Tuesday, May 28, 2019

Penangan Teh Ais

Satu-satunya minuman berais yang aku tak boleh tahan 😅 Lagi-lagi bulan puasa. Dan dia macam sejenis ketagihan jugak, bila sekali dah beli, mesti esok lusa dan seterusnya nak beli lagi.

Maka mendapatlah sakit tekak, demam dan selsema. Dah masuk tiga hari, tambah dengan air-cond office yang sejuk tak ingat tu. Dapat sekali dengan pakej sakit kepala. Semalam gagahkan diri jugak ke ofis sebab dah commit dengan orang nak submit Isnin. Nak tunggu pukul 5 bukan main seksa. Hari ni aku MC harap-harap cukup rehat dapatlah baik sepenuhnya.

Jadi tak dapatlah rekod setahun tanpa demam. Belum setengah tahun dah kalah. Dahlah bulan puasa tahun ni terasa kelesuan semacam, mungkin faktor umur.

Gastrik tak mengganggu sangat tahun ni, Alhamdulillah. Cuma beberapa hari masa permulaan puasa je. Harapnya tak menyerang lagi sampai ke akhir Ramadhan.

Selit sekali cerita baju raya. Walaupun dah bertekad tak nak pre-order, tapi terjebak jugak. Padan muka aku, sampai ke hari ni tak dapat update lagi. Kat wassap katanya dah pos semalam tapi belum dapat apa-apa e-mail atau tracking number. Cadangnya nak pakai raya pertama, tak tahulah sempat ke tak dia sampai.


No comments: