Thursday, May 27, 2010

..Hari Cuti Yang Bekerja..

Ade ke orang kerja besok nih...

Cuti Wesak Day company saya dah dicancel dan ditukar pulak dengan Cuti 1 Malaysia 16 sept. *nangis..

Sangaplah bulan 5, 6 and 7 ni tak ada cuti..

En Hubby cuti besok dan telah meracun saya untuk cuti jugak. Arrggh..tidak.. Tak pe, imanku masih kuat. Fikirkan akhir tahun nanti nak pergi berjalan kalau ada rezeki, jadi kena kedekut cuti.

Kalau tak jadi berjalan pun, best apa annual leave ada banyak lagi pastu kena 'paksa' clearkan leave. Wakakak..
Dah, pergi tidur.

..what's on your morning radio..

Pagi-pagi dekat Hitz kan ada Hollywood gossip from Richard Reid.

Tapi saya perasan macam asyik cerita pasal Lindsay Lohan, Miley Cyrus, Taylor Swift, the Twilight kids (Robert Pattinson, Taylor Lautner). Adeh, bosan lah pulak..

*Bosan-bosan pun dengar jugak...

Wednesday, May 26, 2010

..A Reminder to Myself..

(and also to those who wants to be reminded).

Saya copy and paste from Ustaz Zaharudin.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.





Tuesday, May 25, 2010

..Puteri Harbour part 1..

Gambar yang diambil oleh En Hubby setelah beberapa kali 'model' ni berpesan "Ambik gambar masa nampak cantik jek" haha. A tough assignment for him, I suppose because I'm totally no photogenic. Pastu, tang mana pulak dia nak carik 'cantik' tu..


Jadila..kuikuikui


Seriously, I'm not a model material, feeling all awkward in front of camera- I prefer being behind the camera. That's where I belong kot hahaha.

Will continue on next entries for more Puteri Harbour pictures.

Monday, May 24, 2010

..Mode : Emo..

Kenapa sayu je tengok episod Guiliana and Bill malam ni? :(

Sometimes people are just so judgemental - despite not knowing the true story.

Ntahla. I don't know why should I care but sometimes it does hurt although their words are so irrelevant.

Sometimes people can be stupid and insensitive. Sometimes they hurt others to defend their own feelings.

Hmm..biarlah...

There is no solid reason why I'm feeling so blue, crappy and all - I dont know. But I know it's hard to find true friends nowadays.

Sebelum melalut banyak lagi, I better stop now.

Everything happens for a reason - that's all I have to believe.

..Invictus - The Poem..

Kesinambungan from previous entry. I love the poem from Invictus movie so much, so I googled it.

copied and pasted from Wkipedia:
"Invictus" is a short poem by the English poet William Ernest Henley (1849–1903). It was written in 1875 and first published in 1888.


Out of the night that covers me,
Black as the pit from pole to pole,
I thank whatever god may be
For my unconquerable soul.

In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds and shall find me unafraid.

It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul.

Sunday, May 23, 2010

..Invictus..


"i am the master of my fate..
i am the captain of my soul.."


Movie yang sangat touching - directed by Clint Eastwood. I truly adore Nelson Mandela - he has vision, that no one else can see nor understand, which in the end had united his country.

He had believed that rugby can solve the racism problem in his post-apertheid country. It startes masa dia pergi tengok a rugby match between South Africa and England, dia nampak pattern penyokong kat stadium tu - white people sokong South Africa team while black people supported any team which played against the South Africa (known as Springboks). This is due to the black South-African believed that the team still represent apartheid as there was only one non-white player in it.

Mandela (played by Morgan Freeman) insisted on remaining the whole team. He then invited the team captain, Francois Pienaar (Matt Damon) to have tea with him - to inspire him and his team to win the World Cup, because by winning, they can bring the nation together. He also instructed the team to go on tour to play with rural (mostly black) kids to teach them to play rugby. Sangat sweet and the moment was indeed beautiful masa diorang pergi ajar budak-budak tu.

The team made it to final despite all expectation that they would only manage to quarter-final . And a few days before their big game against New Zealand's All Black - they're brought to Robben Island where Nelson Mandela's had been prisoned for 27 years. I did cry watching this, sedih tau tengok bilik penjara yang kecik, yang hanya ada tilam dan satu kerusi T_T. Pastu ditunjukkan jugak Mandela buat kerja berat dekat kuari. 27 years - I just can't imagine...

South Africa team won the final. Saya suka part yang one black kid dekat luar stadium. Mula-mula dia cuba curi dengar game dari radio kereta polis, pastu kena marah ngan polis tu. Tapi lama-lama makin dekat dengan the white policemen, pastu siap boleh share-share air. Bila menang, polis-polis tu siap dukung-dukung budak tu. Sweet and deep.

To me, Nelson Mandela is truly a leader. Memang semua rakyat bersatu tak kira warna kulit masa tengok final game tu.

Not sure movie ni ada tayang tak kat Malaysia. But this is so worth watching.

P/S : I think Morgan Freeman does look like Nelson Mandela, doesn't he?
Pic dicilok from here

Friday, May 21, 2010

..sakit tekak..

seperti nak domam jek rasanya.

Mari minum air masak sebanyak yang boleh.

Take care, pals and have a nice weekend ahead :)

Thursday, May 20, 2010

..Ray of Light..

Dark clouds surrounded the sun's ray.

Gambar diambil petang Selasa - guna ordinary compact camera. I couldnt watch with naked eyes that time because it was painful to stare straight at the sun, but I knew I'll love the scenery.

I hope by enjoying the beauty of Allah's creation will bring me closer to Allah. Insya Allah.

Wednesday, May 19, 2010

..Vanessa William and Desperate Housewives..

This evening I tuned in to Mix FM. I heard the new that Vanessa Williams will be on Desperate Housewives' next season.

pic from Wikipedia..huh, gigih sungguh carik gambar

Wow, I can't wait... I hope she'll replace Dana Delany as one of the housewives hehe. But she'll be good as the villain, too.

I also read somewhere that Ugly Betty sampai Season 4 saje..Betulke? :(

..Own Made Nasi Kunyit..

Saya dulu pernah terfikir yang saya macam tak ada harapan nak buat masakan yang susah-susah macam nasi ayam, nasi beriani, nasi kunyit, nasi dagang...

But last Sunday, after being challenged several times by En Hubby, I called Mak for Nasi Kunyit recipe(I think in some place is it known as Pulut Kuning).

Although at first I was quite reluctant to do it sebab kena kukus 2 kali, macam rumit je, bolehkah saya buat ni, but what the heck, you'll never know if you never try, right ;P

Beras pulut yang dah direndam semalaman siap sedia untuk dikukus pertama kali.

Gaul dengan santan untuk dikukus kali kedua:


Dah siap.


Actually Mak ada ajar jugak buat rendang daging, tapi masa pergi beli ingredients tu lupa pulak bawak list bahan-bahan tu, so I settled for daging masak merah sajalah to go with the Nasi Kunyit.

Ta-daa...

Walaupun agak lembik pulut ini, still Nasi Kunyit mission accomplished. See, nothing is really impossible. Haha, ok, exaggerating..

So what's next? Nasi dagang? Hmm...

Tuesday, May 18, 2010

..Heavy Rain and Strong Wind..

Keadaan jalan petang Ahad lepas - menakutkan. Masa ni En Hubby and me nak balik rumah selepas dating kat Danga Bay.

Pokok-pokok dah senget-senget dsebabkan angin yang kuat.


Banyak ranting-ranting pokok patah masa ni.


*Ada banyak lagi ranting-ranting jatuh, tapi gambar tak jadi.

Dalam hati berdoa supaya tak ada ranting/dahan pokok jatuh/terbang masa kitorang lalu.

So for those who stays in Taman U area, kalau waktu hujan lebat dengan angin yang kuat macam ni, jangan lalu jalan dekat Taman Desa Skudai ni - banyak pokok.

Sampai kawasan rumah, nampak ada beberapa rumah yang terkopak bumbungnya. Luckily, ours was not.

Pokok kat sebelah rumah pun kepatahan dahan.

Monday, May 17, 2010

..Makan makan makan..

Haish, entri makan lagi :P. My sis pun ada cakap kat i masa dia baca my previous makan entri - "Makan sokmo" kata dia hehehe.

Last Thursday bos En Hubby belanja dia and the team kat sini.


Dia balik cerita makan Thai Style Pineapple Rice yang sedap sangat. Dan dia memang dah paham wifey nya ini tak boleh kalau orang cerita pasal makan, maka dia kenalah bawak i pergi last Saturday.

Ni dia Pineapple Rice tu. Memang sedap.

Hubby's drink choice - Red Bean Jelly Shake.


I order Salmon Teriyaki with Rice. Sedappp..

Cafe Latte.


Mushroom Penne:


Dessert - Japanese Cheese Stick:



Rasa macam nak pergi lagilah... :P

Sunday, May 16, 2010

..Mr Thomas didn't return to Malaysia..

So Malaysia lost to China 3-0 in semi-final. And China still got to keep Mr Thomas. Congratulation to them.

I didnt have any comment about that. Honestly, since Thomas Cup 1998 (yes, Malaysia lost 3-2 in final to Indonesia that year in Hong Kong), I didnt watch badminton anymore. I've heard about the point format change from 15 per set to 21, and read somewhere back then that Malaysia players couldnt cope with the new format time, but I couldnt care less.

So I guess this kinda my first time watching the game in the new format. I know, I know. So ketinggalan zaman.

To me, I prefer the old format. Haha. Simply because of the 'drama'. Dulu kita biasa tengok pemain yang ketinggalan, let's say 14-2, to still possibly win the set. It was good to watch the fighting spirit. Tengok players yang ketinggalan kejar point, samakan point and menang the game. It was so thrilling. But not anymore.

The game is too fast for me to enjoy it nowadays.

Well, it's just my personal opinion - someone who probably wont watch any badminton game anymore after this, unless Malaysia make it to final in Thomas Cup or Olympic Game.

Saturday, May 15, 2010

..Penunggu Gunung Raya vs Heroes..


Ehehe. boleh ker nak bandingkan kedua-dua cerita ni?

Taklah, saya tak tengok sangat cerita Penunggu Hantu raya ni. Kalau drama bersiri melayu, biasanya saya akan tengok 3 episod - episod yang mula-mula, tengah-tengah and yg paling penting episod finale la kan.

but well, that's not really the point.

Jumaat lepas cerita Penunggu Gunung Raya tu dah habis kan...Ada satu part tu macam sama ngan siri Heroes la pulak.

Penunggu Gunung Raya:
Bila si iblis masuk dalam badan budak yang half human-half devil tu. Si nenek menjerit "Lawan dia, Tamar" (eh, betulke nama budak tu Tamar?) bila si iblis tu nak bunuh si nenek itu.

Heroes:
Bila Sylar dah berjaya masuk balik dalam badan dia yang dah dicuri oleh Nathan's mind (but Nathan's mind still remain in the body). Si Angela (ibu Nathan) jerit "Fight him, Nathan" bila Sylar nak belah skull kepala Angela tu untuk ambil kuasa dia.

Ok, tu jek.

Thursday, May 13, 2010

..Lunch Date..

Semalam makan kat Restoran Kampung Sawit di Kulai sinun.


Kalau diberi direction secara lisan or bertulis, memang tak sampaila saya kot. Nasib baik Kak Ain tunggu saya kat Petronas and saya follow saje.

Apa yang dingap hari itu?
Nasi yang dibalut dalam daun pisang, Kambing gulai kawah, Ayam kampung masak lemak, Sambal hijau dan Kacang panjang goreng.

Kak ain and me :)

Wednesday, May 12, 2010

..GLEE is back!..


Glee is back at StarWorld..yeay!

But however, tonight must watch Thomas Cup first.

Malaysia and Denmark is now tied at 2-2. But Hafiz Hashim is leading :)

Go Malaysia! Bring back the Thomas Cup! *semangat sukan tiba-tiba.

Tuesday, May 11, 2010

..Blessing In Disguise..

Seperti biasa, pagi-pagi sambil bersiap-siap ke ofis, saya akan dengar MHI on tv3. Pagi tadi ada satu topik yang dibincangkan oleh Fitri dan Wardina which is good to share.

Satu fakta mengatakan penduduk Palestin adalah antara penduduk yang paling sihat di dunia. And how is that possible?

1. Dalam keadaan yang kekurangan bekalan makanan, mereka dah kembali kepada makanan yang lebih semulajadi dan lebih mengikut sunnah Rasullah SWT macam buah zaitun, madu, Habbatus Sauda'..etc.

2. Their lacking of transportation fascilities leave them no choice - but to walk - which is good for health.

3. In term of medication, again, they use natural source instead of drugs.
Tu antara sebab kenapa antibodi mereka jadi kuat despite having to live in war and poverty.

Saya rasa insaf bila dengar ni.

Walaupun dalam keadaan mereka yang serba kekurangan, we can still consider them as lucky, in a way.

Contrary to people in Malaysia, where generally, the more-than-enough food can be the silent killer.

May Allah gives our Palestin brothers and sisters all the strength they need to fight for their land.



pic : Yahoo

..movie movie movie..

1. Up In The Air



Sesapa minat George Clooney memang patut tengoklah. Kalau tak, rasa cerita ni macam biasa-biasa jek kot. Dalam cerita ni George Clooney plays Ryan Bingham who works as corporate downsizer. Kerja dia - pecat pekerja bagi pihak company yang tak berani pecat employee mereka sendiri. He spends most of his time in the air, travelling all around US to fire people. And he hates commitment.

Macam dah selalu kan tengok cerita pasal orang yang tak suka commitment, tapi last-last tersedar kepentingan famili dan orang-orang tersayang. Huh.

2. How to Train Your Dragon


Saya tertinggal part depan-depan (En Hubby watched it without me). But watching the balance half, I didnt feel like catching up the earlier parts. So I guess, it didnt really interest me.

3. Case 39


Movie ni dari awal sampai habis is full of suspense. I ada jugak baca movie ni punya review, tapi macam banyak negative comment. But I dont know, the horror works for me (of coursela kan. orang penakut mcm i tengok Scary Movie yg kelakar tu pun boleh takut haha).

Renee Zellweger plays Emily, a social worker who tried to help an abused kid, Lillith from her parents. Imagine - her parents tried to roast her in an oven masa dia tengah tidur. Sungguh disturbing scene itu.

Lepas Emily selamatkan Lillith daripada 'dipanggang' oleh parentsnya, dia bawak Lillith tinggal dengan dia.

Tapi rupa-rupanya Lillith tu is 'not really a kid'. Dia macam ada demon/devil dalam dia yang menyebabkan orang-orang keliling dia mati. Uish, seram. Dan lepas tu macam-macamlah kejadian pelik/menakutkan. Finally, Emily berjaya jugak get rid of the kid/devil.

Tak sure dah ada kat wayang ke belum, but, go watch it!

Saturday, May 8, 2010

..Massage Day..

Last Sunday was my massage day, I guess. Tapi rugi tak bawak kamera huhu.

Yang ni memang dah lama plan nak pergi, akhirnya menjadi jugak. Awal jugaklah bertolak ke Jusco Bukit Indah untuk pergi massage ni. Kul 1130 camtu dah sampai, alih-alih orang kat Thai Odyssey ni cakap kena tunggu pukul 2 la pulak.

Puaslah window shopping dari satu kedai ke satu kedai, bayar mana-mana bil yang ada kiosk kat situ, beli towels kat Four Season - tengok jam baru kul 12 lebih. Pergi food court makan set roti kaya kat Toast Box - eh, belum pukul 1 pun lagi. Aiseh, nak solat pun lum masuk waktu.

Kebetulan ada Ogawa punya exhibition, En Hubby pun bagi idea "Jom kita gi free massage" Haha.

Memang bestla bila kaki diurut-urut oleh mesin urut Ogawa ni nasib baiklah tak terbeli. Tapi kalau ada ni macam best jek. Tak pe, nanti dah beli semua benda lain yang lebih penting, I akan buat budget untuk beli ni..

pic from here

Lepas sesi free massage, solat Zohor then it's time for the real massage. Saya pilih Aromatherapy Thai selama sejam. Diorang suruh pilih massage oil mana yang kita nak. Saya tak baca sangat jenis-jenis yang lain, sebab bila nampak untuk stress release, terus saya pilih Relax punya massage oil.

Ok jugak rasa lepas buat massage ni. Saya sebelum ni selalu sakit kat bahu kiri kalau buat kerja-kerja stiff lama-lama tapi seminggu lepas massage ni dah tak rasa sakit sangat dah.

Thursday, May 6, 2010

..Aku seekor semut..

Saya tak de skill mengedit gambar.

Makanya gambar-gambar semua ni adalah raw and unedited. *tak malu jek nak tunjuk gambar-gambar yang tak lawa ni kan? Please pardon me, saya budak baru belajar dan belum pandai-pandai lagi nih. Huhu.

Niat di hati nak fokus sang semut tapi semut-semut ini asyik lari-lari je time nak snap. Tensen betul.

bokehku tidak menjadi.. T_T

Manusia ni memang tak pernah puas kan? Saya macam bengang tengok gambar2 tak cantik lalu menyalahkan diri yang tak de lense 50mm. *bukan nak menyalahkan diri yang tak de skill. Haha.

Dah kemaruk lense itu pulak. Buyan, can I borrow yours? hehe, tetibe.

And owh, rupa-rupanya pokok ubi kayu mempnyai kombinasi warna yang menarik iaitu merah & hijau. Dan ada 'crosslink' effect pulak.

P/S : Ubi kayu ini En Hubby yang tanam :)

Tuesday, May 4, 2010

..Food and Drinks to Avoid..

Ari ni saya MC. Sebenarnya kalau tak MC pun tak apa, sebab saya macam dah terbiasa rasa macam ni. Saya memang selalu sakit kepala sejak dari zaman student dulu lagi.

Tapi sekarang dah macam teruk sikitlah. Pagi bukak mata je dah sakit, sampai ke malam. Siap rasa macam nak termuntah all the time. Pastu mata saya macam dah tak boleh stand looking at the monitor now, rasa macam nak pass out gitu. Dahla kerja kena asyik tengok monitor..

So naklah tau apa yang tak kena sebenarnya..Nak kata migrain rasa macam bukan sebab orang kata migrain rasa sebelah kepala jek. Yang saya ni sakit dia satu kepala. Ingatkan sebab angin or urat ker, tapi lepas pergi ngurut last Sunday pun tetap jugak sakit kepala ni.

Went to favourite clinic - Klinik Siti Fatimah (sebab doctornya best and yang paling penting, doktor perempuan). So doctor kata sinus problem :
1) menyebabkan ada bahagian yang bengkak so darah tak berapa lancar ke bahagian kepala = sakit kepala
2) menyebabkan stress di bahagian mata = rasa nak pitam bila tengok pc
3) menyebabkan stress yang memberi isyarat untuk pengeluaran asid berlebihan = rasa loya

Jadinya, kena pantang seafood, kopi (oh no!!), teh, coklat, iced drinks, and owh, ayam jugak..



Can I say 'No" to these? Hmm, well, let's try?

Monday, May 3, 2010

..Buat Baik Berpada-pada..

Personally and honestly, to me, being kind-hearted is such a waste.

Malas sebenarnya nak mencemarkan blog dengan cerita orang-orang seperti ini, but the upset me couldnt get the incidence out of my system yet. So i guess, i should let it out.

At first, the feeling was angry. But now, i've cooled down - i'd rather feel sorry for her.

This one girl memang selalu mintak tolong i waktu kerja dengan benda-benda yang tak ada kaitan dengan kerja. Selalunya i tak sampai hati nak turn her down, so I try lah yang termampu. But kadang-kadang I'm a bit calculative jugak.

Last 2 weeks, dia mintak tolong lagi - and i dah cakap I busy tapi dia samada memang tak faham or buat-buat tak faham, insist me on tolong jugak. So I kesian, i tolonglah jugak mana yang termampu. Guess what, no thank-you from her. Bukanlah mengharap sangat, but, entahlah. Rasa kecewa jugak, but fine, I sabar lagi. Saya agak, dia tak puas hati kot dengan pertolongan i yang tak mencapai piawaian macam yang dia nak. Kot.

And waktu balik, terserempak kat parking lot, and dia boleh pandang tempat lain. Masa tu memang menyirap darah , but saya cuba sangka baik, maybe dia tak kenal kereta saya, and tak perasan saya kat dalam kereta. Sabar, sabar.

Last week, saya ada beli barang online and my postage address is my office (sebab kat rumah tak de sesapa kan), and it is her job to notify me that I have my parcel arrived. Thanks to Poslaju tracking system, saya tahulah parcel saya patut sampai hari tu, so I called her - belum sempat cakap apa-apa, dia dah cakap "Kak, ada parcel". Hmm...Kenapa dia tak call je masa parcel tu sampai? Kenapa masa I call - baru nak cakap. I dah rasa lain macam.

Masa i turun nak gi ambik parcel tu, saya terpaksa tanya dalam 3, 4 kali, but she just ignored me. Sampai saya terpaksa pegang tangan dia and tanya "****, mana barang saya?" and guess what, dia tetap buat tak tahu. Dia bukan tengah buat kerja pun. Dia sibuk bergambar dengan kawan-kawan dia and sibuk nak tengok balik gambar yang baru diambil tu kat kamera (and masa tu belum pukul 5 pun).

Boleh bayangkan tak perasan i masa tu? Memang marah - so I cakap "Eh, buat tatau jek kat aku!" Ya, saya memang tak pandai marah orang, tak pandai maki orang :(

Last-last dia bagi jugak bila kawan dia tegur kot (dah lupa) tapi dengan cara membelakangkan saya dan tak pandang langsung muka saya. Saya ingat saya ada hempas pintu, and I'm sure muka saya merah gila masa tu.

And masa mengadu kat En Hubby lepas kerja, saya boleh ternangis pulak. Entahla, saya memang sensitif, dan saya tak sangka yang manusia yang pernah saya tolong boleh jadi 'sejahat' tu. I mean, macam mana dia boleh sampai hati buat I macam orang bodoh kat situ?? Memang saya ada terfikir nak tampar dia masa tu, but I just didn't :(

En Hubby cakap - jangan pedulikan, jangan nangis sebab dia, sebab dia tu siapa? Tak perlu rasa apa-apa cause she is totally nobody. I know he's right. Yela, bukan nak menghina orang, tapi buat apa nak respect sangat orang yang kurang ajar macam tu?

I dont think she'll read this - but if in 0.0001 percentage that she might, well, I hope you are happy being ungrateful, being berlagak that way despite your position.. Hmm, dahla. Like I said, I want to feel sorry for her. But deep down, I know I'll always remember.

P/S : And co-incidently, my sis ada linked something kat her FB that very night entitled "Orang Ikhlas Selalu Ditindas". As always, my sis ni macam boleh jek sense what I'm feeling directly or indirectly. Kesimpulan of that link is - kalau kita tolong orang, tak semestinya orang yang kita tolong tu akan tolong kita balik. Allah akan balas setiap kebaikan, kadang-kadang dengan cara yang kita tak perasan. So, I tarik balik my first paragraph di atas.

Sunday, May 2, 2010

..Chanel..

Tengah nak update blog sambil tengok AIM.

Yasmin Hani tengah interview Dato' Siti and Kris Dayanti.

Tiba-tiba En Hubby yang tengah format pc tu bersuara, "Eh, tu Chanel ek?"

Apakah? I pun tak perasan. Cepat-cepat I rewind and fokus kat clutch Kris Dayanti - owh, memang betul Chanel.

pic : Yahoo Image


Sungguh sharp pandangan En Hubby. Hmm..sejak bila dia kenal designer logo ni? Adakah dia belajar mengenalinya sebab nak surprisekan isterinya ini on one fine day? *haha, berangan, tak de maknanya..