Planned nak masak-masak sama-sama and berbuka kat rumah sebab hari Jumaat semua cuti kan.
Tengahari tu my sis datang with a surprise. Thanks yan :) Terpaksa bersabar untuk me-ngap kek itu waktu berbuka.
Budak yang bile nampak lilin atau kek, akan nyanyi "Yuyu..." - her version of "Happy bithday to you".
Sementara nak masak, melayan my cheeky niece dulu. Muka hampir merajuk.
Started our cooking session with preparation for bandung cincau.
Suasana di dapur (Aisya, Abah, Bibik, Mak, Yan). Terpaksa memblurkan rambut mak dan badan Abah - bukan untuk tontonan umum yer. Hmm, di manakah saya? :P
Pukul 6 pergi bazaar mencari kuih-muih.
Lauk hari tu - kari daging, sambal petai ikan bilis, sambal tempoyak, ketam masak cili, kangkung goreng belacan, , kerapu goreng, tenggiri goreng, bandung cincau, paru goreng (yang ni beli), kuih-kuih (pun beli)
Banyak pulak gambar makanan sebab ada orang tu nak try photography skill lah pulak, ish ish.
Malam tu lepas berbuka, bertolak pula ke Kuala Terengganu - ke rumah mertua pula.
No comments:
Post a Comment