Saturday, February 17, 2018

Malang Yang Tak Berbau

Petang semalam dengan famili pergi berpiknik di Pantai Penunjuk, Kijal. Dalam kereta bukan main nak save bateri phone, tak bagi anak saudara main sebab nak ambik gambar banyak-banyak kat pantai nanti. Tapi rupanya tak terambik gambar pun kat sana.

Sesampai di pantai, lepas settle hampar tikar semua, kami pergilah beli makanan dekat pasar malam berdekatan. Tengah beli kerepok lekor tiba-tiba dengar ada customer lain bagitahu penjual tu yang ada budak lemas. Bila kami tengok ke arah pantai, memang nampak orang semua tengah berdiri pandang ke laut.

Rupanya ada dua orang  tengah berpaut pada batu di tengah-tengah laut. Ombak besar menyebabkan mereka tak dapat berenang balik ke pantai. 

Kakau ikut versi cerita orang kat situ, katanya yang lemas seorang, dan yang seorang lagi tu orang yang nak selamatkan dia. 

Abah ada call JPAM. Rupanya orang JPAM akan selalu call kita balik tanya update selain lokasi dan details pasal kejadian.

Masa semua orang kat pantai suspense tengok dan tunggu bomba/ambulans/JPAM sampai, nampak dua orang hamba Allah berdayung ke batu tempat mereka berpaut tu dengan sampan kecik. Kami yang tengok ni berdebar jugak sebab diorang tu tak pakai life jacket dengan keadaan ombak besar jika nak dibandingkan dengan saiz sampan tu. Salute sangat dengan keberanian diorang tu.

Aku pergi jugak dekat dengan kejadian masa diorang bawak naik mangsa tu ke pantai, tapi tak nampak sangat. Cuma nampak ada orang tengah buat CPR. Tak sangka jugak serius keadaannya  sebab masa sampan tu pergi dapatkan mereka, aku dah rasa lega sebab ingatkan dah selamat semua.

Menurut Abah, yang buat CPR tu doktor, kawan Abah. Tapi lepas tu kami dapat tahu, the boy didnt make it. Innalillah. Al-fatihah.

Ni ada link berita kejadian di Sinar Harian, cuma tak ada mention pasal sampan yang pergi ambik mangsa tu. 


http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kegembiraan-mandi-manda-di-pantai-bertukar-tragedi-1.799206


2 comments:

Kay said...

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Ombak besar jugak skrg ni, musim tengkujuh belum berakhir.

Bawa anak-anak saudara ke pantai juga. Tapi bagi main tepi-tepi je. Tapi diorg ni bila jumpa air bukannya ingat pesan. makin lama makin ke tengah. Last-last suruh semua naik. Senang. Tak puas mandi pun tak puas la, janji semua selamat. Mokcik dia bukan reti berenang pun.

kita ni bila tgk ombak menghempas pantai, kita ralit, terus hanyut ke tengah.

mygoldpen said...

Aah kak..dgr jugak orang2 kat pantai tu cakap musim ni tak boleh mandi lagi..tunggu bulan 4 nanti baru ok..signboard pun ada tulis tak boleh mandi..