Wednesday, January 31, 2018

The Consequences

If you don’t take control of your life today;
one day,
you’ll be paying for the consequences
of your own neglectance.

Don’t let your life in the hands of others,
sometimes the most reliable person
can still fail you.

Because the future is still yours to live,
take charge of it,
every single detail of it.

Tuesday, January 30, 2018

Dim Sum in Cinema

So now they have dim sum in TGV. Suka sangat! Dapat makan dim sum panas-panas sambil tengok movie. I love it so much hehe. Dim sum pulak susah sikit nak cari, jadi bila dah ada dalam ni rasa sangat menjimatkan masa dapat 2 things that I love in one place. Gitu.

Owh, pau pun ada.


 Harapnya menu ni dapatlah bertahan lama kat situ.

Monday, January 29, 2018

The Maze Runner: The Death Cure

Intro movie ni memang best.

But afterwards, it was all so predictable. Dah boleh agak apa yang akan jadi, siapa yang akan mati, siapa yang survive. Kurang dah element saspen tu bagi aku. Mungkin sebab dah banyak sangat movie yang genre macam ni.

Tapi sebab dah terjebak dari first sequel, nak kena tengok jugaklah sampai final sequel. Dan lagi, gap of the previous sequel’s release dengan this one macam jauh sangat, aku kurang ingat sangat dah cerita yang sebelum ni. Jadi bila ada character yang patutnya dah mati tapi ‘hidup’ balik, penat nak kerah otak nak ingat balik dia ni siapa, bila dia ni mati, kenapa dia ‘mati’. Kabur-kabur dah ingatan tu. Haish, makcik is getting really old 😰

So now, let’s wait for the Divergent pulak. Lepas tu tak mau dah tengok movie yang saga-saga ni sangat dah. 


Friday, January 26, 2018

The Ultimate Fool

The truth is,
deep inside
you knew.

And it’s not the lies of others
that blinded you;

but your denial.





Disclaimer: All poems may be or may not be from my own experience. Some are merely from observationsJust chill, don't speculate 😝😝

Thursday, January 25, 2018

Asam Pedas Simple

Ni resepi asam pedas paling basic aku rasa. Rasa pun okay, tak mengecewakan. Aku ingat lagi resepi ni arwah Kak Fiza yang bagi. Ada tulis pasal arwah kat sini. Semoga arwah tenang sekarang di alam sana.

Okay.

Jadi, ni yang latest buat asam pedas. Rasa dulu dah pernah share gambar masa first time buat dulu-dulu, tapi tak tepek resepi.



As usual, please excuse the poor presentation


Maka, inilah resepi asam pedas paling simple. Tak ada letak jintan-jintan tu semua. Tapi jumlah berapa biji bawang, berapa banyak air dan sebagainya, pandai-pandai agaklah. 

1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam yang telah dikisar bersama.
3. Masukkan serai yang telah diketuk.
4. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air perahan asam jawa.
5. Masukkan bunga kantan.
6. Bila mendidih, masukkan ikan pilihan.
7. Masukkan tomato dan daun kesum
8. Tambah garam dan gula secukup rasa.
9. Untuk rasa yang lebih 'kick', tambah belacan dan sedikit gula melaka.

Sekian.


Wednesday, January 24, 2018

Berbuah Akhirnya

Akhirnya dapat jugak menuai hasil setelah bertahun-tahun menanam. Tu pun lepas letak baja buah. Baru dua kali je letak baja, terus menampakkan hasil. Alhamdulillah.


Jadi terus rasmikan dia ke dalam kari ikan ni. Punyalah gigih nak tunjuk belimbing buluh tu, siap park atas ikan tu ha nak ambik gambar:

Lepas ni boleh lah start jual nasi dagang haha. Berangan..

Tuesday, January 23, 2018

Damai

Aku pernah dengar orang cakap “Berdamailah dengan keadaan” supaya hati tak susah, fikiran tenang, badan sihat.

Pernah jugak terbaca “Berdamailah dengan takdir” untuk hati yang tenang.

Dan aku terfikir, untuk kes aku (di kebanyakan masa), aku kena “Berdamai dengan diri sendiri”

Konklusinya, untuk kehidupan yang tenang dan berkualiti, berdamailah dengan ketiga-tiga ini:

Berdamai dengan diri sendiri,
berdamai dengan keadaan,
berdamai dengan takdir.


Monday, January 22, 2018

The Commuter

4 starts for this movie for me eheh.

First of all, sebab Liam Neeson lah kan. Secondly, the storyline memang best. Banyak benda yang kita nak saspenkan. Siapa sebenarnya orang yang nak dicari, siapa yang jahat, siapa yang baik. Cerita dia tak straigtforward sangat so kena berfikir jugaklah. Dan ending dia memang tak disangka-sangka.

Aku duk terfikir sepanjang tengok tu, kalaulah aku yang berada dalam situasi dia tu, aku memang tak tahu apa nak buat. Buntu sangat rasa, ehehe, over sangat penghayatan 🙄. Dan sebab tu tak rasa boring tengok movie ni sebab nak tahu what’s his next move.

Owh, yes, jalan cerita lebih kurang his previous movie, Non-Stop.

Cerita lehih-lebih kang spoiler pulak, please go and watch pakcik tua yang gagah perkasa ni 😝😝





Saturday, January 20, 2018

A Part That’s Gone

I breathe pain
and into my blood
it has become me

All these years 
of holding on
it doesn’t appear as painful 
as it is anymore

And the numbness in me
you see it as coldness

I don’t mind now
being numb or cold

because either way
something in me
has already died

my soul has long gone
and the last thing I worry now
is what you think of me.



Disclaimer: All poems may be or may not be from my own experience. Some are merely from observationsJust chill, don't speculate 😝😝

Friday, January 19, 2018

Recommended Books

I havent read (nor bought) any of these yet. But this is the list that I gathered from a poll of ‘Books to read’. Ramai yang suggest buku-buku ni.

Semua ni available kat MPH Online jadi marilah buat peruntukan dana untuk mereka-mereka ni:

The Kite Runner, Khaled Hosseini
A Thousand Splendid Suns, Khaled Hosseini
Al-Chemist, Paulo Coelho
Nectar of Pain, Najwa Zebian

Thursday, January 18, 2018

Out of Nothing

To expect someone who doesn’t listen when you talk; 
to hear you when you’re silent.

That is you being unfair to yourself.

To expect more out of nothingness.



Wednesday, January 17, 2018

Kedai Kucing

Tengok berita pasal kedai kucing yang diserbu polis tu.

Aku pernah pergi kedai tu, tapi bukanlah dengan niat nak beli kucing. Setakat beli aksesori dan makanan kucing jelah, sambil-sambil cuci mata tengok kucing-kucing mahal yang comel-comel tu. Pernah jugak jumpa dengan owner kedai tu, sempatlah beliau promote perihal skim pelaburan kucing tu. Aku memang tak minat (dan tak ada duit) nak melabur-labur macam tu. I mean, RM10K for a kitten? Not in a million years! Jadi aku dengar gitu-gitu jelah, angguk-angguk kepala jelah bila dia promote tu.

Antara point dia yang aku ingat ialah katanya, nanti anak-anak nak masuk uni, tak payah nak pinjam-pinjam PTPTN, boleh pakai duit kucing je. Lebih kurang gitulah. Lepas tu dia ada cakap lagi, buat apa bela kucing kampung, tak ada faedah blablabla.

So lepas dia cakap tu aku terus malas nak dengar lagi dah. Entahlah. Kucing aku kucing kampung je, tapi aku tak rasa rugi apa-apa pun bela sebab tak pernah terfikir pun nak bela kucing untuk dapat keuntungan. Kucing ni macam kawan, peneman, penghibur hati. Jadi memang aku tak setuju kalau orang kata bela kucing kampung ni buat rugi je.

Bila kita layan kucing dengan baik (kadang-kadang tak baik sangat pun, eheh), diorang pun akan sayang kita. Macam Mocha, kalau aku sedih, nanti dia datang kat aku, gigit-gigit rambutlah, gesel-gesel kepala dia kat kaki aku, terasa macam dia nak pujuk aku. Kalau aku sakit dan baring dalam bilik, dua-dua Mocha dan Marble akan tunggu aku depan pintu bilik. Terharu makcik.

Aku tak ada nak komen pasal pelaburan kucing tu scam ke apa. Tapi kucing baka apa pun, yang penting, kalau kita sayang dia, they are just as adorable as the ‘premium’ breed.

Mocha, the DLH cat and Marble, the alley cat

Tuesday, January 16, 2018

RIP, Dolores

Found out about the news this morning. 

I love The Cranberries so much, I didn't know what to feel. Been listening to them since I was 12. Their songs are already a part of me so this really feels like a part of me has been ripped off.

I've always hoped and waited for their new material, and this, is so heart-breaking to me *cry*

Tak tahu nak tulis apa dah. Macam tak percaya. Sedih.

RIP, Dolores. Your voice and your pieces of art will always linger.




Hold onto love
that is what I do
now that I've found you
and from above
everything's stinking
they're not around you

And in the night
I could be hopeless
I could be lonely
sleeping without you

And in the day
everything's complex
there's nothing simple
when I'm not around you

But I miss you
when you're gone
that is what I do
and it's going to carry on
that is what I knew

Hold onto my hands
I feel like I'm sinking
sinking without you
and to my mind
everything's stinking
stinking without you.





Bukit Besar

Antara mercu tanda Kuala Terengganu, the iconic "Allah Peliharakan Terengganu" signage atas Bukit Besar. It has been there for as long as I can remember. 

Tapi masa ni, the hill was foggy so tak nampaklah signage tu:

pics were taken from Jambatan Sultan Mahmud


Sebenarnya kat Bukit Besar tu ada jogging track. My FIL memang rajin jogging naik atas sana. Kalau aku memang boleh kira dengan jari jelah berapa kali baru naik atas sana. Masa selalu tak mengizinkan *alasan* 

Tapi recently balik kampung, aku bulatkan hati, maka memang fully prepared and equipped (as in sports attire eheh), maka dapatlah jogging di situ lagi.

The jogging track:

haha, time ni mungkin tengah grasping for breathe, ambik gambar pun tak betul


View from halfway to the top:







Boleh nampak Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam sayup-sayup kat bawah tu

Masjid Kristal



View from the top:



Turun naik bukit ni tak sampai 10,000 langkah pun, lebih kurang 3000-4000 steps macam tu je. Tak tinggi pun. Budak-budak kecik pun rilek je naik.

Monday, January 15, 2018

Uncle Tetsu

Kek keju goyang yang viral tu. 

Cheesecake dia datang dalam satu saiz ni dan ada 3 perisa kalau tak silap, original, coklat dan matcha. Ada jugak cheese tart dan Hat Series (macam bentuk muffin).

Kalau kat JB, boleh pergi Aeon Tebrau, tingkat atas, bertentangan dengan Pizza Hut.



Haishh, fluffy nya awak ni.

Sunday, January 14, 2018

Not A Competition

I fought my battle
that you never knew of

and now you claim
you are stronger than me

I never talk about things that hurt me most
so how can you justify my pain?

How could you compare my catastrophe
when I can't even make you understand?

And the truth is,
you never will,
and you won't have to.

Because this is my battle
and it's not a competition

I don't have to be the stronger one
                       between us,
I just have to be strong enough
                      for myself.




Disclaimer: All poems may be or may not be from my own experience. Some are merely from observationsJust chill, don't speculate 😝😝




Friday, January 12, 2018

Color Therapy

This coloring thing is very therapeutic, because it's very distracting. But depends on the pattern.

Aku suke pattern yang complicated macam ni:
Before

After (obviously, duh)

Dan kalau jenis yang banyak ruang kosong macam ni, terus turned off. Dan hasilnya memang tak memuaskan hati. Ruang-ruang kosong tu bila diwarna, nanti coloring line akan sangat visible, memang nampak tak cantik macam ni:





Dan lagi, aku sekarang guna color pencils cap FC ni. Kualiti graphite dia tu memang menyakitkan hati. Warna dia tak terang dan ada certain sides on the graphite tu yang warna tak keluar langsung. Nak kena beli cap Luna lah lepas ni, tapi mahal pulak.

This thing is very distracting (to my mind) because I don't like to just use any colors to fill up the patterns. Aku nak kena cari color combination yang kontra (color-blocking) atau yang similar tone. Lebih kurang macam tulah. So memang tak fikir mende lain dah bila buat ni.

Antara hasil-hasil terdahulu:





Dah dekat dua tahun mengusahakan buku ni (on and off), tapi tak sampai separuh pun lagi yang dah berwarna.

Thursday, January 11, 2018

The Coffee Battle

Ni antara top 3 brands inside the chillers of every gas station's mini mart and 7Eleven. Selalunya memang beli Wonda, tapi hari tu masa aku mintak belikan kopi dalam tin, pakcik pi beli Nescafe dan Pokka sebab Wonda tak ada katanya. Eh, pakcik? Drama TV3 sangat..😜



Gigih korek recycle bin nak ambik gambar tin Wonda ni 


So, which one is the best?

*drum rolls
.
.
.
.
.
.

*rolling eyes* saspenlah sangat!


For me, it's Wonda. Yang lagi dua tu, bagi aku ada something off kat rasa dia. Or maybe I'm a bit bias, sebab selama ni memang minum Wonda. 

Wednesday, January 10, 2018

Sushi King Member Card

Punyalah lama tak pergi. Membership card dah expired 2016, baru renew untuk 2018.



Dan terms dia dah berubah rupanya. Daripada dapat off 10%, sekarang dapat voucher. Voucher tu pulak boleh redeem untuk next visit, di branch yang sama, ada expiry date pulak tu. Tak convenient lah bagi aku.

Kalau macam ni, rasanya takkan renew lagi dah lepas ni. Dengan aku yang dah tak ada kaki makan nak makan sushi kat jaybee ni. Kalau ajak husband, dia layankan jugak kadang-kadang tu, tapi dia tak suka sushi. Aku pulak jenis kalau orang lain tak enjoy, aku berkali-kali ganda lagi jadi tak enjoy. Nak pergi sorang tak syok sebab aku tak boleh makan banyak, nanti 2 plates je dah kenyang. Kalau gi ramai-ramai bolehlah share-share, dapatlah rasa lebih sikit.

Jadi nak makan sushi sekarang kena tunggu balik kampung. Sebab adik-beradik semua hantu sushi, tapi tulah balik pun sekejap-sekejap, selalunya tak terkejar masa nak pi Kuantan nak makan sushi tu.

Eh, sebenarnya nak cakap takkan renew lagi dah lepas ni, tapi jauh pulak melencong sana sini. Yelah, bila dapat voucher macam tu, kemungkinan besar voucher tu akan burnt je nanti kan. Sedihh..

Gambar kenangan.

Tuesday, January 9, 2018

Tiada Dalam Gambar

Aku sekarang rajin follow (as in tengok instastory dan her saved live ) Elyana, penyanyi tu, sebab aku rasa kagum sangat tengok dia bawak diri dengan keadaan dia yang ada cancer stage 4. Aku rasa dia kuat sangat tak tunjuk kesakitan dia tu kat orang.Semoga Allah beri dia dan semua pesakit-pesakit kanser semangat juang yang kuat dan juga kesembuhan.

Lepas tu ada dengar pasal dia tak ada post gambar husband dia kat ig dia tu. Haha. Benda tu memang akan jadi issue, kan? Even aku yang bukan artis ni pun pernah orang persoalkan pasal tu 🙄. Sebab tak ada gambar husband kat FB dulu. (Padahal gambar aku sendiri pun tak berapa nak ada dalam FB aku tu)

Yang sebenarnya orang tak tahu, di sebalik gambar yang tak ada dia tu, dialah si tukang ambik gambar. Ataupun he was just right outside the frame. Kadang-kadang ada je masuk dalam frame tangan dia ke, kasut dia ke, bayang-bayang dia ke. Gitu. Jadi tak perlulah nak spekulasi sangat.

Macam Elyana tu pun ada je selalu sipi-sipi kelibat husband dia dalam story dia tu. Rasanya lelaki-lelaki generasi terdahulu memang jenis tak suka exposed sangat. Kebanyakannyalah.

Makanya, tiada dalam gambar tak bermakna tiada dalam kehidupan. Apa yang disuratkan kadang-kadang langsung tak mencerminkan apa yang tersirat. 

Photos can be deceiving, yes?

Monday, January 8, 2018

The Root of All Evil

Personally, I think it's the SELFISHNESS. It always start with this and eventually grows into hatred, greediness and violence.

And when we go on our life, thinking only ME, ME and ME;

"Why people always do this to ME?"
"How could people do this to ME?"
"Why can't I have this?"
"Why can't I be that?"
"People don't like ME."
"People don't care about ME."
"I am the victim."
am suffering”
"Nobody loves ME."
“Make me happy”
“Take care of me

All of these self-obsession thoughts are not only destroying ourselves but also those people around us. How is it possible for us to feel love if we don't have it in our heart to begin with?

If we want to be loved, LOVE.

It won't matter how many times you look into the mirror if you see NOT of your own flaws.

Friday, January 5, 2018

Kek Span Pandan

Sebuah entri tertunda.

First time buat, Alhamdulillah menjadilah jugak.

Kalau bab-bab baking ni confirmlah buat kat rumah Mak sebab equipments sana semua lengkap. Kalau rumah sendiri, oven pun tak ada. 

Sebenarnya aku ada empat assistants masa buat ni - Mak, Buyan, Aisyah dan Soffea. Haha kemain ramai buat sebiji kek. The more, the merrier eheh.

So macam nilah rupa kek lepas keluar dari oven dan lepas keluar dari acuan tu.


Ada budak tak sabar nak rasa, hence the 'dent'

Resepi ni sepupu Mak yang bagi. Dia ajar satu-satu, step by step dan aku pun tulis bulat-bulat apa yang beliau cakap. Masa buat pun ikut bulat-bulat. Maka beginilah hasilnya.


Wednesday, January 3, 2018

Air Pasang Pagi

This is written at 9.33pm, Jan 3.

Malam ni pukul 11malam nanti air pasang besar. Kalau ikut jadual air pasang yang di-share di family WhatsApp group, malam ni air pasang setinggi 3.6 meter. Esok pun sama.



Semua tengah berdebar sebab sekarang hujan tengah lebat dan menurut mak, air makin naik. Petang tadi dah melimpah ke jalan depan rumah.

Nak menunggu fasa air pasang ni habis memang rasa cemas bila air longkang sebelah rumah mak dah melimpah sampai jalan, ditambah dengan hujan lebat. Harapnya hujan berhenti kejap lagi.

Dan harap-harap tak banjir besar. Risau sangat ni. Semoga Allah lindungi keluargaku di Kemaman.


Muar: Day Trip (Kopi 434 Muar)

Dari Medan Asam Pedas nak ke kedai kopi 434 ni lebih kurang 20 minit.

Kami tapau je kopi ni sebab perut teramatlah kenyang lagi masa sampai kedai kopi ni dan tempat duduk pun tak ada.




Kopi dia memang terbaiklah bagi aku. Walaupun agak kuat rasa kopi tu tapi ada rasa lemak-lemak dan rasa manis cukup untuk balance kan kekuatan rasa kopi tu.

Antara produk-produk kopi kat sini:



Yang jenis balang tu ada 100 uncang dan dia dah packed kan ke 5 packs. So senanglah nak bagi souveniers dari Muar kat sedara-mara. Sebenarnya ada je jual kopi ni dekat Jusco (eh ke Giant?), tapi beli kat tempat asal lagi feel kan? Haha.


Google Maps: Kopi 434 Cafe - Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd.

Tuesday, January 2, 2018

Muar: Day Trip (Asam Pedas Pak Yahya)

Lokasi: Medan Asam Pedas, Parit Jawa (aku Google Map Pak Yahya Asam Pedas)

Katanya kedai bukak pukul 11pagi. Kami sampai sana 11 lebih. Menu dia semata-mata asam pedas (berserta side dishes: sayur kobis goreng, telur dadar dan sambal belacan)

Hari yang kami pergi tu cuma ada ikan kembung, siakap dan jenahak. Rupanya ikan memang kena order seekor, tak boleh sepotong-potong. Maka kami pun orderlah seekor ikan jenahak, berat lebih kurang 500 gram katanya. Okaylah, taklah besar sangat.

Kuah dia cair je, tapi rasa masam dan pedas bagi aku memang cukup rasa. Sampai berpijar tangan lepas makan, tapi sebenarnya tak adalah pedas sangat. Dia memang datang sekali dengan side dishes tu yang bagi aku memang compliment rasa asam pedas tu.






Sebelah hujung satu lagi ada kedai Asam Pedas Mak Pon yang famous jugak tu. Tapi kami tak terfikir pulak nak order kat sana jugak. Rugi betul. Kalau tak, boleh compare-compare.

Tapi kalau nak diikutkan, personally, aku lebih prefer asam pedas dekat Gelang Patah yang aku pernah tulis kat sini. Sebab aku dah set dalam kepala aku, kuah asam pedas nak kena pekat jadi bagi aku yang paling perfect aku pernah rasa setakat ni adalah asam pedas Kampung Sungai Melayu tu. Itu kalau mengikut selera tekak aku lah. Gitu.

Monday, January 1, 2018

2018

Tahun baru lagi.

Tapi azam tak baru lagi dah. Carry forward azam tahun-tahun lepas je nampaknya (lagi).

Semoga tahun baru memberikan sinar baru, semangat baru, jiwa baru. Semoga lebih tenang, matang, ikhlas dan redha. Semoga diberi kesihatan yang lebih baik juga.

2017 was history now. Let bygones be bygones. Eliminate all the bad memories and the bad stuffs.

As for 2018, let's focus on being better, creating happy moments, with people who really cares. Expect less and live in the moment. InsyaAllah.