Monday, May 29, 2017

Ikan Percik

Pejam celik, pejam celik, dah pun bulan puasa lagi.

Alhamdulillah berpeluang bertemu Ramadhan lagi. Semoga ibadah tahun ni lebih cemerlang berbanding tahun-tahun lepas.

Okay, mukaddimah mesti kaw-kaw. Padahal nak share resepi je pun. Bolehlah dicuba kalau-kalau buntu tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Resepi yang simple tapi hasil yang wow!

Nah resepi Ikan Percik. Bila tambah kerisik tu memang sedap menjilat jari. Tapi macam biasa bahan-bahan tu kena agak-agaklah.

*Resepi from my adik ipar.

Bahan-bahan:
- Bawang putih, halia dan bawang merah dikisar
- Cili kisar
- Serai
- Kunyit hidup ditumbuk (kalau tak ada, kunyit serbuk pun boleh)
- Kerisik
- Belacan
- Gula melaka
- Santan
- Asam keping
- Garam
- Ikan dilumur garam dan dibakar terlebih dahulu


Cara-cara:

Tumis bahan-bahan kisar.
Masukkan serai dan cili kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan kerisik, belacan, kunyit, gula melaka.
Masukkan santan dan asam keping.
Garam secukup rasa.
Tuangkan ke atas ikan yang telah dibakar tadi.
Siap.

p/s: Selain ikan, boleh juga diganti dengan ayam.

No comments: