Tengahari semalam pergi pos barang kat post office Senai Airport. Orang tak ramai mana pun, masuk saya 3 orang je yang berurusan kat situ. Tapi makan masa setengah jam jugak.
Pakcik kaunter agak kurang senyum dan macam sarcastic semacam. Dahlah saya isi borang 2,3 kali jugak - tak isi phone number lah, tak sign lah. Dah dua tiga kali saya kena isi-isi details tu saya tanyalah "Taknak timbang dulu ke?" tapi dia insist saya kena siapkan isi borang PosLaju tu jugak dulu.
Time nak bayar, total RM11.30, saya bagi RM12 - dia tanya saya ada duit kecik tak. Bila saya cakap tak de, dia bebel-bebel sambil keluarkan balance 70sen. Saya cakap jelah saya memang tak de duit kecik. Dia cakap lagi "Lain kali bawaklah duit kecik blablabla..."
Saya semalam memang tak de mood - saya terus tak ambik balance 70sen tu. Saya cakap "Ambik jelah 70sen tu", terus blah. Dengar jugak dia panggil-panggil tapi saya terus pergi je.
Hari ni - guess what?? Dalam mailbox saya ada surat tak berstem, cuma ada cop Pos Malaysia Pengurus Cawangan Senai Johor. Hmm... My super-imaginative mind mula lah pikir bukan-bukan sampai ke tahap nak buat police report hehehe. Creepy jugak bila pikir dia dah tau alamat rumah saya (yang obviously diambik dari detail poslaju form tu). Sampai nak bukak envelope tu pun saya tak berani, tunggu En hubby balik. Tapi dapat rasa duit syiling dalam envelope tu.
Ya, pakcik tu pulangkan balance 70 sen tu. Dia cuma tulih "Wang lebih poslaju" pastu dia selotapekan duit syiling kat kertas A4.
Saiko!!
3 comments:
saiko nya pakcik...btw, buleh report ko customer service pos mlaayisa sbnrnya klu xpuas hatu dgn staff diorg. oyat namo pokcik tu dan explain komplen gapo. ni kalau next time jadi lagi la gitu
mse kne tu mmg berapi2 nk wat complaint tapi pas balik ofis, jd dok igt..pahtu malas doh..lain kali kene complain slalu sebelum jd dok igt+mls..
banyak kali dah kena dengan pakcik tu. takde choice lain nak pegi pos barang. kita keja kat senai airport. so kat situ je la yang dekat.
pakcik tu buat keje, masyaAllah. punyalah lambat. lepas tu kalau membebel kemain lagi. itu tak boleh la. ini tak boleh la. padahal kat pejabat pos lan boleh je gitu. stress..
Post a Comment