haha. suka sangat buat cerita bersiri macam ni.. =p
Pak Uce and famili sapai lebih kurang 12 malam khamis lepas. lepas sembang2, makan bihun sup yang saya buat tu <--wajib mention , dalam pukul 1 pagi baru semua masuk tidur.
cita2 saya yang murni tapi sangat tinggi menggunung nak masak nasi lemak di pagi bekerja adalah tidak berkesampaian sebab bangun pukul 6 (ini adalah awal daripada hari-hari biasa). kalau nak masak nasi lemak saya perlukan 2 jam. nasi lemak digantikan dengan keropok lekor Kg Tok Beng Seberang Takir yang menjadi pujaan ramai itu.
Dan saya pergi kerja dengan perasaan yang agak lain. Sampai kilang pun awal - 750am (perkara yang tak pernah terjadi setakat ni kalau i drive sendiri).
Otw gi kerja tu, cuaca cerah betul dan perasaan saya hari tu macam warm sangat,delightful. Mungkin ini rasanya to wake up every morning with reason(s).
Biasanya bangun pagi, celik mata terus terdetik "malasnya nak gi kerja" tapi hari ni bangun dengan semangat nak sediakan breakfast walaupun ala kadar. Dan mendengar hilai tawa mereka sekeluarga - rasa macam kat kampung je, sungguh seronok.
En Hubby yang cuti hari tu bawak Pak Uce and famili jalan-jalan gi Danga Bay and The Zone. time saya balik kerja pun mereka masih tak balik lagi. o0o, sakan berjalan yer..
malam - cume pergi pasar malam Taman U, tengok Nur Kasih pastu semua orang tidur sebab besok nak bangun awal pergi Amir (anak Pak Uce) punye konvo.
Dan saya menanam semula cita-cita nak masak nasi lemak setelah diberi semangat oleh En Hubby bahawa nasi lemak saya OK. sebelum tu saya betul-betul tak konfiden nak masak sebab setakat ni, tak sampai 10 kali pun saya masak nasi lemak seumur hidup saya. and kalau nak dibandingkan dengan Teh Som (isteri pak Uce) yang lebih berpengalaman, terus rasa rendah diri. kalau x sedap macam mana, kalau nasik x jadi mcm mana, kalau tak sempat macam mana dan macam-macam 'kalau' lagi..haha
ini adalah ayat semangat yang En hubby bagi:
"Bi yakin ayang leh buat" haha, macam nak masuk 100m Sukan Olimpik pulak rasa.
Gitulah kroniknya saya yang tak pandai masak ni.
Nanti sambung lagi with convo piccies pulak.
No comments:
Post a Comment