Saturday, May 9, 2020

Life Lesson from A Betrayal Part II

Terima kasih tikam aku dari belakang,
di waktu aku melawan kata hati aku,
menidakkan kemungkinan kamu memiliki pisau.

Tertipu aku,
dengan kata hati sendiri yang memuliakan kamu;
dengan kamu yang berupa seorang sahabat.


Terima kasih atas pelajaran ini,
aku tak akan lupa sampai mati.

Friday, May 8, 2020

Life Lesson from A Betrayal

When you feel like you’re making a bad choice, you probably is. 
And if you still choosing it, be prepared to regret it one day.
Be prepared to be deeply devastated.

Sometimes, patience doesn’t pay off. Sometimes it’s not worth making all the sacrifices.
Sometimes, you really have to trust your instinct.

And if you pretend (to be strong) too much, soon you will be forgotten.
People will forget that you are a human with a heart.

If you think people will remember you for  all the ups and downs you’ve faced together with them, you’re wrong. People will justify everything they do. They will have excuses for everything.

Sometimes your role is just to pave a path for someone else to walk through it.
And what is your role again?
Just someone who paved the path.
For SOMEONE ELSE to walk through it.


Saturday, April 4, 2020

Kalah

Inikah dia perasaan kalah?
Yang selalu aku baca dalam kisah orang lain;
inikah dia?

Aku tahu perasaan putus asa,
tapi ini lebih sakit.

Mungkin aku mengalah sebelum berjuang,
tapi apa lagi yang hendak aku perjuangkan?



Sunday, January 5, 2020

Falsafah H&M

Sesuatu yang buat aku agak berfikir.

1. Masuk H&M waktu tak ada budget untuk beli baju:
Semua nampak cantik, rasa nak beli semua.

2. Masuk pula H&M waktu ada bugdet untuk 4,5 helai. Kalau nasib baik, dapatlah sehelai. Tapi biasanya, buat penat je pusing satu store, satu pun tak berkenan. Too short, too ‘transparent’, too tight, too much, too little haha, macam-macam lah.

Jadi, kesimpulannya apa?

Is this a disease?

1.  Kemahuan untuk memiliki sesuatu yang tak boleh dimiliki?
2.  Ataukah sebenarnya tak pernah nak pun?
3.  Tahap kemahuan bergantung pada tahap kebolehmilikan?
4.  Tak pernah tahupun apa sebenarnya yang diri sendiri nak?

Entahlah.

Saturday, November 23, 2019

W.E.A.K

I didn't really see myself as a bad person before.

But I’ve come to realise that being weak is just as equal.




Friday, June 21, 2019

Raya 2019 Part I

Selagi bulan Syawal kan 😬

Cerita dua anak saudara yang dah makin besar dan makin bijak - Aisyah dan Soffea. Mati akal Tilong kadang-kadang nak menjawab.

Kali ni persoalan relativity. 

Diorang ada bertanya pada Mommy diorang kenapa kalau Tilong balik selalu rasa sekejap je. Tak silap aku Mommynya jawab ‘sebab kita suka Tilong. Bila suka sesuatu, masa akan rasa cepat berlalu’

Jadi si Aisyah ni pun bagi idea, kalau macam tu, kita tipulah konon-konon tak suka Tilong. Hahaha. Aku pun jawablah, “Kalau dah tak suka Tilong, nanti mesti nak Tilong balik JB cepat-cepat”

Si Soffea cepat-cepat jawab balik “Bukan tak suka betul. Tipu-tipu je”. Adoilaa.. Aku yang dah tak reti nak explain lebih-lebih terus tanya diorang balik, “Habis tu nak tipu siapa sebenarnya?”

Maka persoalan tu mati kat situ. Haha. And by the way, Tilong misses all my anok-anok weks so much.

Tuesday, May 28, 2019

Penangan Teh Ais

Satu-satunya minuman berais yang aku tak boleh tahan 😅 Lagi-lagi bulan puasa. Dan dia macam sejenis ketagihan jugak, bila sekali dah beli, mesti esok lusa dan seterusnya nak beli lagi.

Maka mendapatlah sakit tekak, demam dan selsema. Dah masuk tiga hari, tambah dengan air-cond office yang sejuk tak ingat tu. Dapat sekali dengan pakej sakit kepala. Semalam gagahkan diri jugak ke ofis sebab dah commit dengan orang nak submit Isnin. Nak tunggu pukul 5 bukan main seksa. Hari ni aku MC harap-harap cukup rehat dapatlah baik sepenuhnya.

Jadi tak dapatlah rekod setahun tanpa demam. Belum setengah tahun dah kalah. Dahlah bulan puasa tahun ni terasa kelesuan semacam, mungkin faktor umur.

Gastrik tak mengganggu sangat tahun ni, Alhamdulillah. Cuma beberapa hari masa permulaan puasa je. Harapnya tak menyerang lagi sampai ke akhir Ramadhan.

Selit sekali cerita baju raya. Walaupun dah bertekad tak nak pre-order, tapi terjebak jugak. Padan muka aku, sampai ke hari ni tak dapat update lagi. Kat wassap katanya dah pos semalam tapi belum dapat apa-apa e-mail atau tracking number. Cadangnya nak pakai raya pertama, tak tahulah sempat ke tak dia sampai.