bosan jadi pemakan gaji ni. alangkah bestnya kalau ditakdirkan satu hari nanti dapat jadi bos. bukan bos as in manager yang makan gaji tu, tapi bos yang own a company.
since dah agak banyak makan asam garam menjadi pekerja bawahan ni, i guess if i'm the boss i must've known all the lame excuses/tactics my employee would probably give.
let me list down a few things yang saya akan buat untuk situasi2 di bawah ni:
1. Gate Pass
- ada sesetengah employee menyalahgunakan gate pass ni konon-konon nak pergi bank la, pergi EPF la padahal pergi interview (eh, macam pernah buat je?)
Jadi saya nak employee saya attachkan apa-apa bukti yang diorang ni betul-betul pergi bank ke epf ke ambik adik kat airport ke etc etc. tapi macam ni pun boleh tipu lagi ni. katalah diorang cakap nak pergi bank, diorang leh je gi bank ambik no tunggu giliran tu untuk di attachkan jadi saya nak detail lagi. kalau diorang kata nak buat personal loan, sila photostat application form tu. dan kalau boleh, sila ambil gambar sebagai bukti anda berada di bank pada waktu tu. kuang kuang kuang..gila punya employer..
2. Pasport expenses
-Katalah saya kena hantar employee saya untuk business trip ke oversea and employee saya yang takde pasport ni insist nak company bayarkan passport expense tu.
Ok, takde hal, but I will have to make a deal - employee ni kena kerja dengan saya sampai habis passport tu and once a month passportnya akan direview. kalau dia didapati pergi melancong / makan angin ke oversea, haha silalah bayar balik duit passport tu. amboi banyak cantik, nak buat passport untuk business trip nak company bayarkan, pastu ko pergi melancong2 pulak ek? (belum jadi bos dah poyo macam ni)
3. Internet usage
- Penggunaan internet akan dimonitor. Tiap-tiap bulan kita akan display individual's internet usage. Sapa paling banyak tengok Facebook la, YouTube la..And siaplah siapa-siapa yang bukak Jobstreet. Nak sangat cari kerja lain kan..Sila lah cari kerja lain secara rasmi nya.
wakakak. ada ke orang nak kerja ngan company saya kalau macam ni?
p/s : I was not referring to any Labor Law / Act masa menulis ni, just random thoughts.
No comments:
Post a Comment