Showing posts with label one week one recipe. Show all posts
Showing posts with label one week one recipe. Show all posts

Monday, May 14, 2018

Hantu Jeruk

Sejak muda-muda memang hantu jeruk, especially jeruk mempelam. Cuma bila dah kena gastrik, terpaksalah tone down sikit kesukaan tu.

Balik kampung baru-baru ni dapat bekalan mempelam dalam 10 biji dari mak mertua. Maka menjeruklah kita. 

Husband suruh buat jeruk sira (betulke nama ni), aku pulak sekarang lebih berminat pada jeruk asam boi. Jadi buat dua-dualah. 
Dua jenis jeruk mempelam


Aku rasa jeruk sira tu lebih gastrik-friendly (haha, sukati reka perkataan sendiri) sebab ingredient dia cuma gula melaka dan cili boh.  Yang jeruk asam boi ni - asam boi tu memang gastrik-trigger punya ingredient. Dengan cili padi lagi. Tak pelah, makan sikit-sikit sambil beringat. Atau buat ulam makan dengan nasi. *sedapkan hati.

Friday, March 23, 2018

Jemput-jemput

Mula-mula tengok kat IG Hanis Zalikha, dia buat jemput bilis guna air panas. Bila tengok tekstur jemput-jemput yang dia post tu, teringinlah nak cuba. Sepatutnya rangup di luar, lembut di dalam.

Tapi cubaan pertama, failed miserably. Aku pun tak percaya yang simple meal like jemput-jemput could beat the crap out of me. Stress!

Tapi lepas tu aku cuba jugak lagi, aku suspect air panas terlebih at the first attempt. Tapi pun tak berapa menjadi jugak.

Akhirnya selepas mungkin 5, 6 kali cubaan, I think I get it right this time. Haha, inilah yang dikatakan bersilat kat dapur tu kan. Jemput-jemput je pun, but still.. 🙄

Masa ni tak ada bilis, jadi buat jemput-jemput bawang jelah.

Kesimpulannya,

  • Air jangan banyak. Kena tuang sikit-sikit dan sampai tektur campuran air+tepung tu jadi macam ni, tak boleh lembik, kena kental:

  • Owh, garam dan gula kena campur siap-siap bersama tepung gandum sebelum dicampur dengan air. Sebab bila dah campur air nanti, sebatian tu akan jadi kental dan susah nak sebatikan garam gula masa tu
  • Tapi bawang aku letak last sekali , sebab macam tak perlu nak sebati sangat kan
  • Saiz jemput-jemput tu kena comel-comel dan mini-mini je, barulah dapat digoreng dengan sempurna.
Inilah hasilnya setelah teori-teori di atas diaplikasikan: 
Idokler semenggah mana rupa dia eheh

Thursday, January 25, 2018

Asam Pedas Simple

Ni resepi asam pedas paling basic aku rasa. Rasa pun okay, tak mengecewakan. Aku ingat lagi resepi ni arwah Kak Fiza yang bagi. Ada tulis pasal arwah kat sini. Semoga arwah tenang sekarang di alam sana.

Okay.

Jadi, ni yang latest buat asam pedas. Rasa dulu dah pernah share gambar masa first time buat dulu-dulu, tapi tak tepek resepi.



As usual, please excuse the poor presentation


Maka, inilah resepi asam pedas paling simple. Tak ada letak jintan-jintan tu semua. Tapi jumlah berapa biji bawang, berapa banyak air dan sebagainya, pandai-pandai agaklah. 

1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam yang telah dikisar bersama.
3. Masukkan serai yang telah diketuk.
4. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air perahan asam jawa.
5. Masukkan bunga kantan.
6. Bila mendidih, masukkan ikan pilihan.
7. Masukkan tomato dan daun kesum
8. Tambah garam dan gula secukup rasa.
9. Untuk rasa yang lebih 'kick', tambah belacan dan sedikit gula melaka.

Sekian.


Friday, January 5, 2018

Kek Span Pandan

Sebuah entri tertunda.

First time buat, Alhamdulillah menjadilah jugak.

Kalau bab-bab baking ni confirmlah buat kat rumah Mak sebab equipments sana semua lengkap. Kalau rumah sendiri, oven pun tak ada. 

Sebenarnya aku ada empat assistants masa buat ni - Mak, Buyan, Aisyah dan Soffea. Haha kemain ramai buat sebiji kek. The more, the merrier eheh.

So macam nilah rupa kek lepas keluar dari oven dan lepas keluar dari acuan tu.


Ada budak tak sabar nak rasa, hence the 'dent'

Resepi ni sepupu Mak yang bagi. Dia ajar satu-satu, step by step dan aku pun tulis bulat-bulat apa yang beliau cakap. Masa buat pun ikut bulat-bulat. Maka beginilah hasilnya.


Monday, May 29, 2017

Ikan Percik

Pejam celik, pejam celik, dah pun bulan puasa lagi.

Alhamdulillah berpeluang bertemu Ramadhan lagi. Semoga ibadah tahun ni lebih cemerlang berbanding tahun-tahun lepas.

Okay, mukaddimah mesti kaw-kaw. Padahal nak share resepi je pun. Bolehlah dicuba kalau-kalau buntu tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Resepi yang simple tapi hasil yang wow!

Nah resepi Ikan Percik. Bila tambah kerisik tu memang sedap menjilat jari. Tapi macam biasa bahan-bahan tu kena agak-agaklah.

*Resepi from my adik ipar.

Bahan-bahan:
- Bawang putih, halia dan bawang merah dikisar
- Cili kisar
- Serai
- Kunyit hidup ditumbuk (kalau tak ada, kunyit serbuk pun boleh)
- Kerisik
- Belacan
- Gula melaka
- Santan
- Asam keping
- Garam
- Ikan dilumur garam dan dibakar terlebih dahulu


Cara-cara:

Tumis bahan-bahan kisar.
Masukkan serai dan cili kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan kerisik, belacan, kunyit, gula melaka.
Masukkan santan dan asam keping.
Garam secukup rasa.
Tuangkan ke atas ikan yang telah dibakar tadi.
Siap.

p/s: Selain ikan, boleh juga diganti dengan ayam.

Thursday, May 25, 2017

Kari Ikan Mamak style

I got this recipe from my sister. So the credit goes to her. First attempt of this type of curry which is without santan. And it turned out to be sedap! Ehehe. No, I mean the recipe, not my cooking.

Bahan-Bahan:

Bahan kisar : Halia dan bawang putih
Bawang besar (dimayang)
Cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Kayu manis
Daun kari
Kentang
Tomato
Serbuk kari ikan (Adabi + Babas)
Cili kisar
Ikan (ikut suka)

Cara-cara:

1. Tumiskan cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar ( halia dan bawang putih) hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar.
4. Masukkan daun kari dan kentang
5. Masukkan cili kisar
6. Masukkan ikan
7. Masukkan serbuk kari yg dah dibancuh
8. Masukkan sikit air
9. Tunggu mendidih
10. Masukkan tomato (potong 4)
11. Masukkan garam
12.Kalau nak lagi pedas, masukkan cili kering yang dipotong
13. Siap

p/s: In case terlebih pedas, boleh masukkan asam jawa untuk balancekan rasa dia.

p/p.s: Gambar belum ada almaklumlah pakai handphone murah gambar berjerebu malas nak upload.

Wednesday, February 8, 2012

..Mee Rebus Terengganu Style..

Ginilah rupa mee rebus terengganu.  Lebih kurang macam mee sup.

Yang saya buat ni saya letak daging (nak letak ayam pun boleh), telur, sayur sawi, tomato and cili dalam kuah sup tu.

Tapi dari segi rasa agak kuranglah.  Adoii.  Frust sungguh.  Kena tunggu balik Terengganu baru leh jumpa ni, kat Johor mee rebus dia lain.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, November 16, 2011

..Sup Ekor + Tulang..

Grr...geram betul kat Blogger-droid version baru ni. Konon-konon ada auto-publish feature, tapi yang scheduled on 14 Nov hari tu tak dipublish pon...huhu. *ke saya yang tak reti guna ni..

Ok, enough being mad at blogger-droid. Hehe.

Actually I posted a pic of my first sup ekor attempt. Together with the sambal kicap which was also a first attempt.

Tapi sup ekor tu saya pakai resepi yang biasa buat sup tulang je pun. Ni pun campur sekali dengan tulang, sebab ekor dapat sikit je masa korban hari tu :p

So bolehlah nak update segmen 'one week one recipe' ai tu..ngeh3x


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 6, 2011

..Salam Aidiladha..

Dah malam baru nak wish hehehe..

Btw, semalam and hari ni belajar buat laksa johor dan Alhamdulillah, berjaya :)

But of course lah tak buat sorang-sorang. Kat Kemaman, team laksa Johor sampai 4 orang. Kat Kuala terengganu, team laksa adalah 3 orang. Lebih kurang 3 jam jugak preparation+cooking time. Nak sediakan bahan-bahan tumis lagi, tumbuk udang kering + ikan kering, buat sambal belacan lagi, blend ikan dan udang lagi huhu. Kalau sorang-sorang rasanya tak ada kekuatan kot saya nak buat :p

Lepas tu, Masterchef malam ni Uji Rasa laksa Johor pulak tu, bolehlah berlagak konon-konon tahu ingredients tu *padahal bawanh merah dengan bawang besar pub tak reti nak beza rasa dia macam mana

Gini lah rupa laksa Johor *courtesy of Uncle Google.

Tuesday, February 22, 2011

..Ikan Terubuk Masin..

ikan terubuk masin imported from Sarawak. Not purposely pesan pun tapi my friend yang baru balik dari Sibu tu ada beli lebih, so terasa nak try walaupun dulu pernah makan and tak suka.

Akak doc con kat ofis ajar cara masak. Kalau dengar dia bercerita, macam sedap sangat je ikan ni... Tu yang tergoda beli jugak.

Tak tahu la betul ke tak yang saya masak tu huhu. Dia suruh perah air asam limau, tapi saya cuma ada lemon so hentam jelah pakai lemon.

I think I'm just not into salty food. In fact, selama ni masak pun jarang-jarang taruk garam.
Ni makan dengan En Hubby, separuh pun tak habis. Ish ish..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, February 18, 2011

..Lempeng lesson..

Malam tadi belajar buat lempeng dengan En Hubby. Dah banyak kali dia request nak makan lempeng tapi saya tak reti buat huhu.

Memandangkan dia terer buat lempeng, maka dia ajarlah. Memang sonang sajo, tapi malas nak try buat selama ni sebab tak suka makan.

Dulu masa kecik seingat saya Mak ada buat untuk sarapan, tapi mungkin anak-anaknya ini kurang minat jadi dah tak jumpa setelah meningkat dewasa ni.

Yang saya buat malam tadi bentuknya tak menarik langsung maka saya tak de mood nak snap picture. Btw, bolehlah masukkan ke slot 'One Week One Recipe' ;P
Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, January 12, 2011

..Ketupat Sotong..

Semalam sampai rumah lebih kurang pukul 7 malam, terus masuk dapur. Tak de tukar-tukar baju dulu, tudung pun tak bukak *sebab my BIL ada datang rumah.

Terus carik resepi online nak masak ketupat sotong.

Dan setelah lebih kurang sejam bersilat kat dapur dengan bantuan En Hubby *yang bercuti semalam, siap.



Bangganya bejaya buat ketupat sotong :) Rugi tak beli sotong banyak-banyak.

Wednesday, November 17, 2010

..Salam Aidiladha..

Me - beraya di JB. Dan saya sangat terharu dengan adik-adik yang pandai membawa diri beraya tanpa Mak Abah di tanahair. I think I do not need to worry about them too much anymore, they are big boys now...

As for me, I tried to make a decent Raya meal *kunun-kunun, but yet, we still ended up eating in McDonald. Rupa-rupanya ramai je yang 'beraya' kat McDonald ni huhuhu.

Nak dijadikan cerita siap masak pagi tadi around 10am (huhu, lewatkan? contrary to my officemates yang petang semalam semua rushing nak masak after balik kerja). Masak nasi kunyit dengan rendang ayam. And owh, that was my first rendang ayam ever :) Tengah siap-siap nak serve untuk dimakan, mangkuk yang saya dah isi nasi kunyit tu tiba-tiba pecah - by itself. Tak pasal-pasal kang ada yang makan serbuk kaca, makanya, terpaksa buang. Arggh..Nak masak lagi sekali makan masa - 2 kali kukus tuh...Perut dah lapar, so the fastest choice is McDonald.

Btw, presenting my first Rendang Ayam (tak dapat carik daun kunyit, letak daun limau purut saja). Mintak resepi from my aunt di malam raya.



SALAM AIDILADHA TO ALL MUSLIMS.

Sunday, October 10, 2010

..One Week One Recipe..

Dengan ini saya ingin merasmikan my "One Week One Recipe Project" hehehe.

Maksudnya, belajar satu resipi baru setiap minggu.

Well, let's see how it goes. Harap-harap misi ini berjaya motivate myself untuk belajar dan terus belajar memasak.

*Ingat nak buat logo untuk projek nilah. Hope nanti ada idea. Poyo nyer....

..My First Ayam Goreng Berempah..

Mendapat pujian dari En Hubby. Hari ni saya masak 2 and a half pot of rice, dengan harapan untuk dinner terus tapi nasi telah berjaya dihabiskan oleh kami berdua semasa lunch saja :)

En Hubby kata sedap cuma kurang manis. Elok jugak kurang manis, I have to train him to get used to less-sweet cook and food, btw. He's such a 'sweet' person. Memang orang Terengganu jati yang suka manis-manis...

So this is my first ayam goreng berempah's look:
Presentation wise, I know I suck...but that can be improved (positif2) :)

Wednesday, February 24, 2010

..My First Asam Pedas Attempt..

sejak akhir-akhir ni asyik makan asam pedas kat kantin masa lunch.

jadi timbullah idea nak buat sendiri. setelah 2 kali menuntut ilmu dari akak doc con, saya pun cubalah buat.


mula-mula ingat nak buat guna ikan duri (or mayong), tapi seperti yang dah diagak, En Hubby pulak tak suka. hanyir sangat katanya..huhu. so, guna ikan kembung (walaupun saya tak berapa suka). tak kisahlah, yang penting dapat praktikkan asam pedas ni.


dah halfway memasak, boleh pulak lupa what's next. kelam kabut search resepi kat internet pulak. huhu.


inilah hasilnya :

ok kot. adalah rasa macam asam pedas :)