Wednesday, December 27, 2017

Nasi Dagang Kampung Atas Tol

Masa tengok kedai ni viral dekat FB dulu-dulu, ingatkan takkan ada can nak pergi makan. Tapi dah namanya rezeki, baru-baru ni dapatlah jugak merasa.

Bagi aku memang sedap. Parents aku pun cakap sedap. Tapi my in-laws semua cakap biasa-biasa je. Mungkin sebab diorang dah biasa makan nasi dagang jadi expectation dia lebih tinggi. 

Kalau pergi Kuala Terengganu, silalah singgah di sini. Taip je Nasi Dagang Kampung Atas Tol kat Google Map tu. Dia betul-betul tepi jalan, memang akan terus nampak, bersebelahan dengan surau dan kubur.

Nasi dagang ni dia pakai beras basmathi sebab tu kot aku suka sangat ehehe. Dan teh ais dia pun aku suka, walaupun ais! 




Isnin tutup ye:

Katanya 630 pagi orang dah start beratur dah kat sini. Tapi masa kami pergi tu dah dekat pukul 9 pagi, masih ada lagi.

2 comments:

Kay said...

nasi dagang bukit besar sedap

mygoldpen said...

Aah kak..mak mertua sy pun cakap sedap yg tu..tp sy xpernah try lagi ni 😋😋