Aku pernah pergi kedai tu, tapi bukanlah dengan niat nak beli kucing. Setakat beli aksesori dan makanan kucing jelah, sambil-sambil cuci mata tengok kucing-kucing mahal yang comel-comel tu. Pernah jugak jumpa dengan owner kedai tu, sempatlah beliau promote perihal skim pelaburan kucing tu. Aku memang tak minat (dan tak ada duit) nak melabur-labur macam tu. I mean, RM10K for a kitten? Not in a million years! Jadi aku dengar gitu-gitu jelah, angguk-angguk kepala jelah bila dia promote tu.
Antara point dia yang aku ingat ialah katanya, nanti anak-anak nak masuk uni, tak payah nak pinjam-pinjam PTPTN, boleh pakai duit kucing je. Lebih kurang gitulah. Lepas tu dia ada cakap lagi, buat apa bela kucing kampung, tak ada faedah blablabla.
So lepas dia cakap tu aku terus malas nak dengar lagi dah. Entahlah. Kucing aku kucing kampung je, tapi aku tak rasa rugi apa-apa pun bela sebab tak pernah terfikir pun nak bela kucing untuk dapat keuntungan. Kucing ni macam kawan, peneman, penghibur hati. Jadi memang aku tak setuju kalau orang kata bela kucing kampung ni buat rugi je.
Bila kita layan kucing dengan baik (kadang-kadang tak baik sangat pun, eheh), diorang pun akan sayang kita. Macam Mocha, kalau aku sedih, nanti dia datang kat aku, gigit-gigit rambutlah, gesel-gesel kepala dia kat kaki aku, terasa macam dia nak pujuk aku. Kalau aku sakit dan baring dalam bilik, dua-dua Mocha dan Marble akan tunggu aku depan pintu bilik. Terharu makcik.
No comments:
Post a Comment