Sunday, September 19, 2010

..Malam Raye..

Finally, mood meng-update dah ada. Tapi update secara berperingkat kot.

Tahun ni ada sikit kelainan :) Sebab kami sefamili beraya kat Kemaman. Since tahun ni is my turn for malam raya + pagi raya, so dari JB, terus stay Kemaman sampai raya pertama.

Program malam raya = bakar sotong + satay dan buat nasi bukhari.

Me and buyan yang bergelang sedondon (hadiah birthday from Mak) tengah potong-memotong timun untuk buat acar.


Tapi bila time nak masak nasi bukhari, bak kata mak "Masing-masing lesap". Adehla. Padahal sebelum tu punyalah semangat nak belajar. Agaknya belum sampai seru nak belajar buat nasi yang complicated nih :P

Geng lelaki kat luar bakar satay + sotong. Tapi nampaknye photographer bertugas malam tu tak de ambik gambar team membakar. Tak dapatlah nak tunjukkan kerajinan En Hubby hehehe.

No comments: