Friday, July 30, 2010

..Online Dinner..

Perasan jadi wanita moden sekejap hari rabu lepas sebab berjaya order Pizza hut online.


Tapi sekejap jelah perasan moden, sebab lepas tu perasaan konservatif datang semula dan mulalah call balik Pizza Hut untuk confirmkan whether diorang ada dapat tak my online order.

Order untuk seorang diri sahaja sebab En Hubby sakit tekak tak leh telan apa-apa. Jadi, bila tak de sebab untuk memasak (alasan!), maka order jelah.

Makan, makan.

Bersepah giler meja...

Thursday, July 29, 2010

..Ilusi..

pic : Google

Ada sapa-sapa follow cerita ni tak?Haha. Saya berjaya ikut cerita ni dari awal sampai akhir. Adalah ketingalan 2,3 episod (lupa nak rekod), tapi rasanya boleh catch up kat internet kot.

So hari ni last episod ek? Sangat wajib direkod. Macam best pulak tengok Diana Rafar berlakon dengan Zamarul Hisham tu. Macam sweet je tengok.

P/S : Is it just me or memang pelakon lelaki yang berlakon as Rizal tu memang kayu tak pandai berlakon? Ke memang watak dia kena macam tu? Haha. Tak paham betul.

Wednesday, July 28, 2010

..Annual Increment..

Hari ni dapat the letter annual increment. Well, the amount is as small as one digit %, but let's be grateful for Allah's gift :)

Tahun lepas kan increment kena freezed due to the economy situation, jadi, mari bersyukur.

Alhamdulillah *big grin.

Tapi macam biasa, team kami selalu last dapat letter. Orang lain dah dapat semalam dah. Hukhuk.

Tuesday, July 27, 2010

..Perihal Lupa, Terkejut dan Penat..

Petang tadi ada member (budak finance yang duduk office atas) nak tumpang i balik kerja - kira turunkan dia tengah jalan lah.

Time pukul 5pm but I was not ready yet to go back since there was a few things to settle before going back.

Bila dah nak siap kerja, saya teringat pasal dia, tapi dalam hati "Lepas hantar e-mail ni baru panggil dia". But unfortunately lepas tu, dah borak-borak dengan officemate yang tengah nak balik jugak, saya betul-betul lupa.

Dah sampai rumah - masa nak mandi pukul 8lebih macam tu baru teringat. Phone no dia saya tak de save pulak. Kelam kabut pulak call orang yang ada no dia. Risau saya kot-kot dia tengah tunggu lagi tu. Bersalahnya rasa.

Nasib baik waktu saya call tu dia dah sampai rumah. Dia dah agak saya lupa - jadi dia dah selamat tumpang orang lain. Huhu.

Lately, saya perasan banyak benda yang penting yang saya lupa. Pastu bila teringat, perasaan terkejut tu - phuh, nasib baik tak de sakit jantung.

Agak memenatkan bila senang lupa banyak benda :(

..Sakit Tekak..

Saya rasa macam demam tapi bila suruh En Hubby rasa dahi pagi tadi, dia kata sejuk je, tak panas pun. Padahal badan saya rasa macam asyik kesejukan campur selsema, sakit tekak.

Dahlah air-cond kat ofis ni sejuk gilerrr walapun dah pakai 4 lapis baju (campur smock)....

Monday, July 26, 2010

..Di Kala Hujung Bulan..

Di hujung-hujung bulan ni - antara perkara yang men'tension'kan adalah message yang berbunyi begini dari Pakcik Broadband:

"You have reached your volume quota. Once you are directed to the portal, your speed will be reduced. Buy more data volume to enjoy uncapped speeds"

Huh!

..Happy Birthday Dear Bestest Friend..

Dear buyan,

Happy 26th birthday to you. I hope all your dreams will come true - may all the happiness in the world be yours always because for someone who always make everyone around her happy - you really really deserve it :)

Love you so much, sis..

P/S : I'll be coming home on MY birthday hahaha, (ops this entry was supposed to be about YOUR birthday :P )

Saturday, July 24, 2010

..What A Day..Pheww..

Yesterday was such a long day (in a good way). Gained new experience *esp how to handle panic, big thanks to En Hubby :)

I enjoyed taking pictures during Nikah ceremony, but i found Malam Berinai ceremony very challenging.

Besides, malam tadi baru tau macam mana "Malam Berinai" kat Johor. Nothing like I had imagined before. Maklumlah, kat Terengganu tak de majlis ni.

It was exhausting but still fun to be a part of the bride's friendly family. We arrived at 8pm but the ceremony only started at 930pm. And finished at 12am. Sampai saya tak terkira berapa kali pengantin tukar baju. And they actually have 27 dresses, tapi semalam tak pakai semua.

Malam Berinai ni kira macam dais warming-up. Bergambar kat pelamin sebelum acara sanding yang betul-betul the next day.

Rupanya penat yer jadi photographer. Haha.



Hari ni Majlis Sanding pulak, so please wish me luck :)

Harap-harap tak hujan hari ni.

Thursday, July 22, 2010

..RedBox..

First time pergi release tension di sini - 2 weeks ago (4th of July). Puaslah pujuk En Hubby last-last terpengaruh juge dia hehe. Ikut tips my officemate, Ms Tang katanya pergi awal-awal - murah sikit. Jadi memang awal lah kami pergi - as soon as Jusco Tebrau bukak :P

Since dah awal sangat, belum ramai orang, maka staff situ bagi kami bilik besar. Katanya kalau nanti ada orang, baru tukar bilik. Tapi sampai ke sudah kitorang memang kat bilik tu je tak de tukar-tukar.



Nak interframe jugak..*Kenapakah wajahku sungguh kusam tak berseri huhu
Tengoklah tu - mentang-mentang bilik besar, semua penjuru nak ditestnya ;)



Sambil nyanyi sambil melantak.. :P

Sekian.

Tuesday, July 20, 2010

..Relieved and Honored..

It felt so good when my first customer satisfied spontaneously with my work.

I was so relieved sebab before tu memang bimbang kalau dia tak berkenan ke ape ke.

This Friday and Saturday, my next project. I'll update once it's done :) *Eh, my leave appliacation for this Friday dah approved ke belum ek?

Monday, July 19, 2010

..First Step..

Usaha pertama :)


Caiyok2!!

Saturday, July 17, 2010

..Harga 'Baru' ..

Sekarang kecoh isu pengurangan subsidi. Saya pun tak berani nak komen lebih-lebih, saya bukan ahli ekonomi.

Tapi hari tu dengar Buletin Utama, katanya pengurangan subsidi ni akan dapat meningkatkan, aspek lain macam pendidikan dan kesihatan.

Well, saya cuma rakyat biasa yang hanya pandai merungut saja *esp bila tak dapat apa-apa kemudahan macam kemudahan yang government servant dapat.

And I only see what I see. I'm not capable of seeing things from the bird's view. From what I see, saya fikir selain dari pengurangan subsidi, banyak lagi benda yang kerajaan boleh jimatkan.

Someone very close to me dulu pernah kerja as research officer kat satu IPTA ni. Memanglah penyelidikan tu penting untuk negara, itu saya tak sangkal. Saya pun tidaklah begitu arif jumlah setiap geran penyelidikan yang kerajaan peruntukan untuk satu-satu projek.

Persoalannya, adakah budget yang diperuntukkan tu memang digunakan untuk penyelidikan semata-mata? I mean, perlukah meeting/paper presentation dibuat di hotel-hotel 4, 5 bintang? Dalam setahun bukannya sekali meeting, ada dua tiga kali dan yang menyertainya pulak bukan seorang dua untuk setiap projek. Apa salahnya kalau buat di universiti saja? Bukankah lebih menjimatkan?

Maybe I'm talking about a few thousands - apa sangatlah kesan pada ekonomi negara? Tapi itu kalau satu projek. Darablah dengan berapa banyak projek dan berapa banyak universiti yang dapat geran penyelidikan?

Sebagai orang yang bayar cukai, saya rasa macam tak rela duit kerajaan dihabiskan dengan mewah begitu (oleh orang lain?).

Tapi nanti orang akan kata "Banyaklah songeh kau ni nak komplen macam-macam - cuba pergi duduk negara jiran, boleh ke dapat macam kat Malaysia ni?"

Padan muka aku?!

Friday, July 16, 2010

..Photoshoot at Monica Bay..

Layan gambar sajelah ye.

*Banyak gambar yang tak sharp. Out of 100++ shots that day, cuma 2, 3 keping je yang saya betul-betul suka. So, a lot to improve on.

Model : My sis, Yan and her daughter, Aisya

Thursday, July 15, 2010

..Entri Yang Tertunda - Balik Kampung..

Setelah lebih dua minggu - baru ada mood nak update.

Sabtu 26th june sampai kat kemaman lebih kurang pukul 10am. Parents saya tak ada kat rumah sebab attending a meeting in Kuala Terengganu. My sis came with her daughter then as planned weeks earlier - off we went to Kuantan for "Jalan-jalan Cari Makan" session.

Our initial plan was Cherating Steakhouse but unfortunately pukul 6pm baru bukak. Perut dah berkeroncong, maka tak boleh tunggu - go to Plan B - some steakhouse near Maxis Centre tapi unfortunate lagi, tak jumpa pulak Maxis Centre itu. Uwaaa.... So moved to Plan C - Noodle station kat East Coast Mall.

Tapi entah kenapa bila kat Noodle Station, tak jadi pulak nak makan western sebab dah tergoda dengan noodle options. Yelah, kata Noodle Station - jadi mestilah expertise in noodle kan.

These were what we ordered *I lost the receipt and totally forgot the food names - tulah sapa suruh kepam entri lama-lama :P

Yan and Aisya with Iced Age :)
And the noodle turned out to be indah rupa dari rasa :( Maybe I should choose original sauce to go with the noodle instead of soup. Buyan and En Hubby punya Nasi Goreng *tak ingat nama boleh tahan sedap.

Buyan belanja - thanks a lot, sis :)

Nanti nak story pasal photoshoot kat Monica Bay pulak. Guess what's the beach original name.

It's un-guessable, I bet you.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TELUK MAK NIK hehe :)

So, later!

Wednesday, July 14, 2010

..Mencari Diri..

This is something real deep. Yet crappy.

I really really dont want to complain about everything in my life - but I guess I just need to let it out.

I remember precisely when I was 10 - my 3 ambitions were to be a Nurse, Teacher and Policewoman

And when I was 12, the ambition got weirder and more nonsense, I must say, TV influence : An athlete, lawyer (ok, mari gelakkan diri sendiri), an author, jounalist..and the list goes on..

When I was 15 - that was when I thought I want to be an engineer. I thought it was 'cool' to be one and that it might make a lot of money (huh?!). So I set my mind after that. And that was the path I was taking back then.

So I'm becoming one today - almost 3 years already (it did 'sound' cool but I think I'm underpaid!huhu).

Everyday I have to drag myself to work and I cant help myself thinking that this is not happy :(

Sometimes people just say "Jangan pikir sangat" - so does 'not think about that' means we just let it become a part of us and just live with it? Until one day it explodes?

Sometimes I think to just quit my job and just do what I love, but then again, I have to tell myself to be reasonable and sensible. Mana nak carik duit ooii!!

There were several times I asked En Hubby "Can I resign first and try to find another job within that 2 months notice?" Hehe, gilak betul!!! He was okay with that but seriously, I dont know if I'm 'willing' to take the risk?

The job that I envy the most at this point is the radio DJ/presenter. I mean, they are people who are gifted with talking and so far, I haven't met a single soul who's good at talking but hate talking. And these DJs talk for a living. What a bless! Of course they have to do some research here and there so that they wont sound stupid when they speak Malay. But they can just be themselves almost all the times and do research when necessary. While in my case, there's nothing 'me' about being an engineer - it's all about research - all the times!!

At the age of (almost) 28, I think I now find what I love doing but I guess, it's already too late. And now I really feel trapped by some 15-years-old-ambition.

*Inhale. Exhale. Istighfar.

I remember I heard Ustaz Zawawi said something like this - "Kalau nak rasa ketenangan, kita kena fikir nasib orang-orang yang lebih malang dari kita"

There - letting it out and rationalize it. I think I breathe easier now than last night and the night before. And the nights before.

Tuesday, July 13, 2010

..I Want One..

I think I need this.


*Suruh pakcik google cari image the new Hygienia Dish Dryer from Panasonic tapi jumpa yang ni jek


In fact, I think I need a dishwasher too. *Tapi masa pergi Home Fair ari tu En Hubby dah cakap "Macam tak bersih je pinggan mangkuk kalau pakai ni" T_T

Monday, July 12, 2010

..Paul si Sotong dan Vuvuzela..

And yes, Spain won.. *in fact, tak kesahla sapa menang pun :P

Sepanjang World Cup ni, I didnt really watch the games in details. Setakat ambik tau sikit-sikit (supaya tak jadi katak bawah tempurung). Lagipun tak subscribe Sports Channel, maka semata-mata mengharapkan chanel 801 yang kadang-kadang ada, kadang tak de live matches. *padahal kalau ada live match pun kitorang record je and tengok the next day. Pastu fast forward kan sampai part bila goal sahaja - nampak sangat bukan pencinta bola sejati.


BUT, I think the most interesting part about this year's World Cup is Paul the octopus and also the Vuvuzela. Not that I believe Paul can really predict the future. Perhaps the combination of the winning country's flag attracted him more compared to the losing team. Erk, pandai jek - I dont know, I dont study octopus :P


And I still remembered how confused I was masa tengok matches yang mula-mula bila ada bunyi lebah tu. Ingatkan bunyi kat luar rumah, then ingat ada sound problem ke kat tv hehe. Rupa-rupanya si vuvuzela itu.


So next World Cup in Rio de Janeiro - I'll be 32? Owh no...

Sunday, July 11, 2010

..Sang Perangan..

* I don't know if the word 'perangan' exists.. I'm just using a common sense here. Since for orang yang bermimpi is called sang pemimpi, maka orang yang berangan - Sang Perangan?

Masa balik kampung hari tu, MIL ada offer pokok pisang serendah for us to plant on our 'abandoned' corner lot land back in JB.

Masa En Hubby and PIL tengah nak cabut-cabut pokok pisang tu, saya dapat satu pikir eh, maksud saya satu idea.

"Nanti kalau pisang ni ada anak, leh jual kat uncle depan umah" - bernas kan idea saya haha.

Pastu MIL saya kata "Tanam pun belum, dah nak jual"

En Hubby pun apa lagi - bab-bab mengenakan saya memang dia suka "Dia ni memang kuat berangan"

Huhu. In my defense I said "Bukan angan-angan, tapi cita-cita"

Tuesday, July 6, 2010

..Me, myself and my flabby arms..

Balik kampung hari tu, Mak cakap saya dah gemuk sikit.

Well, it supposed to be a good new, yelah, berisi sikit as in nampak sihat lah kan. But my mind couldnt take it that way.

I found myself keep 'measuring' and 'weighing' my flabby arms and big thighs after that. And of course En Hubby had to be the victiom of my "Saya gemuk ke" question which he constantly (and patiently?) answered "Tak"

Dia memang dah tau dah kalau jawapan dia "Ya", wifey nya ni akan meroyan.

Since I dont have any dumb bells yet, I use my 1 litre bottles as the substitute to dumb bells workout everyday. Well, I think it's time for dumb bells shopping.

Quite 'fortunate' that I have gastritis - I can't aford to skip meal nowadays. I even have to eat like every 3 hours or else my stomach will hurt so much. Hah - that maybe the reason! Huhu, like I said, nasib baik jugak ada gastric problem ni - kalau tak, mesti I dah diet gila-gila nih.

I also have to blame En Hubby for always coming home late that we have to have dinner after 8.

*tak pasal-pasal nak salahkan macam-macam.

Stress!

Sunday, July 4, 2010

..Love Songs - Not Available..

I'm working on a 'project' where I need to come out with sweet and romantic love phrases. But I guess my 'creative' mind does not work that way anymore, so I won't waste my time trying to create them on my own.

So I try to look for the lyrics collection that I have *dulu memang suka mengumpul lirik-lirik lagu but I have a problem that I didnt really collect *and listen to sweet and romantic love songs.

Yang banyaknya lagu-lagu frustation, anger and rage. Huhu, negatif betul..Positif punya ada jugaklah - tapi bukan love songs, more to humanity and inspirational songs. Ada jugaklah lirik-lirik sweet from Indonesian band but unfortunately, I'm looking for English phrases.

Mana mau carikk...

Saturday, July 3, 2010

..1st Half of 2010..

Huh, time does not fly anymore these days - it speeds!!!

Hari tu Hitz ada discuss pasal topik ni. Something like - what have you done/got for these 6 months of 2010.

Me? Not much. Except for a few days before June ended, I officially got myself a customer for my so-called part-time business *big grin. It's not really a thing that I actually planned through but bolehlah buat side income sikit-sikit.
*And for my future reference, the date was 24th June'10.

Well, on the other hand, actually I also did start my Tupperware business 3 months ago. Oklah jugak for someone yang tak pandai nak pung pang pung pang promote macam I ni. Biasanya I bagi tengok catalog jek, kalau diorang nak beli, belilah. Tak nak beli pun tak apalah. I didn't apply any aggressive approach haha. Kira kalau I tunjuk katalog kat 5 orang, 3 orang akan nak beli, oklah. Alhamdulilah.

Ni belum pergi ambik kempen baru sempena Ramadhan. Ada sapa-sapa nak order Tupperware for Raya? *sempat pulak promote kuikuikui...

So my this year's resolution to start a part time business seems accomplished. Now it's time to maintain it.

I'm still hoping to get a photography job, tho'. Wish me luck, pals :)

Friday, July 2, 2010

..Homesick..

Macam dah lama tak update.

Huhu. Balik kampung 4 hari last Saturday, Sunday, Monday & Tuesday - was so fully occupied with family activities :)

So no mood for blogging at all.

And as of today, still not in the mood, kinda 'homesick' :(