Thursday, November 30, 2017

Toleransi Sifar

Perihal nak bayar hutang.

Sambil  menunggu untuk dilayani, aku terbaca satu klausa di bawah artikel “Toleransi Sifar” atas meja bilik diskusi tu.  Aku tak ingat ayat penuh tapi lebih kurang “Pihak kami berhak untuk tidak melayan indidvidu yang berkelakuan kasar, mengeluarkan kata-kata kesat..”

Aku pun baca dengan nada sarkastik jelah memandangkan hari tu aku dah call 2,3 kali dan dah pergi ke  2 cawangan untuk selesaikan loan aku. Haishh, nak bayar hutang pun susah, tau.

Dan seperti dijangka, urusan aku tak dapat selesai hari tu pun memandangkan “It’s lunch time already”. Jadi diorang tak dapat confirmkan figure sebenar yang aku kena bayar untuk full settlement. Katanya, “petang ni atau esok kami akan call puan untuk maklumkan semula”. Hahaha, gelak jelah 🙄

Dan keesokan hari aku tunggu lah update seperti yang dijanjikan, tetapi seperti yang dijangkakan juga, tak ada sesiapa call aku pun. Maka terpaksalah aku yang call.

Pegawai yang mula-mula angkat tu memang sinis je nada percakapan dia, padahal aku tanya baik-baik, dengan nada paling naif sekali. Mula-mula aku sabar jelah, tapi bila makin menjadi-jadi, maka hilang jugaklah kesabaran. Tapi idoklah makcik mengeluarkan kata-kata kesat pun.

Aku malas lah nak mention institusi kewangan yang mana tu. Cuma nak remind diri aku next time janganlah berurusan kat sini lagi. 

Mentang-mentang ada ‘protection’ yang membenarkan diorang untuk tidak melayan sebarang kekasaran atau kata-kata kesat, maka diorang pun bolehlah menyindir-nyindir pelanggan dan bagi servis sesuka hati je ye?

Wednesday, November 29, 2017

Ironing Board

Hari tu cuci mata dekat Lazada, ternampaklah iron board ni harga RM40. Murah gila. Sebenarnya dah lama nak beli ironing board tapi asyiklah bertangguh-tangguh. Aku pulak memang sejenis yang tak fussy, jenis yang belasah je, jadi tak kisah pun selama ni duk menggosok atas tilam je. Maka lepas sehari, seminggu, sebulan, setahun, bertahun.

Tapi setiap kali bila ada tetamu datang, tiap kali tulah jadi segan pulak jadinya bila tak ada ironing board. Nak suruh diorang menggosok atas tilam macam aku buat tu tak sampai hati sikit. Tu jelah the only reason that forced me to buy one.

Jadi dah jumpa kat online dengan harga murah, aku pun decided nak beli. Tapi tengok jugaklah Review Rating, Ada dalam 10 reviews. Dan ada dalam 4 bad reviews. Bila ada bad reviews, aku mula-mula terfikir nak cancel order je. Tapi on a second thought, setakat benda-benda remeh yang dalam bad review tu, compared to aku yang menggosok atas tilam je sebelum ni?

Dan lagi, harga RM40, takkanlah aku nak expect ironing board macam kat hotel 4,5 bintang tu pulak kan?

But don't get me wrong - the rating  and review thingy is important for online purchasing. But on a more general perspective in our daily life, bagi aku, tak perlulah terikut-ikut atau terpengaruh sangat dengan orang lain punya ketidakpuasan hati. 

So my point here is, sometimes, someone else's concern is not really relevant to us. So don't let the whining of others gets to us.

Contoh, bila kawan duk merungut-rungut time makan kat warung biasa; panaslah, banyak lalatlah. Kita yang selama ni tak ambik port pun benda-benda macam tu, bila dengar dia merungut-rungut macam tu, mulalah nak rasa rimas jugak. Jadi kenalah cepat-cepat slap some sense to ourselves - don't let other's opinion (or even worse, whining) spoil our mood, especially when it actually never bothered us before.

Lagi satu contoh, bila masuk kerja tempat baru. Ni memang selalu terjadi, memang akan ada orang-orang lama kat company tu yang akan cerita benda buruk-buruk je pasal company tu. Kadang bila hari-hari dengar benda macam tu, at some point, kita pun mulalah nak terpengaruh padahal kalau difikir-fikirkan, our previous company was not any better pun.

People will always complain and whine over everything and even nothing. So it's up to us to filter and to NOT get influenced by the negativity.

And owh, my ironing board arrived just fine.

So there, the philosophy of an ironing board 🧐.

Tuesday, November 28, 2017

Evolusi Tapau

So I guess, now we get to judge what do others tapau eheh 😏😏

It's transparent, using *PP material. I think it's more recycle-friendly, compared to **PS. Senang nak basuh. (Eh, korang basuh dulu tak bekas/bag plastik yang nak di- recycle tu?)

Tetiba aku teringat persoalan aku tentang recycle program kat malaysia ni. Dekat recycle center tu nanti mereka akan sort ke barangan plastik ni ikut jenis-jenisnya atau macam mana? Ada sesiapa tau?



*PP - polypropylene
**PS - polystyrene

Thursday, November 23, 2017

A Letter

"If you could write a letter to your younger-self, what would you write?"

So here is my letter:





Tuesday, November 21, 2017

Be Careful What You Wish For

"Be careful what you wish for, because you might get it"

Sometimes we do get what we wish for. BUT, it ALWAYS comes with a twist. And you end up wondering why doesn't it feel like a dream comes true?

The twists are those things that we often mis-look while wishing. So that's why they say, "BE CAREFUL". Because we don't see it coming along with our wishes.

But life is not supposed to be easy. Even having a wish granted can still be a hard thing.  

Monday, November 20, 2017

Surprise, Surprise

Cerita lama.

Nak buat surprise masa balik kampung, kononnya tak nak bagitahu sesiapa. Tahu-tahu je sampai depan pintu rumah gitu, haa... Tapi fikir-fikir balik, kang nanti mak abah tiba-tiba balik KT, camno? Maka, bagitahu mak dan abah jelah.

Sedang elok balik hari Sabtu. Biasanya menurut mak, adik-adikku semua akan berkumpul kat rumah mak hari Sabtu. Jadi aku pesan kat Mak jangan bagitahu sesiapa. Biar terkejut semua hehe.

Jadi, ni apa yang Mak ceritakan balik kat aku; Mak bagitahu kat mereka yang ada dekat rumah Mak masa tu, nanti Mak ada surprise untuk semua.

Tapi aku sampai lewat, dah malam baru sampai , maka boleh bayangkan bertalu-talulah soalan anak cucu yang tak sabar tu pada Mak sepanjang hari:

Mana surprise? 
Apa surprise tu?

Haha, kesian Mak, jenuh nak menjawab.

Yang kelakarnya, masa Mak bagitahu diorang tu, anak buah aku, si Aisyah, siap berdoa. Doanya, "Ya Allah, semoga surprise Tok Ma tu adalah Tilong"

Alaa, sweet sangat.

Maka menjadilah jugak surprise tu. Balik pulak dengan kereta lain, bila bukak tingkap barulah budak-budak tu menjerit. Haha, patut ambik gambar diorang masa tu.

Friday, November 17, 2017

Cry-on-prayer-mat Kind of Pain

I don't know about others, but as for me, the pain of hurting others is way more unbearable than being hurt by others. It was a feeling that was hard to live with. 



Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang menyakiti.