Friday, March 5, 2010

..kakak cantik..

finally dapat online kat umah..walaupun sekejap-sekejap disconnect.dah seminggu internet buat hal. rasa macam nak pergi mengamuk kat Maxis Cenre lagi..hehe..jangan percaya - gimik je tu.

ni sebagai mukadimah dulu sebelum teruskan dengan cerita masa balik kampung cuti Maulidur Rasul.

ok. here - meet my chicky niece yang ada je idea nak 'menggeletek' hati orang. But for now, dia tak pandai lagi nak panggil saya T-Long. En Hubby dia pandai pulak panggil "Uncle". Sungguh tak adil.


So, hari Jumaat lepas, as planned with my sis, Yan - petang tu kitorang bersiap-siaplah nak ke Mesra Mall. sambil bersiap saya pergilah jenguk Aisya kat bilik Tok Abah dan Tok Ma.

Aisya ni macam Mommy nya jugak, suka sangat dengan warna pink. Kebetulan hari tu saya pakai baju pink. Saya masuk bilik tu dia terus tengok saya dan kata "Cantiknya..." sambil gosok-gosok baju saya. Lepas tu dia tambah lagi "Kakak...cantik.."

Haha. Nak tergolek saya dengar dia sebut macam tu. Dahlah panggil "Kakak" instead of "Auntie", pastu sebut "Kakak cantik" (padahal she's referring to my baju)..Aisya, you are so adorable-lah...

Saya cerita kat En Hubby, dia ingat saya reka-reka cerita pulak. Bersemangatlah bercerita nak bagi dia percaya...huhuhu. Saya cakap lagi kat En Hubby, "Mintak-mintaklah dia panggil saya macam tu sampai bila-bila..."

Haha. Over.

Lepas pergi Mesra Mall, pergi picnic kat Pantai Kemasik pulak. Nanti maybe buat entri lain pasal picnic tuh.

Btw, here is the pic of the girls in the family:

2 comments:

yatie chomeyl said...

makin kurus plak izza lo ni

mygoldpen said...

makin kurus ke yatie...maybe camera trick kot..sbb rase mcm makin gemuk ajek..