Thursday, May 18, 2017

Wardrobe Clean-up

Ni clean up yang dah ke-berapa kali pun tak tahu dah ni. Dah lama start tapi tak setel-setel jugak.
Dulu masa zaman orang start pakai tudung express awning keras yang dipelopori Ariani tu, semua tudung bawal aku packed dan bagi orang. Sebenarnya bukanlah sebab ikut trend, tapi more to nak memudahkan hidup. Tudung tu kan tak perlu gosok dan sarung je, maka sesuai sangatlah dengan diri yang malas nak menghadap cermin pagi-pagi.



Aku dah berapa kali packed and unpacked balik koleksi tudung ekspress awning keras tu. Mula-mula ada rasa nak bagi orang tapi yelah, budak-budak muda sekarang kan ikut trend manalah ada yang nak pakai lagi tudung makcik-makcik ni. So for now, I'm keeping them so that this makcik can wear them to pasar.  Cuma masalahnya sekarang - storage pulak..adoiii. Tak tahu dah nak letak kat mana.

Okay, enough about that.

So, sekarang dah musim shawl pulak kan, be it instant shawl, semi-instant, long shawl, etc etc.. Even long shawl yang tak instant pun dah boleh pakai within 10 seconds sebab dah ada kaedah senang nak membelit . Dan tudung bawal pun is making its comeback. Yang bestnya tudung bawal sekarang dah murah dan tak jarang macam dulu-dulu.

The main reason I'm giving up those tudung awning keras tu this time is because of the size. Kalau boleh nak pakai yang a little bit wider than ngam-ngam. Jadinya, I opted for shawl sebab kalau pakai shawl kita boleh adjust kelabuhan tu.

Sekarang dah tak susah nak cari tudung yang compliant. Sellers nowadays are mostly aware with all the requirements, especially on the appropriate width and opacity of the tudung which is very good and convenient. So banyak dah choice. Kalau malas nak membelit, pakai je instant. Kalau tak nak pakai shawl, bawal pun dah berlambak yang bidang besar-besar. 

Bawal pun sangatlah senang nak manage. Nak basuh boleh campak je dalam washing machine. Lepas tu kalau pakai yang jenis printed tak payah gosok pun tak pe unless kalau garisan lipatan tu visible sangat.

So for me, bukanlah trend yang dikejar. Memang tak pernah ikut trend pun, cuma beralih arah bila ada yang lebih convenient. 

On a different note, I am confused with the term "bawal". I read it somewhere before that bawal is originated from the word Voile, a fabric material in cotton family. Material kain tudung bawal yang mula-mula dulu tu lah. Tapi sekarang kenapa yang material satin pun dipanggil bawal jugak? Kalau disebabkan dia bersegi empat, sepatutnya panggil square scarf kan? Ke info yang bawal-voile ni salah?


2 comments:

Kay said...

Kan? menyampah bila bukak iklan bawal, tp sebenarnya tudung 4 segi kain satin... kain crepe...

bawal crepe akak, dh bungkus balik bg adik... tapi rasanya mcm tak pakai je dia tuh, dia suka shawl...

tapi, walaupun bawal mcm murah, tapi susah jgk dh nak jumpa... cap kangaroo pun dh takde...

mygoldpen said...

dah susah ea sekarang?ke dah nak habis musim bawal dh ni?brand lain mcm x tau sgt sbb slalu beli aj yg balance2 kat concept store dia tu hehe..