Friday, July 28, 2017

Nota Raya IV

Syawal dah habis dah pun tapi tiba-tiba terperasan this one in the Draft box.

So post jugaklah walaupun dah tak bulan raya.

Aku tak tahulah kenapa tahun ni punya doa selepas solat raya tu sangat-sangat terkesan kat hati ni. Dengan esakan Imam sambil berdoa tu, dengan setiap doa yang dimohon tu, menggigil rasa badan aku tahan airmata. Nanti kalau dah termenangis susah pulak nak stop. Orang sebelah kiri dan kanan aku memang dah teresak-esak dah. Tak pernah seumur hidup feeling macam tu pagi-pagi raya. Sayu dan sebak sangat. 

Mungkin selama ni tak berapa khusyuk dengar khutbah dan masa doa pun fikiran melayang-layang je kot. Lepas tu, terdetik jugak kat hati aku, husband aku rasa yang sama macam ni tak ek?

Lepas solat, on the way balik, my BIL and my husband duk ulas pasal Imam yang menangis masa doa tadi. Diorang kata Imam tu menangis sebab anak dia tak balik raya tahun ni, sebab tak nampak kelibat anaknya kat masjid tu.  Dan lagi, selalunya tahun-tahun sebelum ni, si anaklah yang imamkan solat raya kat masjid tu.

Adoi, diorang ni!! Bukannya nak syahdu-syahdu di pagi raya, bergosip pulak. Langsung kontra dengan perasaan aku tadi, haha. 

No comments: