Mula-mula tengok kat IG Hanis Zalikha, dia buat jemput bilis guna air panas. Bila tengok tekstur jemput-jemput yang dia post tu, teringinlah nak cuba. Sepatutnya rangup di luar, lembut di dalam.
Tapi cubaan pertama, failed miserably. Aku pun tak percaya yang simple meal like jemput-jemput could beat the crap out of me. Stress!
Tapi lepas tu aku cuba jugak lagi, aku suspect air panas terlebih at the first attempt. Tapi pun tak berapa menjadi jugak.
Akhirnya selepas mungkin 5, 6 kali cubaan, I think I get it right this time. Haha, inilah yang dikatakan bersilat kat dapur tu kan. Jemput-jemput je pun, but still.. 🙄
Masa ni tak ada bilis, jadi buat jemput-jemput bawang jelah.
Kesimpulannya,
- Air jangan banyak. Kena tuang sikit-sikit dan sampai tektur campuran air+tepung tu jadi macam ni, tak boleh lembik, kena kental:
- Owh, garam dan gula kena campur siap-siap bersama tepung gandum sebelum dicampur dengan air. Sebab bila dah campur air nanti, sebatian tu akan jadi kental dan susah nak sebatikan garam gula masa tu
- Tapi bawang aku letak last sekali , sebab macam tak perlu nak sebati sangat kan
- Saiz jemput-jemput tu kena comel-comel dan mini-mini je, barulah dapat digoreng dengan sempurna.
Inilah hasilnya setelah teori-teori di atas diaplikasikan:
Idokler semenggah mana rupa dia eheh |
No comments:
Post a Comment