves Lynette to Florida whe he found out about her pregnancy


11. Angie Bolen
- Knows about her husand affair with Julie
- tak tahu kenapa but i think she's the one who strangled Julie, not her husband *hehe siap buat teori sendiri pulak


Rasanya that's all. tak sabar nak tunggu the balance episodes, tapi tak tahu bila akan keluar..

Penantian suatu penyiksaanlah huhu :(

Friday, December 18, 2009

..2010 Public Holiday..

kalau bab cuti memang laju...siap gigih search and buat sendiri sebab company calendar belum dapat lagi.



tapi...tau tak apa yang menggeramkan???



sila refer red font:



3 hari public holiday jatuh hari sabtu. hari sabtu kan memang dah cuti, dan dah tentu-tentu tak ada carry forward - bermakna cuti tahun depan sudah kurang.



kalau bagi mereka yang buat OT memangla dapat triple...tapi bagaimana dengan diriku yang tiada kaitan dengan OT ni..huhu.

Thursday, December 17, 2009

..Mak Abah in JB..Edisi Melaka - Nilai - KL..

Dec 5, 2009.



Bertolak dari rumah pukul 8.00 pagi


Tujuan utama ialah nak ke Nilai 3 and KL je. Melaka tu kira tempat persinggahan makan dan membeli souvenir. Memandangkan antara kami berempat tak ada sorang pun yang gila asam pedas, jadi kami tak delah sebok-sebok nak cari tempat makan asam pedas kat Melaka ni.





*kat melaka



bab souvenir tu, actually saya nak beli fridge magnet tu jek sebab last year datang tak ingat nak beli..haha sanggup tuh singgah semata-mata nak beli fridge magnet.. tapi tak jumpa yang berkenan so ambik jela yang sekali pandang macam unik, dua kali pandang huhu buruk gilerrr...belasah jela..







Lepas makan kat Melaka terus menyambung perjalanan ke Nilai plak.





*signboard kat simpang nak masuk ke kawasan kedai banyak2 tuh..
mak hadiahkan set toto. suke :) macam-macam ada kat sini. sapa-sapa peminat perabut jati memang wajib lah datang sini. saya tak pandailah bab2 perabut jati ni, siap buleh mistaken harga gazebo yang priced RM5.8K tuh to RM580. yela, sebab salesperson tu sebut "harga dia 58" - saya excited terus bagitau abah harga dia RM580. terus kena gelak dengan mak. salesperson tu siap perli kate kalau rm580 cuma dapat tiang aje. sabar ajela..huhu. *ok selingan...

kedai for perabut English style pun ada..Keta Abah menjadi sangat penuh lepas persinggahan di Nilai. kesian my sis Buyan, tak dapat nak belikan stand lamp English style yang dia pesan tuh. next time yer Buyan :)



dua-dua tempat tu saya tak de snap2 gambar sangat sebab tak de mood bergambar.


then checked-in Citrus Hotel. we booked Executive room sebab besar sikit. En Hubby and me pun nak squeezed in the room, too :) *squeezed in room jek, bukan katil sekali yer..me and En Hubby tido bawah je, guna toto yang mak kasik tadi..


tak sure berapa harga asal bilik tu. lepas dapat diskaun for government servant (guna mak punya kad cikgu) harganya RM180. and tambah lagi RM15 for extra breakfast for another two person.

*mak kata saya macam reporter time snap2 gambar dalam bilik nih.. T_T

esoknya pergi Ikea sebelum mak abah hantar me and hubby ke pudu. kami berpisah di sini. mak abah terus balik ke kemaman, saya and En Hubby plak balik ke JB naik bas.


lepas-lepas salam and peluk2 mak abah, saya nampak mak lap airmata ngan tudung. arggghh, sungguh sebak. tapi saya cuba lah tahan taknak nangis konon.


tapi En Hubby ku sungguh tidak sensitif dengan jiwa wanita. dia nampak muka nak nangis saya tuh and terus mengusik "Nak nangis ke??"


Apalagi, bercucuran lah airmataku..sungguh berdrama swasta di tengah-tengah bandaraya ini. manalah boleh orang tegur macam tu kalau tengah tahan nak nangis..

and owh, first time juga naik bas 2 tingkat nih. *excited.

pukul 4pm naik bas. arrived JB at around 8pm. terasa sungguh kosong dan sunyi bila tinggal berdua aje. saya masuk bilik yang mak abah duduk. isk isk, rindunya..termenung saya kat situ sampailah En Hubby datang check keadaan saya dan ajak keluar.


luckily, he's been acting cute afterwards. tak tahulah dia purposely ke, naturally ke, but i took it as an effort to cheer me up.


hehe.

Monday, December 14, 2009

..kenapakah kuning??..

walaupun semalam n Hubby dah bagitau condition tayar kereta yang sudah teruk dan dia dah tukar kepada tayar spare for temporary, tapi pagi tadi saya tetap terkejut tengok keadaaan tayar.

ke manakah rim proton yang standard itu...dan pergi bertanya kepada En Hubby what happened to the tire..huhu..*siap ingat ada budak2 nakal pergi spray tayar and ambil sport rim standard itu..apela..




nampaknya orang lain bershopping handbag, shoes, clothes during the YES, tapi saya terpaksa shopping tire pulak. dahlah milege pun dah mencecah 73900km, kene tukar timing belt pulak..tak cukup dengan itu, roadtax + insurans pun kene renew next month. 'Shopping' sakan la..

sobsob..kenapakah sekaligus?
there goes my Annual Wage Supplement *nangis..

marilah shopping tire *sambil lap airmata..

Saturday, December 12, 2009

..Year End..

it's year end. again. time for annual appraisal and also err..sale?

The Asst Manager already passed down the Appraisal Form to be submitted back to him by this Dec 16. and some KPI to be completed by next week. huhu - this means next March ada bonus? hopefully. given the economical situation this year, i'm more than thankful even if it's only half of this year's value.

and as for Y.E.S, guessed as usual - i didnt really shop around. lagipun macam banyak kedai yang tipu time Y.E.S ni. they just suddenly marked up the price and then gave it 70% off. made it look like the initial price is RM100 and become RM30 after discount - when the truth is the actual price (before the sale thingy) has always been RM30. so it's no discount at all. bijak sungguh strategi pemasaran!

so, I guess, good luck in appraisal and selamat bershopping to all :)

Wednesday, December 9, 2009

..Mak Abah in JB..edisi Anjung Warisan

my sis buyan telah promote kedai makan atas pokok ni kat Mak Abah and tunjuk video her daughter Aisya menari dengar orang main angklung one week earlier.

jadi last Thursday (3/12/09), saya bawak my parents ke sini. mula-mula duduk atas pokok, tapi Mak nak tengok orang main angklung (mak kata mak minat angklung sejak dari zaman mak sekolah lagi)...
Jadi turun bawah pokok for a better view eheh.
Suggested by the waiter - Otak-otak Ayam (rasa macam satar sikit-sikit)
Menu baru ini juga dipromote oleh buyan : Tomyam Kelapa Muda - sedap!
Mak order Nasi goreng Kampung (yang pedas sampai Mak sakit perut keesokan harinya)

Abah order Nasi goreng cendawan sebab confirm tak pedas (Abah memang tak makan pedas langsung)

ni yang saya order : Hotplate Mee (tapi dia pakai mee kuning yang buat mee goreng tu - tak kena betul rasanya)
En Hubby order ini : Nasi goreng Anjung Warisan (ada satay 2 cucuk huhu + paling lambat sampai)
Tengok orang main angklung dari jarak lebih dekat:

sesi interview makabah dengan anak didik Toi ini (lupe nak tanya name dia)
food kat sini tak delah sedap sesangat (bagi saya) and lambat pulak tu sampai. tapi sekali-sekala datang makan untuk environment and style makan yang different oklah.
alunan angklung itu juga sudah tidak semerdu dulu huhu since dah bertukar orang ni..



Tuesday, December 8, 2009

..a bit of aidiladha..

huhu. seperti biasa, ketinggalan zaman. blog ni maybe boleh jadi blog sejarah sebab suka pos entri2 yang outdated.

before cerita pasal raya haji, mari menghayati perjalanan pulang kami ke kampung.

bertolak ke kampung dalam pukul 1030 malam 26Nov, konon-konon nak lalu Mersing. tapi stucked dekat Ulu Tiram nak masuk Kota Tinggi sampai pukul 1230. Sungguh mencabar kesabaran, terus pusing masuk Ulu Tebrau, then naik highway ke Yong Peng. tulah ceritanya.

pagi raya kat rumah my parents dulu. lepas solat jumaat baru betolak ke Kuala Terengganu. keesokan harinya ada family buat korban. mari tengok gambar...
sempat tgk kamera :)
dah selamat dikorbankan:
melapah kulit lembu:
close-up sikit. husband sapa lah rajin sangat pegang kaki lembu ni hehe ;P
dah hampir selesai...
ni pulak proses untuk buat rojak kateh (tak sure spelling).
Vocab for the day :Kateh = kaki
lidah lembu:

p/s : cuti sikit sangat. tak puas duduk kampung. nasib baik mak abah ikut balik JB :)

Wednesday, December 2, 2009

..Heart-warming..

baru balik dari Jusco Bukit Indah. shopping barang-barang dapur dengan Mak and Abah.

petang tadi balik kerja mak masak sup daging, udang masak merah, ikan goreng, kangkung goreng belacan. heaven :)

mak abah cerita pasal sesat pergi and balik ariani and angsana siang tadi. kelakar ;P