Tuesday, November 9, 2010

.Ibu Mertuaku.

Last 2 weeks I started to have fever. Isnin start demam. Selasa MC. Rabu & Khamis pergi kerja walaupun tak berapa nak kebah. Khamis macam makin teruk. Masa tu En Hubby dah beli tiket bas balik kampung untuk interview for Friday. (*pelik kan kilang kat Terengganu kerja hari Jumaat?)

Mula-mula saya memang plan tak nak ikut sebab sayangkan annual leave. Tapi hari Khamis tu bila demam tak baik-baik, saya memang nak ambik MC la Jumaat tu - nak rest sampai betul-betul baik. Bila pikir-pikir dengan keadaan lembik macam tu - tak berani nak tinggal sorang-sorang kat JB. Maka saya suggest En Hubby jual balik tiket bas dan balik ngan kereta
sebab saya nak ikut balik. Mengade betul kata En Hubby :P

Sebenarnya nak cerita pasal Ibu Mertuaku kan..lari topik pulak.

Sepanjang dekat kampung, my MIL jaga saya dengan baik sangat. Saya memang tak tolong masak langsung pun - my MIL suruh saya berehat je.

Ada sekali tu, saya batuk teruk tak berhenti-henti, rasa macam nak terkeluar isi perut dah, then my MIL ketuk pintu bilik kata nak tolong sapu Vicks kat belakang dan urut-urut.

Pastu pagi-pagi hidung saya berdarah, my MIL pergi petik daun pokok bunga raya. Dia rendam daun tu dalam air dan mandikan kepala saya dengan air rendaman daun bunga raya tu.

Mula-mula saya nak basahkan sendiri kepala, tapi dia kata "Biar mak buat, kalau buat sendiri nanti mesti ngelat.."

Terharu sangat saya. Memang dia jaga saya macam jaga anak sendiri..sob sob.

Terima kasih Mak :)

2 comments:

yatie chomeyl said...

untung dpt MIL yg baik, my MIL pun baik sgt...I'm thankful for having her as my MIL

mygoldpen said...

aah yatie..bersyukur sgt kn..