Sunday, June 10, 2018

The Fighting Mocha

Catatan dalam italic font di bawah ni sebenarnya bertarikh 8 Jun. Tertunda sebab konon-konon nak selit sekali gambar si Mocha dan kecederaan dia. Tapi tak sampai hati pulak nak ambik gambar memandangkan he was not his usual self, especially the first two days. Duduk berkurung dalam cathouse dia je. Setakat hari ni aku jumpa empat kesan cakar/gigit. Harap-harap tak ada lagi dah.

Sedih bila tengok dia bergomol depan mata, siap nampak darah meleleh kat mata dia. Hancur luluh hatiku. Aku cuba leraikan diorang dengan jirus air paip, eh, makin menjadi-jadi pulak diorang bergomol. Aku panggil-panggil nama Mocha dia langsung tak layan aku. Siap dengan anjing-anjing jiran mengintai dan menyalak sama, meriah betul. Apalah jiran-jiran aku cakap kalau diorang nampak aku dalam keadaan macam tu.


Last-last aku tolak waste bin warna hijau kat luar rumah tu, jadi Mocha terkejutlah dengar bunyi tong sampah tu diseret atas jalan, cepat-cepat dia masuk pagar rumah jiran. Kucing lagi satu tu pun terus blah jugak.


Lepas dah berjaya pujuk dia keluar dari kawasan rumah jiran tu, cepat-cepat aku bawak masuk rumah. Tengok mata kiri dia lain macam. Berair, dan bila aku cuba kesat-kesat, ada darah. Aku takut kalau ada luka dalam biji mata maka bawaklah ke klinik. Alhamdulillah, his eyeball is clear. Cuma kena dekat lid dan dekat belakang tengkuk, dan menurut kata vet, tak perlu risau sangat. Actually ada luka dekat bahagian tangan or kaki jugak tu, tapi vet tak dapat nak check sebab dia jadi garang bebenor.


So Mocha, I will remember this day, your fighting day. I always thought you don’t have it in you, but today, you prove me wrong.

Get well soon, kiddo!

No comments: