Sunday, June 12, 2011

..Menjengkelkan..

Tension bila deal dengan peniaga macam ni.

Janji nak siapkan sekian tarikh, bila kita datang and belum siap lagi, dia salahkan kita pulak sebab tak inform 2,3 hari sebelum nak datang ambik.

Pastu, janji nak datang ambik lagi sekian tarikh, dia dah kata "OK", tup-tup kita datang, kedai tutup pulak. Salah kita lagi ke sebab tak call sebelum datang?

Kali ketiga datang, baju dah siap (kedainya tetap tak bukak, tapi dia dah pass baju tu kat kedai abang dia). Saya ni sungguh bersangka baik, maka tak de check langsung pun masa ambik tu. Dalam kereta dah nak sampai rumah baru rasa nak tengok baju tu, kecewa sangat tengok tak de langsung jahit manik kat lengan (which she charged me for RM50!!) Marahlah saya kena macam tu.

Call tak angkat. Jadi saya pun SMS "Kak, sy dh g amik bju td.ari tu sy kate nk jahit manik keliling lengan, tp yg ni akk tampal2 je.xkan sampai rm50 caj??cekik darah ke ape??skarang ni mcm mne?"

Ni je yang dia buat, saya pun tak tahu panggil apa ni. And tadi dah tercabut sebijik pun. Eeii, sapa tak geram...

4 jam lepas tu baru dia reply kata bahasa saya kasar. Katanya tak sempat nak jahit manik, dan lupa nak bagitau abang dia yang rm50 tu tak payah bayar. Saya call-call lepas tu tak angkat punnn..

Boleh ek macam tu? Dah jadi satu kerja pulak saya nak pergi ambik balik duit rm50 kat larkin tu. Kak, kalau kena dengan orang lain, lagi 'kasar' bahasa yang akak dapat, tau.. At least kali ketiga kena baru saya nak marah. Yang kali pertama tak siap, kali kedua kedai tutup saya tak kata apa pun...........

So, saya nak publish kat sini nama kedai dia "Yani Fashion" kat stesen bas Larkin sana. Nak tolong orang Melayu, tapi macam ni pulak jadi. Serik dah rasa.

1 comment:

___Mrs Suhaidi___ said...

xyah gi dah kedai mcm tuh...geram plk dgr...sbr ye along...pos je baju tu kt mak, suh kawan mak jahitkan manik yg along nk...