Friday, May 5, 2017

Random Act of Kindness

Salam Jumaat.

Sebenarnya tak susah pun nak buat baik kan? Mungkin cita-cita yang terlalu tinggi nak mengubah dunia kononnya, maka terlepas pandang akan kuasa kebaikan-kebaikan yang kecil. Walaupun kecil tapi impaknya besar. Tetap mengubah dunia. Dunia seseorang.


Alkisah hari tu pergi Jusco  sorang-sorang shopping barang dapur . Mula-mula perasan tough, malas nak cari troli (bila tengok kat tempat troli tu kosong). Rasa macam mampu je angkat barangan tu. Tapi bila dah menapak ke tempat parking, nak tercabut lengan dan bahu rasanya (okay, exaggerating much). Dahlah kita sejenis yang suka parking jauh-jauh, konon-konon nak dapatkan khasiat exercise berjalan tu.

Dan dekat parking lot memang bersepah-sepah troli yang ditinggalkan, maka terus letak je groceries items dalam troli pertama yang dijumpai. Tapi tulah, memang selalu sangat dah berjodohan dengan troli yang alignment roda dia lari entah ke mana. Struggle lah di situ nak pastikan troli berada di jalan yang lurus.

Tiba-tiba ada satu couple yang lebih berusia dari belakang senyum-senyum. Yang perempuan tolong tarik troliku sampai lah ke kereta. Segan dan serba-salah sebab dia lebih berusia. Tapi pada masa yang sama bersyukur sangat-sangat.

Nampak simple je pertolongan tu but actually it helped a lot. So I'm reminding myself to be more observant of my surroundings next time around. In case someone is in need of help. Ni tak, sokmo jalan menonong je tak hiraukan persekitaran*dush, dush kat diri sendiri..

#spreadlovenothate



No comments: