Thursday, March 25, 2010

..Berakhir Sebuah Penantian..

eeiii, jiwang tak pasal-pasal.

pagi semalam, sampai ofis, satu per satu product engineer dipanggil ke bilik Asst Manager. Tapi bila sampai time team FA, dia dah tak panggil. Waaa...nak meroyan rasa. Then Asst Manager keluar dari bilik dia cakap team kitorang kena jumpa Manager.

Aik, adakah bonus besar sangat sampai nak kena jumpa Manager? Wakakak..tidak sama sekali.

Nak menunggu Manager satu hal pulak sebab dia dari Singapore so lewat sikitlah.

Kalau tadi Asst Manager panggil Product Engineer and terus kasik je bonus letter tu, tapi dengan Manager jangan haraplah begitu. Memang dia akan review dulu tapi nasib baiklah lebih kurang 15 minit sahaja.

Dahlah bila turn saya ada pulak orang-orang production 'cut queue' masuk jumpa dia. Haish, sabar, sabar...

Oklah. Panjang pulak mukadimah. haha. Bonus tidaklah sebesar mana but like I said, I am more than grateful :)

No comments: