Tuesday, April 11, 2017

Cerita Mee Sotong

To be honest, sebelum pergi Penang last month, aku tak pernah tahu pun pasal Mee Sotong ni. 

Ceritanya, tengahari tu nak pi makan nasi kandar dan pergi Queensbay Mall. Staff kat hotel advised suruh naik GrabCar je sebab area nasi kandar tu payah nak cari parking katanya.

Bila sembang-sembang dengan semua driver GrabCar, bagitahu plan petang tu nak pergi Padang Kota, semua tanya "Nak makan mee sotong ke?"

Okay, enough of mukaddimah.

Petang tu, drive sendiri pergi Padang Kota. Mula-mula kami pergi medan selera yang menghadap laut tu, rupa-rupanya mee sotong tak ada di situ. Tapi sempatlah pekena gado-gado dulu sepinggan sebelum teruskan misi mencari.

Lepas tu menapak cuba cari Mee Sotong ni, tapi tak jumpa. Jadi kami decide patah balik ambik kereta. Dapat pulak 'surat cinta' sebab parking tak letak parking coupon. Met with another fella from JB yang katanya kereta dia kena tow. Tanya penguatkuasa kat situ rupanya parking-charging hours tu sampai pukul 12 malam. Kalau parking merata (bukan kat tempat parking), depa akan clamp/tow. Kalau parking kat tempat parking without parking coupon, kena fine lah. 

Lepas tu kami parking lagi without parking coupon sebab dah ada surat cinta kan. Finally, jumpa Mee Sotong tu dekat Esplanade Park, sebelah Fort Cornwallis. Gerai yang ada tulis "Mee Sotong" (haha, obviously)



So this is how Mee Sotong looks like:


Mee goreng + sambal sotong. Not tempting, huh? Haha. Tapi actually, sambal sotong dia tu sedaplah. Manis-manis gitu. Not bad. Harga dia (kalau tak silap) RM5.00


Okaylah nak tepek gambar, fefeling down the memory lane ngee. Both pics taken at around the same place,


2017: 


2006:


Banyak dah berubah, physical and mental-wise haha.


3 comments:

Kay said...

Kami pun dulu gigih p cari mee sotong pata tu... mula sama la mcm awak salah tempat pergi, tapi mmg tak order apa2 terus google map, jalan kaki lalu padang tu... beratur panjang... alhamdulillah sedappp

mygoldpen said...

Pencarian berbaloi, kan hehe. Tapi rasa menyesal jugak makan gado2 sblm tu, jd agak kenyang so kurang sikit penghayatan masa makan mee sotong tu hee

tiga lalat said...

2006 berdua, 2017 pun berdua lagi., wahh mee sotong erk