Aku selalu tak faham kenapa.
Kenapa kebanyakan mereka akan cari jugak point untuk highlight kekurangan kita. Lagi-lagi selepas dikoreknya kelebihan kita.
Kes aku. Tak ada anak. Maka itulah yang disebut-sebut orang.
1. "Oo yang dah lama kahwin tapi belum ada anak tu ye? Haa..ingat-ingat"
2. "Belum ada anak boleh lah pergi jalan-jalan"
3. Kadang bila ditanya apa kerja kita dan suami, dah dapat jawapan dia menambah pulak "Hmm..Ada orang Allah bagi rezeki lain, tak bagi rezeki anak" Eh, eh.
4. "Tak ada anak bolehlah pakai baju kembang"
5. "Tak ada anak bolehlah belit-belit tudung"
Dan bermacam-macam lagi lah.
Tak pelah. Senyum jela.
Dan nangis dalam hati.