Lokasi: Medan Asam Pedas, Parit Jawa (aku Google Map Pak Yahya Asam Pedas)
Katanya kedai bukak pukul 11pagi. Kami sampai sana 11 lebih. Menu dia semata-mata asam pedas (berserta side dishes: sayur kobis goreng, telur dadar dan sambal belacan)
Hari yang kami pergi tu cuma ada ikan kembung, siakap dan jenahak. Rupanya ikan memang kena order seekor, tak boleh sepotong-potong. Maka kami pun orderlah seekor ikan jenahak, berat lebih kurang 500 gram katanya. Okaylah, taklah besar sangat.
Kuah dia cair je, tapi rasa masam dan pedas bagi aku memang cukup rasa. Sampai berpijar tangan lepas makan, tapi sebenarnya tak adalah pedas sangat. Dia memang datang sekali dengan side dishes tu yang bagi aku memang compliment rasa asam pedas tu.
Sebelah hujung satu lagi ada kedai Asam Pedas Mak Pon yang famous jugak tu. Tapi kami tak terfikir pulak nak order kat sana jugak. Rugi betul. Kalau tak, boleh compare-compare.
Sebelah hujung satu lagi ada kedai Asam Pedas Mak Pon yang famous jugak tu. Tapi kami tak terfikir pulak nak order kat sana jugak. Rugi betul. Kalau tak, boleh compare-compare.
Tapi kalau nak diikutkan, personally, aku lebih prefer asam pedas dekat Gelang Patah yang aku pernah tulis kat sini. Sebab aku dah set dalam kepala aku, kuah asam pedas nak kena pekat jadi bagi aku yang paling perfect aku pernah rasa setakat ni adalah asam pedas Kampung Sungai Melayu tu. Itu kalau mengikut selera tekak aku lah. Gitu.
2 comments:
ikan tu masak asing la ek? sbb pelik je tgk badan dan kuah mcm taksekata warnanya haha
Agaknyela kot kak..dia masak kuahnye dulu kot...
Post a Comment