Tuesday, May 28, 2019

Penangan Teh Ais

Satu-satunya minuman berais yang aku tak boleh tahan 😅 Lagi-lagi bulan puasa. Dan dia macam sejenis ketagihan jugak, bila sekali dah beli, mesti esok lusa dan seterusnya nak beli lagi.

Maka mendapatlah sakit tekak, demam dan selsema. Dah masuk tiga hari, tambah dengan air-cond office yang sejuk tak ingat tu. Dapat sekali dengan pakej sakit kepala. Semalam gagahkan diri jugak ke ofis sebab dah commit dengan orang nak submit Isnin. Nak tunggu pukul 5 bukan main seksa. Hari ni aku MC harap-harap cukup rehat dapatlah baik sepenuhnya.

Jadi tak dapatlah rekod setahun tanpa demam. Belum setengah tahun dah kalah. Dahlah bulan puasa tahun ni terasa kelesuan semacam, mungkin faktor umur.

Gastrik tak mengganggu sangat tahun ni, Alhamdulillah. Cuma beberapa hari masa permulaan puasa je. Harapnya tak menyerang lagi sampai ke akhir Ramadhan.

Selit sekali cerita baju raya. Walaupun dah bertekad tak nak pre-order, tapi terjebak jugak. Padan muka aku, sampai ke hari ni tak dapat update lagi. Kat wassap katanya dah pos semalam tapi belum dapat apa-apa e-mail atau tracking number. Cadangnya nak pakai raya pertama, tak tahulah sempat ke tak dia sampai.


Saturday, May 25, 2019

Goodbye Kak Siti

Rabu lepas (23 Mei) dapat berita Kak Siti Kalsom, her cancer dah stage 4 dan dah dipindahkan ke Palliative Unit Care. Aku plan dengan kawan-kawan nak pergi HSA hari Jumaat waktu rehat tengahari. 

But lesson learnt. Lain kali nak pergi melawat orang sakit jangan bertangguh-tangguh.

The next day, dapat perkhabaran yang Kak Siti dah tak ada 😭. Aku dapat tengok wajah arwah masa tengah dikapankan, tapi tetap ralat sebab tak pergi melawat Hari Rabu, waktu arwah masih ada.

Cubicle aku dengan arwah bersebelahan je masa di Venture dulu. Maka hari-hari bersembang, makan-makan, order tu, order ni, mengadu tu, mengadu ni.

Aku ingat jugak, 7 years ago (also in May), we attended a funeral of a friend from out office together.  And last Thursday, I attended hers 😭

Bila kawan-kawan kita satu persatu pergi, it reminded us that soon, it would be our turn.

Semoga Allah tempatkan Kak Siti di kalangan orang beriman. Semoga akak berehat dengan tenang di sana. No more pain for you 😭😭

Sunday, May 12, 2019

The Straw Story

Dont get me wrong. I’m all for the straw banning.

Cuma selama ni tak pernah terasa kesan tak ada straw tu. Mostly because I’m a hot drinker. Dan bila sesekali terasa nak minum cold drink aku just anggap macam minum dekat rumah. Tak pakai straw pun kan kalau minum air sejuk-sejuk dekat rumah kan?

Well, until today. Guess what?

Yup. Sup tulang! Haha. Tak berjaya nak menyedut tanpa straw, maka aku ketuk-ketuk jelah gearbox tu sampai terkeluar (apa nama benda dalam tulang tu ek?) 

Berjaya keluar, tapi bila nampak bentuk isi tu, tak adalah perasaan beriye nak makan tu sangat 😅 Dan memang comot habislah baju hahaha. Kalau makan kat luar mungkin tak buatlah perangai ketuk-ketuk tulang tu kot.

Jadi nampaknya nak kena belilah straw besi tu.

Friday, May 10, 2019

Doa

Biasakan diri kita untuk sentiasa mendoakan orang yang berbuat baik pada kita.

Yang tolong bukakkan pintu, tahankan pintu, yang bagi jalan, tunjukkan jalan, etc etc.

For all kind of kindness. Be it small or big. From our loved ones, or even strangers.

Semoga kita menjadi orang yang selalu mendoakan kebaikan. As simple as “Semoga Allah berkati kamu” pada setiap orang yang berbuat baik.

Dan semoga para malaikat mengaminkan doa kita.

Dan mana tahu, diaminkan malaikat dan didoakan kembali untuk kita, “Dan untuk kamu juga”

Thursday, May 9, 2019

Meraikan

My mom would be the best in this!

Kalau orang bagi hadiah, she would know how to accept it, leaving the person who gave it away with hati berbunga-bunga. Betulke ayat tu hehe. I mean, cara my mom terima hadiah atau pemberian orang tu, dia akan buat orang yang memberi tu rasa sangat terharu dan dihargai.

Kadang-kadang kami anak-anak bagi benda yang dia lebih mampu nak beli sendiri, tapi like I said, she honoured the gift as if it’s a Hermes. 

Masa aku balik kampung baru-baru ni, aku perasan Mak pakai baju yang aku beli masa zaman stadi dulu. Masa tu duit PTPTN masuk, aku biasanya belikan baju untuk mak abah. Biasalah, nama pun student, pakai duit loan pulak tu, so baju-baju tu confirmlah bukan baju mahal.

Aku masih ingat lagi masa beli baju tu, dengan bestfriend masa kat USM dulu (tapi dah lupa pulak kat mana belinya, either Penang or Kuantan). Masa hantar aku nak naik bas kat terminal Kuantan, Mak pakai baju tu. Bestfriend aku ni pun perasan baju yang mak pakai tu ialah baju yang aku belikan.

Dan selepas berapa belas tahun berlalu pun, Mak masih pakai 😭

My sister has this quality too. Jadi aku pun berazam nak jugak terapkan nilai ni dalam diri. Meraikan pemberian orang dan juga orang yang memberi.


Wednesday, May 1, 2019

Too Good To Be True

I have the coolest boss. Never ever thought that I would be able to say this statement. But yeah, my current boss is cool. He acts upon our escalation, he backs us up, he treats us equally, well, what more do we need from a boss.

And, when some thing is too good, it surely must comes with a twist. He just tendered his resignation 😭😭

During my probation evaluation, he did put some good words about me. But now that he’s resigned, I feel like those words are not valid anymore.

So that’s it. Some things are just too good to be true, right?