Saturday, April 22, 2017

Asam Pedas Kampung Sungai Melayu

One of the best Asam Pedas I've had. Gitu.

Lokasinya di area Gelang Patah. Boleh Google Map Asam Pedas Kampung Sungai Melayu.

Jalan nak ke tempat makan tu memang gelap, tak ada lampu jalan. Jalan pulak jalan kampung yang sempit kadang-kadang bila bertembung dengan kereta lain kena pandai-pandai bagi jalan. Kiri kanan kelapa sawit. Kami pergi lepas Maghrib maka boleh bayangkanlah suasana meredah hutan demi sesuap asam pedas.

But it's totally worth it. Makan sedap, harga pun okay, tak mahal. Kami makan asam pedas ikan merah RM14 untuk dua orang. 

Mula-mula sesat jugak tak jumpa pun kedai tu bila sampai kat Kampung Sungai Melayu. Cuak lah jugak. Entah kenapa teringat cerita Volkswagen Kuning tu pulak, haha, sengal.

Rupanya salah jalan. Kena follow signboard ke Dewan. Kedai tu memang betul-betul sebelah dewan. Tengahari diorang dah bukak so bolehlah pergi masa lunch hour. Selain asam pedas ada menu seafood lain, pun sedap. View pun cantik.

Gambar tak ada sebab tak ada mood bergambar masa tu.

2 comments:

tiga lalat said...

laa, share la location kak., ;p

Kay said...

Akak nak kena tanya pak mak sedara kat kampung ni