Monday, August 16, 2010

..A Bit of Puasa & Sambal Tempoyak..

Hari ni first day berpuasa kat JB. Rabu last week tak kiralah sebab half day je kan...

Macam biasalah, lepas balik kampung mood untuk kerja memang zero...Masih HOMESICK walapun umur dah nak 30. Haish!

Semalam kat pekan sempat beli tempoyak kat bazar ramadan. Sebabnya hari tu masa buka puasa kat rumah, mak saya dengan buyan punya bibik dah cipta satu resipi sambal tempoyak - sampai hari ni teringat-ingat.

Nak kena rekod somewhere supaya tak lupa, jadi nak tempek kat sini.

Bahan-bahan kisar:
Bawang besar
Cili besar
Cili padi
Serai
Kunyit

Bahan tak kisar:
Tempoyak
Air perahan limau kasturi
Garam, gula

Cara buatnya lupa pulak nak menuntut hari tu, tapi rasanya macam biasa lah kan, tumis-tumis dan campak-campak semua.

Buyan, tolong betulkan kalau resipi ini silap :)

2 comments:

Jid Othman said...

owhh...klu kat mlka ni, bila sebut sambal tempoyak, cara masak die mcm gulai lemak, cumanya kuah dan pucuk ubi tu sama byk...masuk daun kunyit (2-3 helai) dan pucuk ubi (dihiris2), asam belimbing, cili hijau (dikelar 2), tempoyak dan santan. lg sedap klu ada petai... =)

mygoldpen said...

hai jid :) thanks for dropping by..wah, mcm complicated je nk buat sambal tempoyak tu..mesti sodap tu.