Thursday, June 28, 2018

Meet Me In The Middle

Why don't you just meet me in the middle
I’m losing my mind just a little


Pagi, petang duk dengar lagu ni. Tak tahu lagu apa, siapa yang nyanyi. Tak kuasa nak google. Aku agak Selena Gomez, betul ke?

Monday, June 25, 2018

25 June 2018

Semoga Allah permudahkan semua urusan di sini nanti. Semoga ini adalah jawapan untuk doaku tentang hal yang ini.

Amin.

And I just want me to remember this if things get tough, that “Comfort zone never takes anyone anywhere”.

Bismillah.


Saturday, June 23, 2018

Perihal Raya 2018 [Part IV]

Okay, sebenarnya bukan nak cerita raya dah pun. Nak membebel je haha.

Tiba-tiba rasa nak makan ketupat palas dengan rendang. Huhu. Padahal menu tu ada je raya pertama baru-baru ni, tapi tak sempat nak makan. Haha, kemain tak sempat, macam busy bebenor. Tak pastilah kenapa sampai tak sempat nak makan, mungkin sebab banyak sangat makanan lain kot, sebijik ketupat pun tak termakan. Uwaaa.

Tahun lepas pun macam ni. Lepas raya, dah balik JB, mulalah teringat-ingat. Satu hal pulak nak cari ketupat palas kat JB ni 😭

Friday, June 22, 2018

Perihal Raya 2018 [Part III]

Sebenarnya bersyukur sebab bila pergi beraya, orang tak hidangkan teh ais. Ehehe. Kalaulah semua rumah jamu teh ais (atau kopi ais), memang demamlah jawabnya time raya. Sebab lepas raya ni, ramai orang dah start sakit tekak dan batuk dan demam, mungkin sebab penangan minum ais masa beraya. Owh, kopi dan teh panas pun tak jumpa jugak sepanjang beraya, jadi terkawal jugaklah sugar intake (konon!). Padahal makan kuih raya tak ingat!

Tapi memandangkan orang keliling dah sakit-sakit, maka aura tak sihat tu dah mula nak menyinggah jugak. Harap dapatlah ditepis, insyaAllah.

Thursday, June 21, 2018

Perihal Raya 2018 (Part II)

Raya kedua hari tu pergi melawat nenek saudara belah mak, dia kena second stroke, dah tak boleh bercakap, tak boleh bangun.

Sayu sangat masa salam, dia pandang aku lama, rasanya dia tak kenal kot sebab jarang sangat jumpa bila dah besar panjang ni.

Patutlah kita ni diwajibkan pergi melawat orang sakit. Bila tengok keadaan Tok Su terasa ada satu keinsafan dalam diri. Betapa selama ni tak jaga kesihatan (esp in terms of food intake and exercise) dan juga bab-bab ibadah - betapa beruntungnya kita yang masih mampu solat dalam keadaan sempurna. Dan dari segi komunikasi pulak, adakah kita ni gunakan nikmat dapat mendengar dan bercakap tu dengan benda-benda yang baik dan bermanfaat sahaja. 

Semoga Tok Su dipermudahkan segala urusan, dikurangkan kesakitan dan diberi kesembuhan.

Wednesday, June 20, 2018

Perihal Raya 2018 (Part I)

Cerita malam raya. Aku memang plan dari awal Ramadhan kalau dapat berjaya azam Ramadhan tahun ni, aku nak buat pulut kuning dengan rendang. Jadi, malam raya tu pulunlah buat rendang ayam dan daging kat rumah nenek.

Nak dijadikan cerita dah dekat pukul 12 tu, black-outlah pulak. Nasib baik bateri phone ada separuh lagi, maka memasaklah di bawah sinaran flashlight. Dan nasib baik jugaklah masa tu tengah tunggu rendang kering je.

Lepas setel bab rendang, badan dah letih, kepala dah rasa ting-tong, tapi masalahnya tak boleh tidur sebab kepanasan. Haru sungguhlah memikirkan esok nak bangun awal nak mengukus pulut kuning pulak. 

Tapi mujurlah ada jugak balik elekrik setelah berapa lama menunggu. Tengah nak lelap tu, dua kali pulak lagi black out balik. Sampai dua pagi jugaklah keadaan tu. Dugaan sungguhlah di malam raya. Jadi esoknya tak dapatlah bangun awal sangat. Pukul 6 pagi baru mula bahagian pulut kuning.

Sekian cerita malam raya.

Tuesday, June 19, 2018

Interview Stuffs

Ada satu finding yang aku dapat sepanjang mengumpul pengalaman interview ni.

Kalau yang call untuk panggil interview tu adalah interviewer itu sendiri, maka berhati-hatilah. Kebarangkalian untuk syarikat tu untuk tidak menitikberatkan hal ehwal kebajikan pekerja adalah sangat tinggi. Atau dalam bahasa lain - company cap ayam.

Haha. Yelah, secara logiknya, company macam ni tak ada prosedur sangat, maka berterabur sikitlah segala sistem. Tu yang panggil interview tak melalui HR pun. Maka, tanyalah dulu ada surau ke tidak, bagi yang beragama Islam.