I sprained my ankle last Sunday while playing badminton (cry emoticon). Mula-mula ingatkan macam biasa so lepas terpeleot tu, rehat kejap dan sambung main walaupun terhincut-hincut. Tapi malam tu macam makin sakit pulak. Nak berpijak tu macam terseksa sangat.
Aku ada Google jugak treatment untuk sprained ankle so nak share jugaklah kat sini. Ada method yang dipanggil RICE method - Rest, Ice, Compression, Elevate.
1. REST - Kena rehatkan kaki, tak boleh gerak banyak-banyak. Tang ni macam dah fail sikit sebab hari tu sambung main jugak lepas dah terpelecot tu.
2. ICE - kena tuam dengan ais untuk reduce swelling. Nasib baik kat rumah ni ada HOT/COLD PACK so senang sikitlah, letak je 20 minit dalam freezer lepas tu bolehlah tuam tempat yang bengkak. Do this every 1-2 hours for about 20 minutes.
3. Compression - kena balut atau letak bandage supaya dapat support kecederaan tu. Aku tak ada bandage jadi aku balut je pakai scarf, yang penting jangan ketat sangat.
4. ELEVATE - tinggikan kaki melebihi paras jantung. Ni boleh buat time ada peluang nak baring jelah.
Yang paling penting, jangan urut dalam masa 3 hari. Lega jugak bila baca ni sebab ada excuse tak pergi berurut ehehe. Sebab aku perasan dalam budaya Melayu ni, mesti nak kena cepat-cepat pergi urut kalau terseliuh, kan? Tengah sakit macam ni orang pegang pun dah rasa nak menjerit, kalau pergi urut tak tahulah.
Ni semua hasil Google je. The best is of course, seek medical advice from the doctors lah kan sebab takut ade injury more than just normal sprain Nauzubillah. By the time I'm writing this (which will be auto-published as usual), I haven't seen the doctor yet. Still within 24 hours, tengoklah macam mana.
Please pray for me.