So sebab tu tahun ni rancang nak bertenang-tenang bukak puasa dengan famili. Dapatlah 2 hari dengan famili Hubby, dua hari dengan famili saya. So nanti raya tak payah amik cuti banyak-banyak sangat.
So hari pertama puasa bukak puasa kat Kuantan - rumah BIL. Sempat jugak saya pergi bazar ramadhan kat Bandar Indera Mahkota, tapi dalam pukul 630pm dah banyak makanan yang habis. Lagipun tak banyak choice. Kebanyakan gerai jual makanan yang sama. Ingat nak ambik gambar kat bazar ramadhan ni, dah bawak dah kamera, sekali bateri lupa nak letak pulak. Pastu tengok ramai jugak photographer yang amik gambar kat bazar ni - rugi tak dapat join sekaki *walaupun bukan photographer.
Gambar makanan masa berbuka tak amik, lepas makan baru rajin nak amik gambar budak kecik ni.
Ni Haziq, anak my BIL. Tapi Haziq ni tak berapa nak dengan orang dia tak biasa, so saya tak reti nak layan. Tapi bila tengok orang ambik gambar dia, terus senyum. Budak-budak zaman sekarang...
No comments:
Post a Comment