Wednesday, January 10, 2018

Sushi King Member Card

Punyalah lama tak pergi. Membership card dah expired 2016, baru renew untuk 2018.



Dan terms dia dah berubah rupanya. Daripada dapat off 10%, sekarang dapat voucher. Voucher tu pulak boleh redeem untuk next visit, di branch yang sama, ada expiry date pulak tu. Tak convenient lah bagi aku.

Kalau macam ni, rasanya takkan renew lagi dah lepas ni. Dengan aku yang dah tak ada kaki makan nak makan sushi kat jaybee ni. Kalau ajak husband, dia layankan jugak kadang-kadang tu, tapi dia tak suka sushi. Aku pulak jenis kalau orang lain tak enjoy, aku berkali-kali ganda lagi jadi tak enjoy. Nak pergi sorang tak syok sebab aku tak boleh makan banyak, nanti 2 plates je dah kenyang. Kalau gi ramai-ramai bolehlah share-share, dapatlah rasa lebih sikit.

Jadi nak makan sushi sekarang kena tunggu balik kampung. Sebab adik-beradik semua hantu sushi, tapi tulah balik pun sekejap-sekejap, selalunya tak terkejar masa nak pi Kuantan nak makan sushi tu.

Eh, sebenarnya nak cakap takkan renew lagi dah lepas ni, tapi jauh pulak melencong sana sini. Yelah, bila dapat voucher macam tu, kemungkinan besar voucher tu akan burnt je nanti kan. Sedihh..

Gambar kenangan.

No comments: