Thursday, May 9, 2019

Meraikan

My mom would be the best in this!

Kalau orang bagi hadiah, she would know how to accept it, leaving the person who gave it away with hati berbunga-bunga. Betulke ayat tu hehe. I mean, cara my mom terima hadiah atau pemberian orang tu, dia akan buat orang yang memberi tu rasa sangat terharu dan dihargai.

Kadang-kadang kami anak-anak bagi benda yang dia lebih mampu nak beli sendiri, tapi like I said, she honoured the gift as if it’s a Hermes. 

Masa aku balik kampung baru-baru ni, aku perasan Mak pakai baju yang aku beli masa zaman stadi dulu. Masa tu duit PTPTN masuk, aku biasanya belikan baju untuk mak abah. Biasalah, nama pun student, pakai duit loan pulak tu, so baju-baju tu confirmlah bukan baju mahal.

Aku masih ingat lagi masa beli baju tu, dengan bestfriend masa kat USM dulu (tapi dah lupa pulak kat mana belinya, either Penang or Kuantan). Masa hantar aku nak naik bas kat terminal Kuantan, Mak pakai baju tu. Bestfriend aku ni pun perasan baju yang mak pakai tu ialah baju yang aku belikan.

Dan selepas berapa belas tahun berlalu pun, Mak masih pakai 😭

My sister has this quality too. Jadi aku pun berazam nak jugak terapkan nilai ni dalam diri. Meraikan pemberian orang dan juga orang yang memberi.


No comments: