Showing posts with label special event. Show all posts
Showing posts with label special event. Show all posts

Friday, June 21, 2019

Raya 2019 Part I

Selagi bulan Syawal kan 😬

Cerita dua anak saudara yang dah makin besar dan makin bijak - Aisyah dan Soffea. Mati akal Tilong kadang-kadang nak menjawab.

Kali ni persoalan relativity. 

Diorang ada bertanya pada Mommy diorang kenapa kalau Tilong balik selalu rasa sekejap je. Tak silap aku Mommynya jawab ‘sebab kita suka Tilong. Bila suka sesuatu, masa akan rasa cepat berlalu’

Jadi si Aisyah ni pun bagi idea, kalau macam tu, kita tipulah konon-konon tak suka Tilong. Hahaha. Aku pun jawablah, “Kalau dah tak suka Tilong, nanti mesti nak Tilong balik JB cepat-cepat”

Si Soffea cepat-cepat jawab balik “Bukan tak suka betul. Tipu-tipu je”. Adoilaa.. Aku yang dah tak reti nak explain lebih-lebih terus tanya diorang balik, “Habis tu nak tipu siapa sebenarnya?”

Maka persoalan tu mati kat situ. Haha. And by the way, Tilong misses all my anok-anok weks so much.

Tuesday, January 1, 2019

2019

This would be the first post for 2019 although I didn’t do any proper goodbye for 2018, sebab malam tadi tertidur kepenatan huhu.

Azam tahun baru? To be honest, I’m still working on it eheh. Masih listing down apa nak achieve in 2019. For 2018, some was achieved, some was not.

Yang paling aku ingat - in 2018 aku finally dapat offer at dua company yang aku dah lama nak dari zaman mula-mula kerja dulu. Been attending interviews for the companies since 2007 seingat aku, and finally, after fouth and third interview, dapat jugak offer.

Enough about 2018, it was already yesteryear.

And as the cliche goes - cepatnya masa berlalu.

Happy new year, everyone, have a wonderful one ❤️

Saturday, June 23, 2018

Perihal Raya 2018 [Part IV]

Okay, sebenarnya bukan nak cerita raya dah pun. Nak membebel je haha.

Tiba-tiba rasa nak makan ketupat palas dengan rendang. Huhu. Padahal menu tu ada je raya pertama baru-baru ni, tapi tak sempat nak makan. Haha, kemain tak sempat, macam busy bebenor. Tak pastilah kenapa sampai tak sempat nak makan, mungkin sebab banyak sangat makanan lain kot, sebijik ketupat pun tak termakan. Uwaaa.

Tahun lepas pun macam ni. Lepas raya, dah balik JB, mulalah teringat-ingat. Satu hal pulak nak cari ketupat palas kat JB ni 😭

Friday, June 22, 2018

Perihal Raya 2018 [Part III]

Sebenarnya bersyukur sebab bila pergi beraya, orang tak hidangkan teh ais. Ehehe. Kalaulah semua rumah jamu teh ais (atau kopi ais), memang demamlah jawabnya time raya. Sebab lepas raya ni, ramai orang dah start sakit tekak dan batuk dan demam, mungkin sebab penangan minum ais masa beraya. Owh, kopi dan teh panas pun tak jumpa jugak sepanjang beraya, jadi terkawal jugaklah sugar intake (konon!). Padahal makan kuih raya tak ingat!

Tapi memandangkan orang keliling dah sakit-sakit, maka aura tak sihat tu dah mula nak menyinggah jugak. Harap dapatlah ditepis, insyaAllah.

Thursday, June 21, 2018

Perihal Raya 2018 (Part II)

Raya kedua hari tu pergi melawat nenek saudara belah mak, dia kena second stroke, dah tak boleh bercakap, tak boleh bangun.

Sayu sangat masa salam, dia pandang aku lama, rasanya dia tak kenal kot sebab jarang sangat jumpa bila dah besar panjang ni.

Patutlah kita ni diwajibkan pergi melawat orang sakit. Bila tengok keadaan Tok Su terasa ada satu keinsafan dalam diri. Betapa selama ni tak jaga kesihatan (esp in terms of food intake and exercise) dan juga bab-bab ibadah - betapa beruntungnya kita yang masih mampu solat dalam keadaan sempurna. Dan dari segi komunikasi pulak, adakah kita ni gunakan nikmat dapat mendengar dan bercakap tu dengan benda-benda yang baik dan bermanfaat sahaja. 

Semoga Tok Su dipermudahkan segala urusan, dikurangkan kesakitan dan diberi kesembuhan.

Wednesday, June 20, 2018

Perihal Raya 2018 (Part I)

Cerita malam raya. Aku memang plan dari awal Ramadhan kalau dapat berjaya azam Ramadhan tahun ni, aku nak buat pulut kuning dengan rendang. Jadi, malam raya tu pulunlah buat rendang ayam dan daging kat rumah nenek.

Nak dijadikan cerita dah dekat pukul 12 tu, black-outlah pulak. Nasib baik bateri phone ada separuh lagi, maka memasaklah di bawah sinaran flashlight. Dan nasib baik jugaklah masa tu tengah tunggu rendang kering je.

Lepas setel bab rendang, badan dah letih, kepala dah rasa ting-tong, tapi masalahnya tak boleh tidur sebab kepanasan. Haru sungguhlah memikirkan esok nak bangun awal nak mengukus pulut kuning pulak. 

Tapi mujurlah ada jugak balik elekrik setelah berapa lama menunggu. Tengah nak lelap tu, dua kali pulak lagi black out balik. Sampai dua pagi jugaklah keadaan tu. Dugaan sungguhlah di malam raya. Jadi esoknya tak dapatlah bangun awal sangat. Pukul 6 pagi baru mula bahagian pulut kuning.

Sekian cerita malam raya.

Thursday, June 7, 2018

The Us That Didn’t Give Up


I’m glad
that we are very different,
so that every day,
is a learning process,
to know me
and to know you.

I’m glad
that we’ve survived all the hardships
that no one else know,
I’m glad we get to keep to ourselves
all the sad and bad episodes of life,
the episodes that only we know.

I’m glad that as it sometimes seems dysfunctional
and impossible,
we’re still in this.

I’m glad I didn’t give up
I’m glad that you didn’t, too
when it seemed like there was no hope;
when we struggled to find the slightest light,
I’m glad we hold on to whatever that’s left
     to carry on.

I’m glad that we are the bad person
for each other at times,
and still be the goodness for each other
every time.

I’m glad we never combine our names,
I’m glad we never wear matchy color clothes when we’re out,
I’m glad we don’t have our own song,
I’m glad we are not one of those typical stuff.

I’m glad we’re one of a kind,
and for what it’s worth,
I’m glad we are us.

And mostly,
after all of these times,
I’m glad we didn’t give up on each other.

Tuesday, May 22, 2018

1998 - 2018

I think I just have to document this. I don't exactly know why, but DSAI's release seems like an important thing to remember.

It all started in 1998 - when he was sacked - I was already pro-Anwar. I started adding alphabet H at the end of my name, bersempena nama anak beliau, Nurul Izzah. To be exact, aku eja nama aku macam ni - Izza(h). Haha, kengkonon, either way, Izza or Izzah. Pernah terlintas jugak dalam fikiran masa tu, mungkin bakal suami nanti orang yang nama start dengan huruf H kot. In hindsight, it actually made sense, haha.

Dan seingat aku lagi, mak pernah bagitau that Mak Abah named me after Anwar Ibrahim's daughter,  who is 2 years older than me, so it made sense. Mungkin Mak Abah memang dah follow Anwar Ibrahim dah zaman tu.

Teringat malam-malam lepas prep duk bersembang hal politik dengan dormmates. Masa tu internet was scarce, tak di hujung jari macam sekarang. Dan bukan semua orang ada line Internet dekat rumah.  Maka we based on hardcopy reading materials, newspaper from both government and opposition sides, lepas tu ada lah flyers and brcohures. And the fact that one of the girls in my batch is related to Anwar Ibrahim. 

Semangat reformasi masa tu memang lain macam, haha. Tapi aku tak pernahlah join mana-mana demonstrasi Reformasi masa tu. Ada satu malam, lepas habis prep malam, masa nak balik hostel, ada ramai FRU dalam school compund, tapi dah tak ingat kenapa. Mungkin ada demonstrasi kat PWTC kot. Cuaklah perasaan masa tu. But nothing bad happened.

Masa matriks pun jumpa ramai geng yang sama ideologi jadi semangat tu tetap menebal.

Tapi zaman uni macam dah slowed down. I don't remember why. Mungkin tak ada geng yang sama-sama haluan kiri. atau disebabkan Aukujanji masa tu. By right, masa tahun PRU 2004 I was already entitled to vote, but I'm pretty sure I didn't register. Tapi kalau register pun mungkin tak balik mengundi jugak, sebab zaman tu bukannya boleh suka-suka balik kampung sebab faktor harga tiket bas dan jarak perjalanan yang sungguh tak mesra pelajar. 

Bila dah kerja, ni zaman yang aku lost track of almost memories. Tapi aku pernah terserempak dengan Nurul Izzah kat Bangsar Village somewhere in 2008 or 2009, fangirl moment kejap, tapi cuma senyum dari jauh jelah. 

Dan masa PRU13, adalah timbul balik semangat tu sebab ada gang, mostly my Chinese friends. Tapi seingat aku masa tu bukan semangat reformasi dah, more to spread anti-racism sentiment lah kononnya. And also, it was my first time voting, although the ones I voted for both DUN and Parlimen lost.

So now, 2018, after 20 years, Anwar Ibrahim is finally a free man. Sebagai salah seorang yang pro-his side all the way, it is an inspiring moment for me. Of what patience and perseverance pays.

Friday, May 18, 2018

Ramadhan 1439

Salam Ramadhan.

Well, it’s already day 2 of Ramadhan.

Rasanya topik yang hangat sebelum puasa adalah perihal kemaafan. Satu, pengampunan DSAI. Kedua, di kalangan kita semua, bila nak masuk Ramadhan, masing-masing bertukar ucapan maaf. 

Yang paling menyentuh hati, bila aku mintak maaf, orang cakap “Kau tak ada buat salah apa pun". 
Well, of course I had. Tapi mungkin kesalahan lama tu orang betul-betul dah maafkan sampai anggap kita macam tak pernah buat salah, sobsob, terharu..

Jadi, itulah dia. Kita kena berlapang dada untuk maafkan orang, terutama untuk orang yang betul-betul perlukan kemaafan kita.  Bukan saja kita bebaskan diri sendiri dari perasaan dendam dan marah, tetapi juga beri harapan pada orang yang kita maafkan tu.

Thursday, May 10, 2018

New Malaysia

Woke up this morning with such indescridable feeling. And then things became somehow quite difficult to comprehensive.

I want know what it feels like to have a new government that majority had voted after an election that I, too, casted my vote. Gitu. But up until now, it is all still butterlies in the stomach.

Hope everything goes smoothly and turns out okay.


Wednesday, May 9, 2018

PRU14

It’s THE day!

To be honest, for me this time it requires some studies and researches before I made up my mind. And I don’t even share the same ideology and sentiment with my husband this time 😂 

Okay, tak mengundi pun lagi ni. Tahun ni all my family members will be voting at the same centre so they are all now waiting for me nak pergi mengundi sekali. Election in a way, is also a family gathering and family activity.

Semoga kemenangan di pihak yang nak diundi ni.

*might be uploading photos later (kalau rajin)

Thursday, February 22, 2018

Early Celebration - Abah's Birthday


We celebrated Abah's birthday in advanced on Friday, last week at D'Beteng Cafe, Kemaman. This cafe is well-known for its famous nasi minyak *selingan kejap*

Since Abah is not really a fan of birthday cake, maka kami order kek pulut kuning untuk abah. Thanks to all adik-adik yang sponsor kek oreo cheese (home-made) dan rendang ayam for the dinner that night.






It was a simple celebration, but I guess, all that count is the togetherness. Owh, Abah will turn 60 this 28th. How time flies. Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah.

Friday, July 7, 2017

Ketupat Nasi

Ni cerita pre-raya hari tu.  Sampai kampung lebih kurang pukul 11 malam. Lepas makan, sembang-sembang sikit, terus bawak daun kelapa ni masuk dalam bilik maklumlah dah gian bebenor nak anyam ketupat setelah bertahun-tahun tak praktikkan skill. Tapi cuba-cuba, tak menjadi-jadi. Hasilnya macam dalam gambar ni.  Kepala ketupat ni tak berjodohan, tak tahulah kenapa tersesat jalan satu ke barat satu ke timur.  Bila dah pukul 2 lebih tu barulah finally dapat the right pace, berjayalah anyam sebijik dengan betul.  Tapi memikirkan nak bangun sahur pukul 5 nanti, maka aku tidur jugaklah kejap.  


*ketupat tak jadi*


Lepas sahur sambung balik menganyam.  Gigih betul.  Sampai pukul 7, dapatlah beberapa bijik ni. Lepas tu kepala dah tingtong tak cukup tidur, maka sambung tidur balik haha.

*ketupat menjadi eheh*

Friday, June 23, 2017

Balik Kampung

Lusa dah raya. Jom balik Kampung 😀😀😀

Tengok adik-adik sent gambar-gambar persiapan raya, tak sabarnya nak join sekaki. Dah lama tak anyam ketupat, entah masih ada lagi ke tak skill tu.

Have a safe journey back home, everyone. Baju raya jangan lupa packing ehehe. Untuk yang tak ada kampung, enjoy your raya preparation 😊😊

Till later!


Thursday, June 8, 2017

Happy 12th Year of Friendship !!!

Thursday, June 7, 2012

..The Perasan Couple..

Situation #1:

*Excuse my drama-queen-mode :p
Me : Kalau saya mati, awak mesti jadi gila kan?
Hubby : Eh?Perasannyaaaa..............

Situation #2:

Hubby: Sayang saya tak?
Me : Tak
*Hubby terus buat tak tahu jek lepas dengar jawapan saya*
Me : Oo..awak tak kisah ek kalau saya dah tak sayang? Tak de response pun saya cakap tak sayang awak?!
Hubby : Saya memang tau awak sayang saya
Me : Perasannyaaa............

Muahahaha.

Happy 4th anniversary dear Boo-boo. I guess there's no need to tell what you mean to me because you know it already haha.

Thank You, Allah for this love, for filling our life with laughter everyday, no matter how tough things sometimes are, we've made it this far. And even for the quarrel - because we get to laugh even harder everytime we make up again. Although there's just the two of us for now, we are so full :)

And I'm so thankful that after all these years, we are still so much like a young couple in love.

"I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up"

*assigning this as the Ringtone for Hubby's call :)

Sunday, November 6, 2011

..Salam Aidiladha..

Dah malam baru nak wish hehehe..

Btw, semalam and hari ni belajar buat laksa johor dan Alhamdulillah, berjaya :)

But of course lah tak buat sorang-sorang. Kat Kemaman, team laksa Johor sampai 4 orang. Kat Kuala terengganu, team laksa adalah 3 orang. Lebih kurang 3 jam jugak preparation+cooking time. Nak sediakan bahan-bahan tumis lagi, tumbuk udang kering + ikan kering, buat sambal belacan lagi, blend ikan dan udang lagi huhu. Kalau sorang-sorang rasanya tak ada kekuatan kot saya nak buat :p

Lepas tu, Masterchef malam ni Uji Rasa laksa Johor pulak tu, bolehlah berlagak konon-konon tahu ingredients tu *padahal bawanh merah dengan bawang besar pub tak reti nak beza rasa dia macam mana

Gini lah rupa laksa Johor *courtesy of Uncle Google.

Thursday, August 25, 2011

..Packing, Finally!..

..although only manage to do it halfway tonight. Maybe continue after sahur tomorrow, or malam esok pun sempat lagi hehe..

Tapi agak tak reti nak packing untuk cuti panjang (well, 9days kira panjang lah kan, cuti kahwin dulu pun ambik tak sampai seminggu), rasa macam semua benda nak bawak balik je ish ish. So far, two bags are loaded, banyak lagi tak packing ni, rasanya nak kena tambah bagasi lagi ni.

Balik kampung nanti for sure dengar ayat ni ''Macam nak balik setahun'', haha, well, dah lali dah. Memang kami jenis kalau balik 3 hari pun bawak barang macam nak balik sebulan, apatah lagi 9 hari?

So officially mode balik kampung is ON. Macam manalah nak 'pura-pura' kerja esok ni....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 21, 2011

..Happy Birthday Boo-Boo..

No real celebration today. Hadiah pun awai-awai dah bagi a few weeks before.

Anyway, Happy Birthday boo-boo *altho' I know you don't care about your birthday.

This year has been a pretty good year for us so far. Hopefully Allah will always bless us with many more good things. Also, hopefully you'll achieve your this year's career target :)

Wednesday, August 17, 2011

..The Equilibrium..

Input : Niat yang betul
Process : Amal ibadah
Output : Akhlak yang baik

Input + Process equals to Akhlak yang baik

InsyaAllah...
Published with Blogger-droid v1.7.4